“Doktor, Tolong Rahsiakan Ya…”

Salam admin dan readers.

Terima kasih sekiranya admin sudi siarkan confession aku.

Intro ringkas, aku ni seorang perempuan, early 30’s, penjawat awam di sebuah klinik kesihatan.

Disebabkan nature aku deal dengan manusia, macam-macam kisah aku jumpa. Dan aku rasa tergerak hati untuk share secebis dua kisah untuk tatapan IIUM Confession readers.

Last year, aku ada jumpa dengan seorang pesakit. Perempuan muda, umur pun belum 20 tahun lagi. Ayu manis bertudung litup. Sejuk mata melihat, mampu menggetar jiwa jejaka yang memandang.

Dengan raut wajah yang redup, dia menyapaku dulu dengan salam. Aku jawab dan mempersilakan dia duduk. Lantas bertanya, apa tujuan dia datang berjumpa doktor hari tu.

“Faraj saya ada banyak keputihan, bau pun hanyir”.

Ok. Dalam otak aku dah ada beberapa diagnosis yang possible. Tapi, most common cause adalah sexual transmitted disease (STD). Bahasa awamnya, penyakit bawaan seksual.

Cabaran kitorang bila berdepan dengan kes yang sensitif macam ni, kitorang perlu mengolah soalan supaya bersifat neutral dan tak judgemental.

Yelah, sebab patient ni pon baru first time jumpa kau. Takkanlah tiba2 dia nak buka semua cerita including her dark side kan. And kita tak nak pesakit rasa sedang dihukum oleh perawat.

Tapi ada je wei patient yang tanpa segan silu mengaku terus, siap kata i nak check for STD (sexual transmitted disease), sebab one of my partner ada gonorrhea. Ni sumpah ada, tak tipu. Sungguh daring terkejut aku.

Ok, back to my patient.

Aku pun korek-korek la secara halus, and dia pun admit yang dia ada berhubungan s*ks dengan boyfriend dia. And to my surprise, boyfriend dia pon ada multiple sexual partner. So memang la automatik diorang ni masuk kategori very high risk behaviour.

Aku tanya la, dik, awak ada plan ke nak kahwin? Dia cakap haah, saya dah plan nak kahwin next month. Barang hantaran semua dah cari. Tinggal nak buat hiv screening utk pra-perkahwinan next week.

Dia kata dia tinggal sorang-sorang kat apartment mewah, parents tinggal jauh. So senang dia nak bawa boyfriend dia masuk apartment. Jiran-jiran pun nampak macam tak masuk campur hal orang lain.

Dalam pada dia cerita kat aku kisah-kisah dia, aku ada nasihatkan sikit-sikit supaya slow down kan aktiviti macam ni. Bahana yang mengikut bukan sikit. Gonorrhea, sifilis, hiv, hepatitis, kanser serviks, and the list goes on.

Belum cerita kalau termengandung. Panjang lagi meleret-leret sampai ke isu nasab keturunan.

Ada sikit ceramah agama yang aku selitkan. Sama-sama islam. Tak salah untuk aku praktikkan prinsip ‘amar makruf nahi munkar’.

Aku pun ambil semua test yang berkaitan dengan STD. And aku bagi appointment next week untuk tengok result test-test yang diambil. Ubat-ubat pun diberi.

Akhirnya, minggu depan menjelang. Kebetulan, appointment yang aku bagi tu sama tarikh dengan saringan hiv pra-perkahwinan dia.

So, dia settlekan saringan hiv dulu kat bilik prosedur, barulah jumpa aku kat bilik konsultasi. Tapi sebab aku takut termissed patient tu, aku pun hendap-hendapla mana boyfriend dia, sebab aku nak tangkap terus untuk buat screening STD.

Aku approach diorang, plannya aku nak suruh boyfriend dia untuk daftar giliran ke bilik aku, supaya aku boleh korek simptom and ambik test STD jugak.

Aku tanya kat patient perempuan aku tu, ni ke boyfriend awak? Nanti saya nak screen and treat dia ya, sebab dia ada ‘bersama’ dengan awak juga kan.

Muka budak perempuan tu panik.

Dia ambil tangan aku and bawa aku jauh sikit dari tempat duduk dia dengan boyfriend dia.

“Doktor, dia ni bakal suami saya. Yang boyfriend saya, orang lain”

Otak aku jem. Aku rasa ada jugak dalam 10 saat otak aku nak proses info mengejut tu.

“Eh? Lah. Habis tu, awak ‘bersama’ dengan dua lelaki ke dalam masa yang sama?”

“Tak doktor, bakal suami saya ni tak pernah sentuh saya. Yang boyfriend tu untuk suka2 je. No string attached. Dia pun ada banyak partner s*ks lain. Time bosan-bosan je saya cari dia”

Ya Allah. Aku bukan nak judge. Tapi sekali lagi, Ya Allah!! Aku tahu sebagai doktor aku tak boleh judge.

Tapi hati aku masih berpaksikan iman dan moral, and aku rasa aku nyaris terkena serangan jantung bila dia kabo aku camni. Murung kejap aku rasa.

Sempat aku kerling dekat muka bakal suami dia. Nampak umur macam late 30. Muka pon polos je, sedang menghitung hari melayar bahtera bahagia bersama bakal isteri. Kalaulah dia tau..

Adui hati aku yang terasa pedih bagi laki tu.

“Doktor jangan bagitau apa-apa ye kat bakal suami saya. Tolong rahsiakan. Dia tu baik orangnya. Dia takde buat salah apa pun. Saya pun plan nak berubah lepas kahwin”.

Aku cam hurm ok takpe. Tu hal diorang, aku pun memang takde hak nak masuk campur.

Aku pun pesan kat patient ni,

“Nanti awak try pujuk la boyfriend awak buat screening STD kat sini ye. At least kita dapat treat and cegah further transmission. Actually, the best is, kene abstinence terus. Selagi berhubungan intim, risiko jangkitan tu memang sentiasa ada.”

Patient aku tu pun setuju. Aku bagi appointment dia hari lain supaya result test dia tu tak diketahui oleh bakal suami dia.

And sampai sekarang aku dah tak jumpa kelibat pesakit tu. Maybe dah selamat berumah tangga dengan bahagia.

Then, baru-baru ni, aku didatangi oleh seorang pesakit. Pon sama, perempuan muda. Datang dengan simptom yang sama. Masih single, tapi bezanya, dia takde plan untuk kahwin dalam masa terdekat.

Test dia menunjukkan dia ada gonorrhea. Rawatan dah diberikan, simptom kemaluan bernanah pon dah takde. Pokoknya, dia dah free from STD.

Sementara aku menulis clinical notes di dalam dokumen, patient ni tanya aku..

“Doktor, saya nk tanya. Sekarang ni saya pakai pil perancang, sebab period saya tak regular. Dulu pakai oralcon, sekarang tukar yasmin. And saya ada plan nak bercuti kat luar negara nanti.

Camne saya nak make sure saya tak period time saya tengah bercuti tu? Sebab aktiviti saya kat sana ni macam tak sesuai kalau saya period.”

Aku cam oh common juga soalan ni dari patient. Especially patient yang nak ke tanah suci utk tunaikan haji ataupun umrah.

Aku pun semangat la explain kat adik ni, camna cara yang betul untuk makan pil perancang utk hambat haid dia untuk sebulan.

Dia tanya lagi..

“Kalau time saya bercuti, and saya nak buat hubungan intim, takde efek pape kan bila dah start makan ubat Yasmin? And confirm takkan pregnant kan?”

Aku kaget.

Oh god why otak innocent aku ingat budak ni nak buat umrah. And adakah aku dah dikira bersubahat sekali dengan aktiviti misteri budak ni? Otak aku jem lagi.

“Ubat Yasmin ni ok je. Antara pil perancang yang bagus. Tapi kalau awak termengandung, itu semua ketentuan Tuhan.” Aku jawab ringkas. Aku rasa tak berbaloi aku terangkan melere-leret lagi.

Aku tengok list pesakit yang menunggu aku. Ada 5 pesakit kesemuanya. Dan aku dah spend masa 5-10 minit utk explain pasal Yasmin kat pesakit ni. Aduh.

Ingatkan dah insaf kena STD. Tak serik-serik lagi.

Aku balik kerja, aku tenung muka anak perempuan aku. Kecik je lagi.

Bila aku kenang balik senario sebenar yang berlaku kat pesakit-pesakit aku, sungguh aku risau. Mencabarnya rasa nak besarkan anak zaman sekarang.

Zaman di mana keluar rumah berbahaya, tapi berseorangan dalam bilik lebih berbahaya. Sebab tingkap kejahatan melalui skrin telefon ni lebih luas dan mudah terdedah kepada anak-anak kita walaupun mereka hanya duduk diam dalam bilik.

Adui seram rasa. Risau semua ada.

Semoga Tuhan pelihara keturunan dan zuriatku dari perkara2 yang tak diingini. Aamiin..

– Loratadine binti dopamine (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *