Doktor Gatal

Hi korang assalamualaikum.

Korang tak yah tahu lah nama aku siapa. Tak penting.

Baru baru ni kan, kecoh pasal Dr gatal and so on, tapi aku tak nak cakap sangat pasal tu. Biarlah orang tu dengan rambut nya ke cadarnya ada berapa helai. Tu masalah diorang.

Aku cuma nak share saja experience aku pasal Seorang Dr yang gatal ni.

Seingat aku 2-3 tahun lepas. Masa tu aku nak dapatkan rawatan pergigian. Kemudian aku rasa doktor ni doktor baru aku tak pernah nampak pun dia sebelum ni.

Diringkaskan cerita, time sesi rawatan pergigian tu tangan dia terkena dada aku. So aku time tu tak fikir lah dia nak cabul aku ke apa.

Mungkin kemalangan. Aku selalu fikir yang baik saja. Then sekali lagi tangan dia tersentuh dada aku. Aku pun time tu macam blur blur.

(Bodoh juga, haih). Dalam hati macam oh mungkin tak sengaja. Tapi aku tak suka la keadaan tu.

Then dah bila banyak kali jumpa Dr tu, kali ketiga tak silap aku, Dr tu dah berani betul mesej aku ingatkan tarikh temujanji pergigian.

Malam malam mesej dan DM aku. Aku pun layan saja la atas dasar doktor-patient.

Lama kelamaan tah macam mana kitorang jadi rapat. Dia selalu whatsapp aku. Ayat dia manis. Cakap dia selesa dengan aku.

Aku sakit dia ambil berat. Pokoknya perfect lah layanan dia. Calon suami mithali lah bak katanya. Tapi aku bendul jugak time tu boleh terjatuh hati dekat dia.

Lama kelamaan dia pula cakap dia ada perasaan kat aku. Nak aku jadi wife dia.. Tapi time ni aku tak tahu lagi sikap buaya dia. Aku just follow with the flow. Aku pun single time tu.

Lagipun time tu dia cakap dia single. Takde orang nak kat dia (ayat buaya). Tahap rapaynya aku dengan dia ni sampai aku boleh prgi hantar makanan dekat dia kar tempat keja dia. Rapat.

Sampai lah dalam beberapa bulan lepas tu, ada dua skandal dia cari aku dekat facebook. Tak tau dari mana dia tahu aku rapat dengan Dr tu. Mungkin they noticed yang Dr tu like post fb aku kut.

Mereka cakap mereka pun mangsa Dr tu juga. Semua ayat yang Dr tu bagi dekat perempuan ni, semua sama saja dengan ayat yang Dr tu bagi ada aku. Time Dr tu dengan aku, Dr tu dengan mereka juga.

Aku time ni macam geram kurang ajar punya jantan. Tap aku tahan saja lagi time tu.

Muka nampak baik, polos, mengaji kat mesir, kat facebook wall dia hentam orang yang tak tutup aurat lah, flat earth la, antivaksin and etc..

Tapi bila belakang belakang ya Allah.. kaki perempuan. Gatal. Banyak stok geli geli dia. Pantang nampak perempuan pipi merah.

Semua orang dia mengayat. setakat yang aku kenal, Keluarganya alim saja. Dah la janji dengan aku nak jadikan isteri. Tak guna.

Dari pemerhatian aku, Mangsa mangsa dia semua polos pulak tu/ style innocent. Perempuan yang orang kata kalau bercinta tu memang setia la. Hmm.

Perangai apa tah Dr macam tu. Terhormat kut jawatan seorang Dr ni dalam masyarakat. Yang perempuan perempuan ni pulak, datang nangis nangis dekat aku punya fb.

Geram bila ingat balik and jijik rasa kenal lelaki camtu. Bodo amat. Aku pulak penasiht bagi mangsa mangsa dia. Padahal aku pun terluka sama.

Tu la definisi buaya darat. To be honest, Zaman sekarang ni yang aku perhati, ramai Dr muda yang ketepikan etika kerja and boundaries dengan patient.

Sapa saja datang depan mata semua dia nak try. Mungkin perak buih tak sempat nak bercinta dulu dulu time belajar. Gatal tak terbendung.

Kalau dah patient tu treat saja la macam patient. ni dah buat orang jatuh cinta, kantoi buaya, lari tinggalkan perempuan perempuan yang dia dulu ngorat mula mula macam tu saja.

Perangai tak sememeh. Dia buat tahi, yang ex ex dia semua cari aku.

Kalau aku jumpa dia sekali lagi aku rase nak sepak saja muka. Bodoh sangat.

Aku dapat tahu dia kahwin dengan seorang perempuan lain baru ni. Tu perempuan lain pulak. Means dalam dia kenal 3 orang perempuan (aku dan 2 lagi scandal dia), ada lagi satu perempuan extra.

Then perempuan tu pun katanya polos juga. Cuma aku harap perempuan tu bukan mangsa seterusnya la. Semoga dilindungi perempuan tu.

Tak cukup dengan tu , dia siap block aku lepas aku tahu kes dia dengan perempuan perempuan lain. Kalau tak salah buat pe nak block bagai.

Orang hanya akan takut bila buat salah. Kalau tak buat salah buatpe nak larikan diri.

Aku pun tak hadap la orang macam tu. Baik orang yang muka biasa biasa, mengaji biasa biasa ja tak pergi mesir mana semua tu. Tapi tau baik buruk. Tau guna otak tak ikut nafsu.

Hmm. Itu saja lah aku nak luah. Berhati hati jelah dengan species ni dekat luar tu.

Tak tahu lah dari mana masalah tu berpunca, tapi please take care dari golongan lelaki yang macam ni. Ada agama, belajar agama bukan jaminan dia tak gatal.

And aku tengok, banyak juga confession sebelum ni yang melibatkan doktor doktol gatal. Ada yang botak, ada yang dah kahwin pun masih gatal juga. Modal mulut manis, on.

Aku cuma harap perempuan perempuan kat luar sana kuat and kalau sesuatu hubungan tu toxic, dan jumpa lelaki bodoh macam ni, just langkah keluar from that relationship and bina hidup baru.

Tak kisah bini atau mangsa, just walk away. Bab lelaki lelaki buaya ni, diorang memang tak pernah cukup satu.

Kalau teraniaya, tak dapat balas, doa saja banyak banyak dekat Allah. Sampai masa, ada kifarah yang Allah nak bagi and ada rezeki baru yang Allah nak bagi sebagai ganti.

Semoga Allah pelihara kita dari orang lelaki gatal, tak tahu adab, langgar saja boundaries even dah jadi suami orang.

Salam sayang untuk semua mangsa,

The most important thing is, love yourself first.

Take care.

– Yang memerhati. (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *