Aku student medic sekarang. Tak lama lagi nak grad, korang doa lah untuk aku & rakan2. Straight to the point. Meh hari ni mak cik nak bebel. Amaran : bahasa kasar sikit kot aku tengah marah ni.
Benci bila tengok kawan2 parents yang datang promote pruduk-produk penipu, cakap ubat dia berkesan untuk sakit kronik, siap cakap ubat hospital tu tak payah lah ambil nanti rosak buah pinggang. Setakat ni parents tak ada Diabetes , tak ada sejarah keluarga Diabetes & buah pinggang pun okay lagi. Penat jugak pujuk diorang cek, follow up bagai. Cuma ada surgical problem & ayah ada masalah jantung dan darah tinggi.
Bila aku cuba pangkah apa yang orang2 ni cakap secara terhormat (orang tua kan), dia balas balik, “jangan sebab kita ada ilmu, kita tak nak sambut ilmu orang lain & tak terima pakai kata2 orang lain. Lagi pun ni sebahagian dari ikhtiar apa salahnya.” Sekian, aku pun tak nak nanti ada perang dingin sebab aku cuba hormat kawan2 parents.
Kepala lutut pakcik makcik. Memang lah ikhtiar, tapi kau punya ikhtiar tu ambil kesempatan dari orang yang terdesak. Ada sorang ni siap dengan pangkat “doctor” entah celah mana dapat doktor homeopathy katanya, suruh aku refer patient aku dari hospital ke dia bila bekerja nanti. Dia tak tahu berapa ramai orang yang aku tengok dah kat hospital jadi teruk sebab ubat-ubat penipu yang selalu guna tagline ,”doktor pun terkejut.”
Hoyyyy, memang terkejut lah maaaakkk! Memang doktor terkejut! Urghh. Masuk-masuk hospital dengan gejala dan symptoms yang tak diingini. Aku nak cerita pun nanti korang tak faham kalau bukan dalam bidang kesihatan.
Pak cik nak saya refer ke homeopathy ye? Tak apa lah. Pakcik langkah lah ke api sorang2 dengan pangkat “doktor” tu. Gaya cakap memang convincing nak mampus. Siap ada alat untuk periksa metabolic derangement guna setitik darah, ala2 dextrostix gitu. Dasar. Siap jadi bomoh lagi malam2. Atas dasar hormat aku diam. Aku dah kerja nanti, kalau ada petient aku masuk hospital sebab kau, memang nahas lah. Woi, orang darul Quran pun suruh jumpa doktor dulu apa-apa hal.
Okay lah. Sekian bebelan. Sakit la masyarakat kita zaman sekarang. Tak tenTRUMP rasa.
– Anak yang risau
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit