Saya seorang wanita berumur dalam lingkungan 40an. Bersuami dan mempunyai empat orang anak.
Alkisahnya, saya nak cerita pengalaman saya tentang tudung. Saya tidak pernah memakai tudung sejak kecil. Ibu bapa saya hanya menekankan kepentingan menjaga tingkah laku yang baik sahaja.
Bab sembahyang, mengaji, puasa tu semua, kalau nak buat, buatlah. Tak nak buat pun tiada paksaan dari ibu bapa. Tapi kalau ibu bapa tahu kami buat perangai tak senonoh, memang kena libas dengan getah paip.
Sampai besar kami dah biasa jaga perangai, jaga adab. Saudara mara, jiran tetangga dan masyarakat sekitar memang senang hati dengan keluarga kami.
Walaupun kami anak jati Kampung Baru, Kuala Lumpur; kami tidak pernah mengunjungi kelab malam, minum arak, hisap dadah, atau berkawan dengan orang² yang kuat bersosial dan selalu bertukar pasangan.
Kerana kami anggap itu semua cara hidup yang tidak baik dan boleh mengundang kemiskinan dan kecelakaan.
Keluarga kami juga orang senang. Saya dan suami juga hidup senang. Yang tak senangnya ialah orang² lain bila mereka melihat saya dan dua anak perempuan saya freehair. Lagi buat mereka tak tenang hati bila mereka dapat tahu, keluarga kami tak sembahyang dan berpuasa.
Selalu juga mereka menyindir keluarga kami ini dapat istidraj. Maaflah, saya tak pernah percaya wujud istidraj. Itu hanyalah perkataan yang direka oleh manusia² berhati pendengki sahaja kerana nak menyedapkan hati mereka sendiri.
Apa yang boleh saya katakan, kalau nak hidup senang, kita perlu bayar dengan usaha, titik peluh dan susah payah kita sendiri. Hidup senang tak datang bergolek hanya dengan memakai tudung dan sembahyang.
Saya katalah begitu pada mereka. Saya lihat mereka ni kerja pun malas. Rumah bersepah dan kotor walaupun rumah besar. Janji selalu tak ditepati. Kami sekeluarga sejak dahulu lagi percaya kalau rumah kotor dan bersepah ni memang akan mengundang banyak kerugian dalam hidup.
Kalau tak percaya, pergilah selidik semua orang yang rumahnya kotor dan bersepah, kemudian bandingkan kehidupan mereka dengan kehidupan orang yang menjaga kekemasan dan kebersihan. Dari situ boleh nampak perbezaannya.
Tapi mereka tak percaya, mereka kata saya sesat sebab tak pakai tudung dan tak solat. Mereka kata orang lain kerja keras pun tak senang juga hidup. Saya tanya siapa orang tu? Mereka kata bangla. Terus saya tergelak. Sebab itu je contoh terbaik mereka boleh bagi.
Saya pun katalah, bangla tu datang dari keluarga yang dah memang susah. Bila dia kerja keras, dia hantar banyak duit ke kampung.
Memanglah nampak macam dia masih susah lagi kat sini. Nak jadi senang taraf orang tempatan yang dah memang sedia senang, tak logiklah sebab ambil masa.
Katakan kalau bangla tu tak datang cari kerja, tak hantar duit. Keluarga dia dan bangla tu pasti kekal hidup susah di kampung. Tak ada perubahan. Cuba check bangla tu setiap hari, dia tak pernah miss sembahyang ke? Mesti ada miss juga. Ramai bangla tak sembahyang pun.
Yang tak sembahyang pun ada juga senang naik pangkat, gaji mereka banyak melebihi orang tempatan. Sebab usaha dia. Bukan sebab sembahyang. Bangla yang sembahyang dan jadi senang pun ada.
Pendek kata sembahyang tak jejaskan kehidupan. Tapi kalau tak berusaha, hidup memang terjejas.
Saya pula memang datang dari keluarga senang. Dan saya teruskan berusaha tak berharap keluarga sangat. Jadi orang nampaklah yang saya memang sentiasa senang. Dah saya berusaha.
Katakan kalau saya malas, harap keluarga tolong je. Tak lama lepas tu mungkin dengan keluarga saya sekali ikut melingkup.
Tak pernah seumur hidup saya tengok orang malas hidup senang. Yang hidup senang semuanya rajin. Rajin pun, kena ada ilmu lain juga.
Jika sekadar rajin tapi tiada ilmu pengurusan kewangan, boleh jadi miskin. Rajin kerja tapi kuat berjudi pun boleh jadi susah. Rajin kerja tapi kaki perempuan pun hidup celaka. Yang pasti kalau rajin, berilmu serta hidup dengan cara beradab baik, berdisiplin, pasti akan senang.
Tapi itulah, bila bercakap dengan orang yang taksub tudung dan agama ni mereka macam tak ada akal. Nampak sakit mental pun iya juga.
Apa kaitan pakaian dan agama dengan hidup senang, jadi baik? Pernah mereka tunjuk mereka pakai stokin. Lepas tu mereka tanya saya “Aku nampak baikkan?” Sambil senyum².
Tak pernah seumur hidup saya diajar ibu bapa yang kebaikan seorang wanita itu boleh dilihat dengan memakai stokin.
Pakai stokin = baik?
Rasa lucu pula. Lainlah jika dia tunjuk tolong orang tua lintas jalan ke, tolong gelandangan ke, tolong permudahkan orang sakit ke barulah dikatakan baik. Jadi saya pun tersenyum sajalah sambil tengok dia berdelusi tentang stokin. Apa² ajelah asalkan dia bahagia.
Saya tak kata semua wanita yang pakai tudung, pakai stokin tu ada masalah taksub, sakit mental. Sebab niat semua orang tak sama.
Ada yang fikir dah memang tuntutan agama. Jadi dia pakai saja, tanpa fikir diri sendiri baik. Ada yang pakai tudung sebab senang, tak payah jaga rambut sangat.
Ada yang pakai tudung sebab muka dia nampak lebih cantik berbanding freehair, yang nak tutup uban pun ada. Tapi yang ada masalah taksub tudung ni memang melucukan.
Dia nampak tudung tu ada kuasa mensucikan segala²nya. Bila pakai tudung, dia rasa diri terus suci, dia fikir hidup dia akan bertambah senang, orang akan hormat dia, dia lahir semula jadi manusia baru.
Pernahkan kita tengok artis suam² kuku yang menangis beriya² macam nak runtuh langit lepas baru pakai tudung. Macam tudung tu hal besar sangat, macam tak ada hal besar yang menakjubkan selain dari dia baru letak kain atas kepala untuk tutup rambut.
Berminggu², berbulan² dia obses dengan tudung. Lepas tu tup tup, bukak balik kata itu bukan diri dia. Hahaha kelakar tengok.
Artis yang kekal bertudung pula, makin jadi mental dan suka judge orang lain. Pada dia, dia dah suci sebab pakai tudung. Orang lain bila lagi? Lepas tu menyindir² nak paksa orang lain ikut jadi seperti dia.
Jaranglah ada artis yang jujur bertudung, terus menyepi tak mahu perhatian lagi. Nampakkan ramai hanya pakai tudung untuk menunjuk² baik. Sebab mereka telah didoktrinkan pakai tudung ialah baik.
Belum masuk lagi mak² orang yang ajar anak sendiri suruh tegur wanita freehair lain secara terbuka depan orang ramai. Terkadang kasihan tengok budak² kecil dicuci otak jadi tidak beradab, mereka berani menegur orang lebih tua hanya kerana tak pakai tudung.
Kalau tegur orang tu pakaiannya terkoyak atau nampak tersembul sana sini sebab terlalu ketat boleh terima lagi. Itu pun lebih manis jika sesama orang dewasa yang menegur.
Bukan budak². Ini hanya tentang tudung? Ibu bapa saya dulu pantang kalau kami adik beradik tegur orang lebih tua. Walaupun orang tua tu salah. Lebih baik mengadu pada ibu bapa, supaya mereka boleh tanganinya dengan cara berhemah.
Selalunya dengan orang lain ni, bila mereka tegur tentang tudung, saya hanya senyum saja. Iyakan pun tidak, bangkang pun tidak. Sebab saya ada fahaman saya sendiri tentang tudung dan tentang agama.
Saya tak perlu uar²kan apa fahaman saya secara berdepan untuk mengelakkan persengketaan. Kerana bila hidup dalam masyarakat, kita sudah dicuci otak untuk terima fahaman majoriti adalah yang paling benar. Siapa yang ada kuasa dan pengaruh, agama dialah Tuhan pilih.
Di mana² ceruk bumi pun begini. Kita sebenarnya beragamakan fahaman buatan manusia sahaja. Manusia sendiri yang menentukan agama dan fahaman mana yang paling benar. Lepas tu, manusia bergaduh dan berperang sesama sendiri demi menegakkan fahaman masing².
Manusia hanya mengagungkan kata² manusia lain tidak kira jika kata² itu adalah rasional atau pun tidak. Asalkan sumber kata² itu bertongkatkan kuasa dan pengaruh yang luas, maka ramai akan membenarkannya.
Begitu jugalah doktrin taksub tudung. Terlalu ramai guru² agama yang mendoktrinkan kepada para wanita bahawa tudung itu hal yang terlalu besar.
Maka tidak hairanlah kata² mereka jadi agung. Ramai yang mengikut dan jadi taksub. Di mata mereka, tudung itu nampak terlalu indah dan menakjubkan. Hebat ya, sihir kata² yang guru agama guna. Ramai yang percaya.
Tapi tidak saya, saya sudah faham hakikat kehidupan. Sebab itu saya tidak perlu berbahas pertahankan diri kerana tidak memakai tudung.
Saya selesa freehair. Saya tidak perlu pakai kata² manusia lain untuk menukar cara hidup saya. Saya tak takut dengan ugutan api neraka dan istidraj kerana itu semua hanya kata² manusia.
Tak pernah lagi ada sesiapa yang mampu memberi bukti kata² itu datangnya dari selain manusia.
Confession ini sekadar untuk orang lain baca, supaya kamu semua menyedari kewujudan wanita yang tidak mahu memakai tudung bukan kerana hendak menunjuk² rambut, bukan juga bangga nak freehair.
Cuma pada saya, tudung adalah hanya sehelai kain yang boleh dipakai pada bila² masa jika rasa perlu dan sesuai. Tiada kaitan dengan moral atau agama.
Tidak perlu mereka cipta cerita tudung itu mampu selamatkan dari api neraka, dari kemiskinan, dari lelaki jahat. Tiada bukti sahih untuk dakwaan seperti itu.
Apa pun saya hormati jika ada yang memakai tudung atas sebab mereka percaya itu suruhan agama. Atas bumi ini semua manusia bebas nak percaya apa pun. Susah payah atau senang yang datang dari kepercayaan tu, kita sendiri yang menanggungnya. Bukan orang lain.
Cuma jika sudah baca confession sebegini, di harap sedarlah yang ada wanita freehair geli hati dalam diam jika kamu cuba nasihatkan mereka supaya pakai tudung.
Walaupun mereka hanya diam tak bersuara kerana tidak mahu bergaduh, jauh di sudut hati, mereka fikir kamu adalah manusia yang terlalu taksub dengan tudung dan agama hanya kerana otak kamu telah dicuci oleh pengaruh kata² manusia lain sejak lahir.
Simpan saja kepercayaan sendiri tanpa memaksanya ke atas orang lain. Kita saling memahami dan menghormati.
Sekian…
– Sophie (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Betul tu puan. Sy pun setuju. Klau boleh nak menasihat orang kenalah ckp baik-baik. Ni x, terus, “klau x pkai tudung nnti berdosa tau”. Mnelh orng nk dengarkn. Sy ni bertudung ats suruhan mak mase sekolah rendah tapi lame2 dh biasa. Pergi mane2 dh kena bertudung tapi bkn kt lmn rumahlh. Yelh kn didikan mak. Mak sy pun klau nk nasihat org utk berubah kna berubah perlahan-lahan bkn momokkn kata sindiran & hinaan. Dan mak sy pun beritahu klau kita nasihat tapi org tu x nk berubah, jgn paksa dia. Biar dia sedar slh dia sendiri or tunggu bala dtg sendiri. Sbb org melayu jenis pantang ditegur. Selagi x de tragedi atau kejadian yg x dijangka mmg melayu xkn berubah. (Berdasarkn pengalaman hidup sy & apa yg mak sy beritahu mmg benar belaka) Sy pun x lh sempurna mne ade jugak part2 agama xbuat tapi sy xkn sesekali nasihat org cara gaya makcik bwg. Sy ikut cara mak sy. Sekarang ni hidup sy pun x de lh stress n aman je drpd kacau daun hidup org.