Terima kasih kepada admin kerana menyiarkan confession ini. Karangan ini adalah luahan hati, perkongsian pengalaman dan pengajaran terutama kepada doktor-doktor di luar sana.
Terlebih dulu aku ingin meminta maaf kerana confession ini agak panjang dan menggunakan bahasa rojak.
Bismillahirrahmanirrahim. Aku Lily, seorang doktor yang bekerja di sebuah klinik swasta yang agak terkenal di area Klang Valley ni.
Company yang aku kerja ini memang besar, mempunyai lebih kurang 30 lebih cawangan klinik. Aku mula bekerja di klinik ini pada bulan Januari 2020.
Pada asalnya aku bekerja di sebuah hospital kerajaan, akan tetapi disebabkan anak aku mempunyai masalah kesihatan, aku sebagai doktor kontrak tidak layak untuk mengambil cuti tanpa gaji dan cuti menjaga anak.
Jadi disebabkan anak aku selalu diadmitkan ke hospital maka aku ‘dinasihatkan’ untuk resign dari KKM akhir tahun lepas.
Selepas keadaan anak aku agak improved, aku mengambil keputusan untuk mencari pekerjaan. Aku memohon dan menghantar resume kepada beberapa klinik/hospital, dan klinik ini yang reply paling awal. Aku namakan Klinik M.
Aku pun diinterbiu dan sewaktu sesi tersebut aku telah diterangkan mengenai klausa-klausa di dalam kontrak tersebut iaitu selama 2 tahun. Pada waktu itu lagi aku sudah perasan ada beberapa bahagian dalam kontrak itu yang agak tidak masuk akal dan berat sebelah.
Tetapi aku terfikir dalam benakku ‘Alah keje klinik je pun. Housemanship yang mencabar fizikal mental 2 tahun pun boleh lepas ( Alhamdulillah dengan izin Allah). Takkan la keje klinik takleh tahan’.
Jaringan klinik ini juga merupakan klinik yang well-established dan membawa imej yang Islamik. Ibu bapa aku kenal dengan penasihat mereka dan katanya beliau orang yang baik-baik.
Jadi walaupun terpaksa berjauhan dengan suami dan membesarkan anak seorang diri, demi mencari rezeki untuk membayar sendiri komitmen bulanan dan memberi duit poket pada ibu bapaku, aku gagahkan diri untuk menandatangani perjanjian kontrak tersebut.
Maka bermulalah perjalanan aku di klinik ini. Aku bekerja 45 jam dalam seminggu, ada hari yang aku bekerja sepenuh hari hingga lewat malam, ada hari yang aku bekerja hingga petang sahaja.
Nak dijadikan cerita, klinik ini tidak memberikan waktu rehat kepada staff-staffnya.
Para pesakit datang tanpa henti dari pagi hingga ke malam, dan kami hanya mampu untuk curi-curi masa untuk makan dan solat.
Pada awal tahun tempoh hari, keadaan masih terkawal. Aku mampu untuk membahagikan masa untuk solat, makan dan pam susu anak walaupun agak terkejar-kejar.
Namun setelah berakhirnya PKP 2.0, jumlah pesakit meningkat hampir 2 kali ganda. Secara purata, jumlah pesakit dalam sehari ialah 60-80 lebih orang.
Aku dan staff-staff tidak punya masa untuk makan, kami solat pada akhir waktu dan dalam keadaan tergesa-gesa. Pam susu (EBM) boleh dikatakan hampir mustahil.
Sambil melihat pesakit, aku terpaksa menelan Panadol dan ubat gastrik (syrup MMT) disebabkan selalu diserang gastritis dan bengkak susu.
Ramai dalam kalangan pesakit yang datang ke klinik ini memerlukan prosedur seperti mengambil darah, ultrasounds scan dan sebagainya.
Jadi waktu menunggu pesakit lain lebih lama, dan aku terpaksa bekerja tanpa henti hingga malam hari dalam keadaan tersebut.
Aku amat takut sekiranya aku ter’miss’ apa-apa sewaktu memberi konsultasi dan merawat pesakit.
Kerjaya sebagai doctor bukan mudah, dalam kepala perlu sentiasa berfikir mengenai diagnosis yang betul, plan of management yang tepat bagi memastikan patient mendapat rawatan yang terbaik.
Disebabkan ini, aku berasa sangat letih dari segi fizikal dan mental. Dalam masa sebulan-dua sahaja aku bekerja di klinik ini, sudah 10 orang staff klinik yang berhenti. Punca? Mungkin para pembaca sudah faham sendiri apa puncanya.
Jadi apabila staff-staff baru belaka, beban pada aku lebih bertambah kerana mereka kurang training, dalam keadaan klinik yang sibuk dan memerlukan flow sentiasa cepat. Banyak perkara dan prosedur yang perlu aku settelkan sendiri pada mulanya.
Jadi aku semakin penat dan stress, tambahan pula jadual EBM yang huru hara menyebabkan susu aku drop sangat teruk. Aku balik dari kerja jam 11 malam, kemudian aku harus mengambil anak aku di rumah pengasuh, dan sampai di rumah sekitar jam 12 tengah malam.
Aku harus bangun malam sekurang-kurangnya 2-3 kali untuk EBM bagi mencukupkan bekalan susu untuk anak aku esoknya. Itu tidak termasuk anak aku bangun malam untuk menyusu lagi.
Aku hanya kerja di klinik GP biasa, tetapi tahap penat dan stress aku boleh dikatakan melebihi zaman sewaktu aku bekerja di hospital. I was totally exhausted.
Kadang-kadang kalau susu tak cukup, aku terpaksa top-up sedikit susu EBM dengan air masak (anakku sudah lebih 6 bulan dan boleh minum air masak).
Ya Allah jahatnya aku. Aku menangis-nangis sewaktu campur susu dengan air masak sedikit, tetapi anak aku memang agak banyak demand susunya, jadi aku terpaksa guna cara ini sebab terlampau buntu.
Pasti ramai pembaca tertanya-tanya, kenapa nak menyiksa diri sendiri dan anak macam itu. Susu formula kan ada?
Seperti aku ceritakan tadi, disamping anak aku mempunyai masalah kesihatan, dia juga allergik susu formula. Aku hanya seorang ibu yang mahukan terbaik untuk anak, dan seperti semua orang tahu, breastmilk is the best for your baby.
Tapi disebabkan masalah aku, kadang-kadang aku tak mampu nak provide secukupnya. I felt like a loser, I was such a bad mother.
Aku asyik berfikir untuk resign disebabkan aku sudah tidak mampu nak go on seperti ini. Tetapi berdasarkan kontrak, sekiranya aku resign dengan notis 24 jam, aku harus membayar 4 bulan gaji. Dan kalau aku resign dengan notis 2 bulan, aku harus bekerja 2 bulan tanpa gaji.
Sewaktu ini aku memang hantuk kepala dekat dinding ‘ Pasal apela bengap sangat pi sign kontrak perhambaan moden ni duluu’. Namun apakan daya, nasi sudah menjadi bubur. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna.
Suami aku turut memujuk aku agar bersabar. Takkan nak kerja teruk-teruk 2 bulan tanpa dibayar apa-apa? Jadi aku pun teruskan bersabar sehinggalah ada suatu peristiwa yang berlaku.
Alkisah pada suatu hari, pesakit terlampau ramai dari pagi tanpa henti, dan banyak daripada kes-kes tersebut kes yang agak rumit dan memerlukan banyak prosedur dan rujukan ke hospital.
Waktu itu hampir Zohor, dan masih ada dua orang pesakit sedang menunggu, salah seorangnya ialah seorang wanita mengandung yang datang dengan pendarahan.
Kalau pesakit datang dengan bleeding biasanya kita perlu melakukan pemeriksaan fizikal, antaranya ialah per-speculum examination (cek muncung itik) dan juga ultrasound scan.
Jadi aku menjangkakan pesakit ini akan mengambil masa yang agak lama sedikit. Sedangkan aku sudah bengkak susu dan sakit gastrik, aku juga sudah mula merasa pening-pening.
Tiba-tiba ada ibubapa yang datang bersama anak mereka yang sakit mata ketumbit. Aku memberitahu staff supaya meminta mereka untuk datang kembali pukul 2 supaya mereka tidak perlu menunggu lama di klinik sehingga aku selesai melihat 2 lagi pesakit itu, makan solat dan EBM.
Namun ibu bapa pesakit itu tidak puas hati dan mula marah-marah di kaunter sehingga menyebabkan staff aku turut menangis. Mereka kemudian berlalu pergi sambil memberi amaran untuk mengadukan perkara ini kepada orang atasan.
Pada petang itu, kami menerima panggilan bertubi-tubi dari orang-orang atasan, dan mesej Whatsapp masuk menderu-deru. Rupa-rupanya, pasangan yang datang itu merupakan ‘instafemes’ yang telah membuat ‘instastory’ bagi meluahkan ketidak puashatian mereka.
Staff-staff aku dimarahi oleh HQ, dan kami diberikan surat amaran serta perlu memberi surat tunjuk sebab kepada orang atasan. Tetapi yang sadisnya, aku tidak sempat untuk melihat dan membaca mesej Whatsapp kerana terlalu sibuk sehingga lewat malam.
Keesokan harinya selepas habis waktu kerja, aku menghantar mesej Whatsapp kepada Pengarah yang juga merupakan isteri kepada CEO company itu.
Aku meminta maaf kerana berlaku kejadian seperti ini dan menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku. Adakah aku yang bersalah dalam keadaan seperti itu?
Jawapan beliau memang tiada waktu rehat, pandai-pandailah curi masa. Lalu aku meminta beliau mempertimbangkan untuk memberikan waktu rehat kepada pekerja kerana kami memang tidak mampu untuk curi masa.
Pesakit-pesakit datang tanpa henti dan suka mendesak-desak sekiranya lambat dipanggil. Namun tiada jawapan balas diberikan. Senyap. Hanya tandaan biru diberikan. Blue tick cik cik cik.
Aku sedar bahawa aku ini hanyalah pekerja bawahan, tapi tolonglah jaga sedikit kebajikan pekerja-pekerja anda. Beria-ia si pengarah ini ‘pung-pang’ marketing mengenai breastfeeding, kelebihan susu ibu dan sebagainya di media sosial.
Tetapi adakah keadaan aku sebagai pekerja beliau sendiri yang merupakan breastfeeding mother diambil peduli?
Orang bawahan tidak layak makan dan solat dengan tenang? Yang lebih menyedihkan aku, beliau juga seorang wanita, seorang doktor and she is also a MOTHER! Hanya kerana mengejar keuntungan, adakah beliau hilang sifat kemanusiaan?
Aku berasa sangat terkilan dan dizalimi. Suami aku pun berkata,
“That’s it. Just resign. Bawak nama Islam tapi zalim. Quit ja lah, biarlah kerja dua bulan pun. Tajdid niat dan ikhlas, kurang kurang Allah balas balik. Lebih-lebih lagi bulan Ramadhan nak dekat dah (kejadian berlaku sebelum Ramadhan), lagi Allah ganda-gandakan pahala insyaAllah.”
Aku pun akur. Mungkin ini ujian yang datang dari Allah untuk mendekatkan aku kepadaNya.
Jadi aku menghantar surat perletakan jawatan dengan notis 2 bulan. Bukan mudah untuk aku redha pada mulanya, kerana aku harus kerja dengan teruk tanpa dibayar gaji.
Aku memperbanyakkan tilawah Al-Qur’an, dan kebetulan aku terjumpa sepotong ayat ini; ‘Jadilah engkau seorang yang pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang maa’ruf , serta berpalinglah dari orang yang bodoh’ – Surah Al-A’raf ayat 119.
Aku menangis semahunya kerana aku merasakan seolah-olah Allah ingin memberi petunjuk kepada aku supaya aku boleh move on. Aku pun kembali bekerja seperti biasa.
Namun aku tetap berasa sangat tidak puas hati dengan boss-boss ku ini kerana mereka juga berlaku zalim kepada staff-staff lain. HQ company sangat pantang sekiranya staff di bahagian pendaftaran menolak pesakit yang datang.
Jadi walaupun pesakit yang menunggu sudah ramai mencecah belasan orang, mereka tetap wajib menerima pesakit yang baru datang.
Semakin lama semakin ramai pesakit yang menunggu lama sehingga berjam-jam. Akhirnya ramai yang cancel disebabkan tidak mampu menunggu dengan lebih lama.
Ada ramai pesakit yang faham, Alhamdulillah. Tetapi ada juga ramai pesakit yang cancel sambil marah-marah kepada staff-staff. Kasihan kepada pesakit, kasihan juga kepada staff. Ini bukan salah mereka.
Setiap kali habis sesuatu shift, staff perlu memberi laporan kepada Whatsapp group bersama boss-boss mengenai sales, jumlah pesakit, jumlah pesakit yang cancel dan sebagainya. Selepas itu, CEO syarikat akan mula menyindir-nyindir staff disebabkan ramai patient yang cancel.
“Dah tu kau tak bagi tolak patient. Patient ramai cancel kau dok bising2 pulak nak salahkan staff. Deyy kau nak ape sebenarnye braderr. Kau nak aku belah badan jadi 3 ke??”
Kalau diikutkan hati mahu saja aku membalas sebegitu di dalam group tersebut. Akan tetapi disebabkan prinsip hormat dan profesionalisme aku terpaksa menahan diri dan cuba bersabar.
Dear CEO, you are putting an unproportionate number of staffs to patients, and you are having unrealistic expectations from all of us.
Please just use common sense and your lovely brain that Allah has given you. Belajar tinggi sampai jadi doktor kan? Senang je nak fikir, simple maths.
Sepertimana aku katakan pada perenggan awal tadi, company ini mempunyai banyak cawangan klinik. Ada klinik yang kurang sibuk dan agak tenang. Ada juga klinik yang sangat sibuk hingga mencecah 100 pesakit sehari.
Di klinik-klinik yang sibuk itu mereka letakkan 2 orang doktor. Akan tetapi di klinik aku yang borderline ini mereka hanya buat senyap dan membiarkan aku bekerja terkontang-kanting sendirian.
Aku pernah menjadi doktor locum (doctor ganti) di salah sebuah cawangan mereka yang tidak sibuk semasa bulan Ramadhan tempoh hari. Aku mampu menghabiskan 2 juzuk tilawah di situ sahaja. Solat dengan tenang dan damai. Kalau di klinik aku, jangan haraplah.
Pesakit ramai menunggu di luar, ramai juga yang asyik ke kaunter dan bertanya, “Lama lagi ke? Saya yang keberapa ye ni?”.
Malah ada juga ragam pesakit yang kasar dan biadap dan mula marah-marah di kaunter. Nak makan pun boleh tercekik jadinya kalau kita sentiasa ditekan sebegitu.
Ada suatu lagi peristiwa berlaku selepas aku sudah menghantar surat perletakan jawatan. Pada waktu itu aku terpaksa mengambil cuti selama 3 hari kerana anak aku tidak sihat.
Kebetulan suami aku tidak boleh mengambil cuti kerana tidak cukup staff dan dia mempunyai tugasan luar.
Aku ada juga teringat bahawa HR pernah memberitahu bahawa peruntukan cuti aku sudah habis (2 shift sebulan). Jadi kalau aku mengambil cuti untuk bulan itu, gaji aku akan ditolak.
Tapi waktu itu aku sudah serabut memikirkan perihal anak yang sakit jadi tidak register langsung dalam otak aku mengenai hal ini. Lagipun bukannya aku dibayar gaji pun.
Beberapa hari selepas itu tiba-tiba aku mendapat email daripada HR bahawa aku perlu membayar RM 2000 lebih kepada syarikat kerana aku telah mengambil cuti tanpa gaji tersebut.
“Eh eh, dahla aku ni keje free-free tak berbayar, ni nak suruh aku bayar extra kat hangpa pulak tu. Memang firaun sungguh dia orang ni.
Lain kali kalau nk kapitalis sgt tolongla jangan bermuka-muka bawak imej islam. Boss-boss besar ke sederhana besar ke kecik ke siap berkopiah tudung labuh bagai. Aduiii rosak imej Islam”.
Selain itu, KWSP aku juga ada yang tidak dicarum walaupun sudah ditolak didalam slip gaji. Staff-staff lama dan juga bekas doktor-doktor mereka juga ramai yang tidak dicarum KWSP sehingga berbulan-bulan.
Bahkan lebih teruk lagi, ada dalam kalangan mereka yang ditolak bayaran zakat di dalam slip gaji, tetapi apabila disemak di pejabat zakat, tiada bayaran zakat yang diterima. Ada di antara bekas doktor-doktor mereka yang telah membawa isu-isu ini hingga ke mahkamah.
Katanya disebabkan syarikat terjejas dengan PKP pada tahun 2020 lalu, jadi bayaran akan dilaksanakan secara berperingkat. Akan tetapi, mengapa orang-orang atasan begitu gelojoh membuka cawangan baru di sana-sini? Pada tahun ini sahaja, dalam 4-5 cawangan baru telah dibuka.
Adakah lebih penting cawangan baru atau menyelesaikan hutang sehingga beribu-ribu seorang itu lebih utama? Adakah wajar mereka membuka cawangan baru menggunakan wang milik hak orang lain?
Aku tidak suka menggunakan perkataan ini kerana aku rasakan ianya kasar, tetapi mereka ini seolah-olah penunggang agama. Adakah mereka tidak takut Tuhan?
Ayah aku juga mempunyai pekerja-pekerja, dan menurut beliau setiap bulan yang paling utama ialah gaji pekerja-pekerja.
Untung rugi lain cerita, hak orang jangan dibuat main. Doktor CEO, anda sembang kencang mengenai syariah compliance, maqasid syari’ah dan sebagainya. Adakah anda tidak pernah dengar mengenai fiqh awlawiyyat?
Penasihat syarikat ini merangkap bapa kepada CEO itu merupakan kenalan ayahku, jadi ayahku menghantar mesej kepada beliau untuk bertanyakan mengenai hal ini. Tabayyun lah senang cerita.
Jawapan yang diberikan sangat mengecewakan, beliau seolah-olah memperlekehkan ayah aku dan ayah aku tidak layak untuk mempersoalkan apa-apa.
Bahkan beliau siap menyebut-nyebut nama pangkat beliau. Allahu pakcik, pangkat dan harta itu semua tidak mampu dibawa ke kubur pakcik. Aku berasa sangat sedih kerana ayah aku diperlakukan sebegitu. Kalian sudah menzalimi aku, kemudian ayahku pula dilayan sebegini.
Hanya satu yang aku minta, wahai keluarga besar Klinik M, seandainya kalian sekeluarga tidak mampu membawa imej Islam dengan baik, just please don’t tarnish it. Shame on you guys.
Sila renung di cermin dengan mata hati, apakah erti kopiah dan tudung labuh yang kalian peragakan itu. Semoga Allah menjentik hidayah dalam hati kalian, aku dan kita semua Amiin
Aku cuma ingin memberi pengajaran kepada doktor-doktor ataupun adik-adik junior yang lain supaya tidak ada yang menerima nasib yang sama seperti aku.
Terutama kepada para doktor kontrak sekiranya ingin #ExitKKM, kenal pasti dahulu klinik dan bakal boss anda, teliti satu persatu kontrak yang bakal anda tandatangani.
Jangan sampai kalian masuk ke mulut buaya seperti aku. Baru-baru ini aku baru menerima khabar berita bahawa seorang adik junior yang aku sayangi baru sahaja sign kontrak di cawangan klinik baru mereka. Allahu kasihan kau dik.
Kepada orang awam, pilih klinik anda dengan bijak.
Tolong doakan semoga aku dan doktor-doktor di luar sana sentiasa ikhlas dalam berkhidmat. Ayah aku selalu pesan, biarlah kita tidak kaya sekali pun, janji pahala berlipat ganda.
Allah jadikan kita sebagai doktor supaya kita boleh bantu ramai orang. Setiap pesakit adalah lubuk pahala.
Kepada orang atasan Klinik M, silalah bertaubat. Adakah kalian lena di malam hari sedangkan berpuluh-puluh orang anda zalimi demi harta? Bak kata Master Oogway di dalam filem Kungfu Panda 3, ‘The more you take, the less you have’.
Letakkan dunia ditanganmu, jangan dihatimu.
– Lily (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit