Doktrinisasi Sifu Hartanah

Assalamualaikum. Saya saja tulis nak berkongsi pandangan rentetan dari isu sifu yang viral melalui page IIUM Confession ni.

Oleh kerana saya tengok isu ini panas, dan ramai juga memberi komen dan berkongsi pengalaman, saya ambil inisiatif untuk menyiasat isu ini. (dah macam wartawan. Hahaha) Saya fikir dari pengamatan dan siasatan saya, isu ini valid untuk di ketengahkan.

Pertama sekali saya ucapkan terima kasih kepada admin sebab kongsikan pandangan saya.

Bila saya baca konfesi “konspirasi sifu hartanah” (https://iiumc.com/konspirasi-sifu-hartanah/) dan “mangsa sifu hartanah” (https://iiumc.com/mangsa-sifu-hartanah/), saya merasakan perlu saya selidiki.

Jadi, saya ambil inisiatif join webinar sifu yang allegedly dikatakan banyak disebut dalam komen di dua post tersebut. Nak share nama tak berani. Hahahaha. Orang kata kuat saman.

Ramai pula yang ajak suruh join webinar setiap minggu. Semua cakap FREE sahaja, dengar saja. Setiap minggu ada saja topik berbeza dibincangkan, misalnya moratorium, hutang baik, hutang jahat, politik semasa dan sebagainya.

Bagus topik-topik ini dibincangkan, sedikit sebanyak dapat ilmu baru. Dan diakui, banyak input baru yang diberikan guru ini.

Selepas tengok webinar tersebut, saya pun google tentang sifut tersebut, dan banyak input yang baik, antaranya tentang kriteria yang dia ajar untuk membeli hartanah pelaburan.

Takkan setiap minggu buat webinar Free macam itu saja, mesti ada tujuan dan matlamat hendak disampai. Sudah tentu akan melibatkan kos, tenaga dan masa. Pada masa guru juga ada syarikat yang menjalankan perniagaan.

Namun, terdapat banyak “red flags” yang saya rasa wajar untuk kita ketengahkan dan bincangkan.

Saya nampak modus operandi guru ini bermula dengan “idea seeding”, kemudian “indoctrination” dan kemudiannya bila dia dapat wujudkan “pengikut yang die hard baru” dia jual apa sahaja yang dia ada.

Dan lastly, pengikut dia ni yang kemudiannya menjadi ejen guru ni pulak untuk mengajak orang lain. Dah macam cult pun ada. Ajaran Mimpi Terakhir ke apa. Hahaha.

Permulaannya, pada fasa “seeding idea”, guru ni dia akan menarik public untuk dengar webinar nya. Iklan nya merata-rata. Bukak fb ada, bukak blog ada, bukak youtube ada, hairan saya try hard sangat.

Macam-macam page berbeza nama, tapi semua nya ajak join kelas dan webinar sifu. Entah-entah, tengah anda baca konfesi ini pun anda boleh jumpa iklan tersebut. Merata-rata.

Dia akan cuba pancing kepada sesiapa yang nak (1) kurangkan hutang dan komitment bulanan, (2) nak beli hartanah yang selamat, terbaik tanpa modal dan (3) tambah pendapatan tambahan 5/6 angka.

Saya nampak dia target ramai dari kalangan pekerja profesional yang bergaji besar seperti doktor, peguam dan kakitangan oil and gas. Mereka ni sibuk dan tak sempat nak mengkaji sendiri. Tapi mereka ni banyak duit.

Di webinar, dia akan ajar ilmu-ilmu dia ada. Ilmu tersebut bagus. Tapi makin lama, sama sebiji macam apa dikatakan oleh dua orang confesor sebelum ini.

Guru akan bragging, dia ada ramai sangat client, belasan ribu hampir 20k, setiap kali webinar, pasti jumlahnya akan meningkat ribu-ribu dari sebelumnya.

Tapi semakan di facebook private group, jumlahnya macam kurang 10k. Lepas itu, tiada sebarang complaint dari semua client dan mereka happy menjadi client. Sangat pelik.

Untuk meyakinkan penonton, guru akan membawa 3 orang client yang dikatakan berjaya untuk memberi testimonial mereka. Hampir setiap minggu, muka-muka yang sama je. Kalaulah betul client sehingga 17,000 orang, kenapa guna muka sama saja kan?

Pada masa mereka juga giat mempromosikan kepada orang ramai untuk join program guru. Macam mana boleh tahu, guru akan bagi link ke profile fb 3 orang client ni. Tengok wall pun dah tahu, kejenye promot guru je.

Rata-rata mereka menceritakan kejayaan mereka membeli banyak hartanah tanpa modal, dapat cashback yang banyak, gunakan cashback untuk bayar personal loan, credit card, car loan, kurangkan hutang dan jana pendapatan tambahan 5/6 angka melalui hustle income.

Guru ni kemudian akan ajak join elite group. Bukan murahlah bayaran dia. Ribu jugak. Guru juga menekankan, jika ada yang pendapatan tak cukup beli hartanah, boleh join juga untuk tambah pendapatan dan seterusnya boleh beli hartanah tanpa modal.

Awal-awal lagi guru ni dah untung dengan yuran kelas dan yang join pula boleh jadi kaki untuk guru ni dapatkan client baru.

Dalam setiap webinar, seperti dalam konfesi terdahulu, it is expected guru akan promot untuk join elite group toward the end.

Guru itu juga create scarcity, “promotion hanya valid hari ni, sign up hari ni dan anda akan dapat voucher renovation balik, value voucher tu lebih tinggi daripada harga untuk join elite package”. But almost every week the same offer.

Kemudian, bila sudah masuk kelas, saya nampak fasa indoctrination berlaku. Sebab saya tengok kebanyakan hujah mereka sama. Guru ni akan come up dengan segala data, graf, table dan statistic untuk meyakinkan pelajarnya.

Masalahnya, bagi saya yang belajar dalam jurusan statistic ini, tahu yang data dan statistic ni hanya nombor. Dan orang boleh gunakannya untuk sampaikan cerita ikut apa yang dia mahukan supaya orang percaya. Boleh dimanipulasikan.

Tapi tu lah, ramai mudah percaya. Tambahan, tiada siapa semak, betul atau tidak data yang disediakan itu.

Fasa “indoctrination”, guru ini akan bermula dengan kriteria pemilihan hartanah yang di reka sendiri. Tiba-tiba dia pula letakkan diri dia authority jadi kriteria dialah paling betul. Dia come out dengan segala data, statistik, graf untuk yakinkan pelajarnya.

Kemudian, dia akan ajar tricks dan teknik seperti cashback, multiple submission dan lain-lain. Dia juga akan rationalkan kenapa lagi baik beli projek baru berbanding beli rumah second hand atau lelong yang lebih murah dan bawah harga pasaran.

Kebanyakkan anak murid hanya menceritakan berjaya kurangkan hutang dan komitment guna cashback loan hartanah.

Rupanya ramai dari client guru merupakan golongan yang banyak keberhutangan. Terkejut juga dengar hutang bulanan 9k menjadi 4k. Puluhan ribu hingga raturan ribu hutang mereka.

Semestinya hutang personal loan dan credit card. Ini umpama tutup lubang lama, korek lubang baru yang lebih dalam. Hutang baru yang dicipta, jauh lebih besar dari hutang dulu.

Takkah pelik, cashback itu di ajarkan sebagai hutang baik, dan di kira sebagai simpanan. Sedangkan ianya hutang yang dah sedia masuk dalam loan beli rumah yang tak tentu lagi menguntungkan. Macam mana hutang boleh di kira sebagai simpanan?

Ada juga yang menceritakan berjaya mendapat postive cashflow. Mereka juga menceritakan di facebook mendapat sewaan yang tinggi. Semakan di mudah, iproperty, property guru, ibilik, menunjukkan sewa yang jauh lebih rendah bagi unit yang sama dari diceritakan.

Saya juga sempat bertanya kepada 2-3 agen hartanah berdaftar, benarkah sewa memang rendah. Mereka kata itulah rate sewa kawasan itu. Kalau letak tinggi, mungkin susah nak cari penyewa.

Yang sewa, biarpun unit tu dah kecil gila, dicadangkan untuk tambah extra room lagi. Unit size kurang dari 500-700kps, guru yakin rental boleh lebih dari 2000. Lokasi pun sedang sedang sahaja. Cubalah check yang service apartment dekat klcc area, berapa saja rental sekarang.

Guru yakin lepas pandemic over, Airbnb boom tourism boom, rental memang akan cun. Convenient juga guru tu tinggalkan fakta real actual supply vs actual demand.

Selepas fasa indoctrination ni, dah pasti anak muridnya percaya. Yalah. Dah disajikan macam-macam nombor dan testimoni.

Bila anak muridnya dah percaya, barulah dia mula menjual projeknya. Mengikut apa yang dikatakan oleh konfesor “Konspirasi Sifu Hartanah”, guru ni mendapat lantikan oleh pemaju dan dapat komisyen besar dari pemaju.

Sifu/ Guru ini tadi akan buat sesi review/ briefing projek. Setiap projek ni akan di beri Gred.

Persoalannya, atas dasar apa Gred itu diberi?

Itulah pada pendapat saya, RED FLAG paling besar. Macam mana nak tahu projek tersebut betul-betul bagus. Adakah ia bagus sebab ia memang bagus, atau ia dikatakan bagus dan disajikan berbagai fakta untuk ia diyakini menguntungkan sebab guru ni dapat komisyen jualan?

Bagi saya ada conflict of interest yang sangat besar dan bahaya sebab saya sebagai orang luar sendiri nampak yang sifu ni ada conflict of interest bilamana dia dapat komisyen dari jualan projek lantikan pemaju kepada pelajarnya.

Of courselah semua projeknya dikatakan bagus dan yang lain-lain tak bagus sama ada projek under construction lain, rumah second hand mahupun lelong, sebab dia dapat komisyen dari penjualan tersebut.

Guru mengatakan yang projek dibeli adalah lebih murah dari projek lain. Bahkan boleh dapat cashback yang mana cashback tu boleh hapuskan hutang dan jadi simpanan. Ini akal yang waras akan rasa kelakar.

Jadi akan wujud persoalan kepada apa yang guru katakan.

Pertama, walaupun dapat cashback yang banyak, adakah ia betul rendah dari harga pasaran. Kena tahu, harga pasaran adalah ditentukan oleh penilai berdaftar.

Sememangnya kita semua sedia maklum, rumah under construction/ baru ni, dijual mahal atas harga pasaran. Sebab itu banyak tak terjual jadi statistik tahunan pula.

Kedua, sifu sentiasa kata beli melalui mereka harga lebih rendah. Tetapi tidakkah jadi persoalan, kenapa pemaju mahu jual lebih rendah kalau projek itu betul-betul bagus.

Produk yang betul bagus, tak perlu pun pelbagai offer yang pelik-pelik. Kan fishy, kalau produk yang betul-betul bagus, terlampau banyak sangat offer.

Ketiga, kenapa kalau produk itu bagus, perlu sifu/ guru ini untuk mempromosikannya. Kalau produk itu bagus, ia akan terjual dengan sendirinya dan berebut orang membeli.

Projek bagus seperti Sime Darby, tak perlu sifu pun, dalam masa 2 minggu habis terjual. Takda pun offer pelik-pelik seperti cashback dan diskaun banyak-banyak.

Jadi di situ saya ambil inisiatif untuk menyiasat lebih lanjut. Of courselah maklumat projek yang mana dan diskaun yang dapat di share oleh kawan saya sendiri.

Guru cakap boleh dapat discount 20-50% dari harga showroom. Siap bagi gerenti yuran akan dipulangkan, 100% refund dan jadi client free jika dapat cari harga lagi murah.

Sebab ramai client guru yang sering promosikan guru dan programnya, sempat la bertanya mengenai cara jadi client dan projek-projek ditawarkan. Saya tanya projek mana, diskaun berapa dan semua detail kalau saya boleh tak dapat lagi murah dengan pemaju, saya akan jadi client.

Semakan dengan agen dan pemaju, saya sempat ke showrrom, rupanya projek tersebut hampir siap dan masih banyak unit yang tak terjual lagi. Kalaulah bagus giler projek ni, dah tentu sold out awal kan?

Memang benar, sifu mendapat tawaran yang lagi murah berbanding dengan pemaju dan agen. Tapi perbezaan tidak banyak, lebih kurang 5%. Tapi sebab hartanah harganya mahal, 5% ini besar nilainya, puluhan ribu juga.

Seterusnya, saya semak guna google tentang projek itu. Check punya check, jumpalah satu forum lowyat ni. Gigih juga nak baca sampai habis, semua dalam english. Rupanya 3 tahun lalu, harganya 20% jauh lebih rendah dari harga ditawarkan sifu lepas bulk purchase discount.

Tambah pula dengan masih banyak lagi unit tak terjual. Dah la market sedikit sebanyak tengah correction, macam mana pula harga bulk purchase discount lebih tinggi dari harga launching.

Jadi persoalan saya tadi terjawab.

Saya tengok modus operandi sifu ini legal. Saya rasalah. Tetapi secara moral dan etika, Tuan Puan lah pertimbangkan.

Yalah, at the end of the day, siapa boleh salahkan sifu, sebab yang sign agreement semua adalah diri sendiri. Sifu/ Guru ni boleh kata, saya ajar, tapi awak yang perlu check dan buat due diligince sendiri juga.

Tapikan, dah bayar mahal, dah di “doctrin”, dah di sajikan “fakta”, dah di yakinkan macam-macam, jadi tak kan lah tak ikut “advice” guru tadi, betul tak?

Lagi satu, saya perasan, dalam komen kenfesi terdahulu, ada segolongan yang kuat backup guru ni. Dan saya perasan, sifat semua sama je. Hujah sama, dan suka buat ayat twist untuk ajak dan pm mereka untuk tahu “hal sebenar” yang akhirnya akan bawa join pergi webinar.

Kalau orang tegur sifu dia, confirm “client” ni akan berkampung dan serang balik siapa yang tegur. Tak boleh disentuh langsung!”

Peliklah kenapa backup sungguh-sungguh.

Rupanya mereka ini bukan client sahaja. Mereka adalah client merangkap sekali “ejen” untuk guru ni.

Patutlah beria backup!

Setiap client baru yang direfer, boleh la dapat komisyen sehingga 1k. Lepas tu boleh dapat lagi referal fee kalau client tu beli hartanah. Referell fees ni boleh dapat sehingga 3 lapis bawah kita tapi dengan % yang berkurangan la. Macam MLM pun ada.

Patut la bersungguh suruh join dan backup, siap pm, follow up. Berlapis-lapis komisyen macam kuih lapis boleh dapat.

Seterusnya, bab makan keliling. Apa yang diterangkan, guru cuba buat ecosystem untuk pelabur hartanah, dimana bermula dari ilmu pelaburan hartanah, cari hartanah untuk pelaburan, bulk purchase, marketing, renovation dan hingga pengurusan sewakan hartanah.

Disini guru cuba create short cut kepada newbie yang tiada ilmu pelaburan hartanah untuk tidak buat silap dan dapat melabur dengan modal sikit dan rendah risiko. Semuanya telah tersedia, dari segi kajian hartanah, harga sewa dan jual. Kira macam one stop center la.

Benar, tapi guru juga ada syarikat yang menjalankan perniagaan yang menyediakan ecosystem yang diperkatakan itu. Matlamat perniagaan, mendapatkan keuntungan.

Semakan dengan portal crowdfunding, guru dengan terang mengaku dia menjalankan perniagaan menggunakan model ini dalam bisnes plan. Inilah cara guru buat duit sebenarnya.

Bab NDA ni, guru akui memang ada pun. Siap buat youtube video. Tujuannya untuk elakkan dari client bercerita kepada umum tentang offer client dapat lebih baik dari orang luar beli. Tak nak bagi orang luar bising pada pemaju kepada orang lain beli lagi murah katanya.

Tapi macam mana pun, aku tengok client-client ni semua dengan bangga diri beritahu dapat cashback banyak, discount banyak. Macam pelik pula. Kata rahsia, tapi pergi cerita sini sana.

Setakat cerita macam tu apa yang ada dalam NDA, semua orang boleh buat dan nafikan. Apa kandungan sebenar line by line, hanya client yang sign saja tahu.

Lepas tu, yang ceritakan bab NDA ini orang yang buat NDA, orang mendapat benefit/ manfaat dari NDA, bukan orang yang sign NDA.

Saya rasa sampai itu dulu apa yang saya ingin kongsikan. Banyak ilmu yang guru hartanah boleh kongsikan. Saya fikir berbaloi untuk belajar.

Tapi bagi saya amat risky untuk ikut lebih lanjut kerana jelas sekali ada conflict of interest atau orang german kata udang di sebalik mee.

Orang yang mengajar, menjual balik pada pelajar. Dah pastilah semua baguskan?

Ini bahaya.

Yang menakutkan, guru pupuk setiap client macam cult, dari awal indoctrination sampai bila dah percaya, apa sahaja guru jual akan terima tak kiralah betul bagus atau tak.

Guru yang come out dengan criteria memilih hartanah, dan guru jugak come out dengan Gred hartanah dan siap gredkan hartanah dia, dan guru jugak jual hartanah tu.

Jadi tak kan lah Guru nak gredkan hartanah dia sendiri jual jadi Gred F pulak kan? Betul tak?

Dan lagi best, Guru berjaya jadikan pengikut dan pelanggannya sebagai askarnya dan jadi ejen bagi pihaknya.

Apa apa pun, saudara saudari kalian, jangan mudah percaya biarpun guru itu bangsa sendiri. Duit bukannya senang dicari, jangan pula senang-senang buat semua guru-guru ni makin menjadi di Malaysia.

Memang tidak boleh dinafikan tamak selalunya bawa rugi. Tapi jangan lah pula kita semua nafikan, ramai guru-guru ni very convincing, lebih-lebih lagi dengan aspect yang positive sahaja, dimana conscience guru ni?

Sebagai consumer, biar la confession macam ni dijadikan reminder kepada public, to create awareness, and finally to put a control over phenomena sifu / guru di Malaysia.

Tak Salah Cari untung, tapi biar la Cari untung dengan empathy, fikirkan hidup client yang percaya pada anda.

– S (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *