Doktor Pelatih Hampir B*nuh Anak Aku

Assalammualaikum.. Pembuka cerita.. Bulan ini, pada tahun lepas kehidupan aku berubah 100 peratus. Aku ibu kepada sorang anak kecil yang berusia setahun tujuh bulan.

Kehidupan aku biasa biasa saja melayan kerenah anak kecil. Kehidupan sederhana saja cukup makan minum di bandaraya yang mencabar ini.

Bulan ini. Aku kerap bawa anak anak jalan jalan makan makan. Bahagia sangat tengok anak baru dapat kaki.

Tapi bulan ini Allah takdirkan ujian yang besar untuk anak aku untuk aku sekeluarga. Kebahagiaan aku diragut. Doktor pelatih telah bagi ubat sehingga overdose. Anak aku terpaksa ditidurkan untuk dialisis ubat berlebihan.

Berhari hari anak aku di intubated masa ini nyawa anak aku 50 50. Jantung hati buah pinggang dah banyak terjejas.

Anak aku ibarat kanak kanak CP yang kurus tidak bernyawa. Tak kenal aku tak dapat bercakap. Kaki tangan sudah gangren. Allahu hanya Allah saja yang tahu perasaan seorang ibu menatap anaknya seperti ini.

Macam macam unit rawatan anak aku dirujuk sampai ada doktor unit neuro kata otak anak aku pun dah rosak.

Lewat malam itu ak baru pulang dari ICU tiba tiba dapat panggilan daripada doktor untuk datang segera ke hospital kerana anak aku dah takda harapan. Minta aku buat persiapan.

Aku seperti orang gila tak keruan tertanya tanya dengan apa yang terjadi.

Sehinggalah satu perjumpaan dibuat dengan aku dan suami anak aku perlu dialisis ubat berlebihan.

Disitulah kami tahu ada kecuaian berlaku setelah mendapat penerangan daripada doktor.

Alhamdullillah kuasa Allah berkat doa semua orang dan kepakaran doktor nyawa anak aku masih panjang.

Tiga bulan lebih anak aku terlantar. Doktor pelatih tu seperti tiada apa apa. Datang kerja seperti biasa. Tiada sedikit masa untuk anak aku yang terlantar.

Tiga bulan lebih di hospital menjaga anak sampai suatu masa suami aku terpaksa mengambil cuti tidak bergaji dengan aku. Siang malam aku sudah tak tahu apa apa. Hanya mampu mengadu pada Allah.

Keluarga dan sedara mara kawan kawan memberi sokongan saat saat getir ini.

Mesyuarat perjumpaan dengan ibu bapa hanya perkataan maaf dari pihak hospital. Aku merayu rayu ingin tahu siapa doktor pelatih yang tiada hati perut.

Dan teka di hari terakhir aku pulang setelah membayar bil beribu ribu. Aku pulang dengan anak yang memakai beg stoma. Aku pulang dengan anak yang dah tak dapat berjalan. Sebak.

Jadi aku disini ingin meminta pendapat semua pembaca IIUM Confession terutama barisan doktor barisan peguam,

Jika kamu ditempat aku sebagai seorang ibu perlukah masyarakat tahu adakah ini kualiti doktor yang akan dilahirkan diserap tetap untuk memberi khidmat pada masyarakat.

Aku berkira kira untuk viral kisah anak aku supaya satu hari nanti apa yang terjadi pada anak aku takkan terjadi pada anak orang lain.

Kepada doktor pelatih jika kau membaca nukilan aku ini. Aku hendak tanya dimana hati kau.

Sebagai bakal doktor. Satu masa nanti kau pun akan punya anak. Orang aniaya anak kau yang kau tidak tahu siapa. Sudah setahun anak kau tak dapat berjalan orang tu lari dari tanggungjawab.

Duit simpanan makin surut. Mata pernah kelabu berhari hari lamanya kerana kerap menangis.

Inilah yang aku rasa wahai doktor pelatih. Sehinggalah sekarang pun rasa sedih marah itu tetap akan datang. Itulah apa aku lalui.

Akhir kata aku berterima kasih pada barisan doktor yang sedaya upaya menyelamatkan nyawa anak aku. Barisan jururawat. Tak lupa juga unit kesihatan yang lain.

Buat anak mama, mama tetap akan dukung sayang ke mana mana saja.

Moga suatu masa nanti akan ada wanita yang ikhlas terima kekurangan anak mama.

Kepada pembaca IIUM Confession doakan aku kuat dan tabah melalui ujian ini.

Dan kepada kawan kawan aku yang tahu kisah aku jangan tag aku. Suatu masa yang baik jika dizinkanNya untuk masyarakat mengetahui itulah yang akan berlaku.

– Seorang ibu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *