Assalamualaikum. Terbaca post berkenaan dengan ‘hensem cantik tapi derita’ (https://iiumc.com/hensem-cantik-tapi-derita/).
Thanks confessor, dah lama aku nak bersuara. Akhirnya ada juga yang tolong bagitau.
Jangan trigger. Post ini aku hanya tuju kepada sesetengah sahaja staf KKM yang tiada integriti. Kenapa aku kata begini? Kerana zaman sekarang semua orang gilakan duit.
Doktor, nurse, siapa sahaja gilakan duit. Zaman sekarang semakin ramai doktor nurse dan staf KKM sudah mula jadi founder produk kecantikan dan kesihatan.
Tak kurang juga yang jadi agen dan promote produk kesihatan yang kononnya supplement terbaik untuk merawat kesihatan.
Orang awam terlalu percayakan doktor. Apa sahaja yang doktor cerita, kami mudah percaya sehingga kami pun terpedaya.
Di tempat aku, ada seorang doktor yang menghasut pesakit-pesakitnya untuk beli produk kesihatannya sebagai alternatif merawat penyakit kami berbanding dengan guna ubat hospital.
Biasalah, kami orang awam mudah termakan kata-kata doktor. Doktor ajak join Herba****, kami pun join sebab doktor tu pandai memujuk dan gebang cerita lebih. Kononnya H itu bagus ada kajian klinikal dan terbukti berkesan. Pandai doktor itu merebut peluang.
Office hour kerja sebagai doktor di klinik, sambil2 tu masih sempat grab the chance untuk dapatkan customer dari kalangan pesakit. Hebat bukan?
Ada juga doktor yang sorang ini ‘public figure’ yang korang duk puja sangat di socmed. Dia sendiri buat servis drip dan whitening injection. Kita semua sedia maklum KKM tak pernah approve servis drip whitening ni.
Tapi doktor ni bijak merebut peluang. Dia dikenali ramai, ada banyak connection. Dia gunakan peluang populariti dia untuk buat servis drip whitening ni dengan harga yang boleh tahan yahudi.
Bayangkan setiap hari dia dapat lebih 10 orang customers yang gila nak putih, so sebulan bayanglah berapa nilai 5 angka side income yang dia dapat?
Gaji dia sebagai Medical Officer (MO) di hospital gov pun tak cecah 5 angka, tapi side income cucuk cucuk whitening drip ni pulak lebih banyak gajinya berbanding kerja hakiki beliau.
Itu baru aku cakap tentang doktor. Belum termasuk nurse lagi. Betapa ramai nurse yang jadi agent supplement mengarut, jamu montok lah, jamu ketat bawah lah, pil kurus lah, pil putihkan kulit lah..
Awak tu nurse, belajar bidang perubatan, kerja dengan kkm pula, tapi masih mahu ajak orang ambil supplement mengarut awak tu.. Sudah lah supplement takde kkm.. Mana pergi integriti korang ek?
Aku sakit hati sangat melihat orang perubatan sendiri merosakkan masyarakat dengan supplement sampah. Baik Shak***, baik Herba****, baik jamu perapat, semua sama je.
Yang doktor nurse MA ni semua lah ramai jadi agent jual produk ni. Yang tukang cucuk whitening drip tu pun mostly doktor dan nurse yang kerja dengan kkm.
Nak kami report? Kalau orang report takdelah orang nak tolong cucuk whitening tu lepas ni. Nak aku report? Ada ke tindakan lepas report? Maleh aku.
Bila doktor terlalu sibuk fikir kan kekayaan, kerja pun jadi acuh tak acuh. Aku pesakit yang setia ke klinik kerajaan, berapa kali aku dirawat oleh doktor acuh tak acuh. Dengan muka ketatnya, tanya history pun tidak, aku cakap je sakit blabla terus nak prescribe ubat tanpa tanya history.
Alergik dengan ubat apa pun tak tanya. Nak cepat cepat suruh patient berambus sebab patient ramai katanya. Siap cakap dengan muka sinis lagi. Macam ni ke cara doktor merawat pesakit? Aku faham kalau klinik tu busy, tapi takkan camtu je nak prescribe ubat?
Aku ada banyak kes di salah prescribe ubat oleh doktor. Ingat doktor semua pandai ke?
Yelah sekarang terlalu banyak doktor dari uni swasta yang spm semua B pun boleh jadi doktor, asal ada duit boleh je belajar gi oversea. Banyak je kes doktor salah prescribe ubat menyebabkan berlakunya emerging of the bacterial resistance towards antibiotics.
Salah prescribe ubat ni besar kesannya. Tak termasuk lagi kes kes terpencil yang contribute to health complications terhadap patient disebabkan salah prescribe ubat ni.
Belum lagi aku citer pasal doktor yang sibuk buat job luar sampai kerja pun culas. Punch card pastu tetiba lesap kejap then treat patients pun nak tak nak, sebab otak fikir nak buat duit je (jual supplements).
Masa terluang je online facebook ajak orang beli supplement yang dia jual. Staff lain ni sakit hati je tengok dia yang kerja culas. Kalau cam gini gaya baik takyah jadi doktor.
Kau jadi doktor nak rawat patient ke nak jadi kaya sebenarnya? Nak guna kan fame dan title kau sebagai doktor untuk raih trust masyarakat supaya beli produk kau?
Penat team #tweetmedicmy educate masyarakat tentang perlunya jaga kesihatan dan jaga pemakanan, tak perlu ambil supplement jika tiada keperluan. Tapi geng-geng money minded ni jugaklah yang menggagalkan misi tersebut. Sebab depa cuma fikir periuk nasi depa je.
Aku tahu ramai staff kkm akan sentap baca post ni. Kalau kau tak buat, kau tak payah terasa. Aku tau KKM akan tetap backup staf diorang.
Aku tak minta apa pun, aku cuma nak korang tajdid balik niat kerja korang. Kerja sebagai frontliner dan healthcare workers ni tujuannya untuk apa?
Please lah, jangan gunakan title korang tu untuk rosakkan masyarakat. Aku tahu yang perangai camni cuma 1% je, tapi still 1% ni lah yang merosakkan imej doktor nurse dan staff KKM. Cau!
– Fattah Amin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit