Sekarang ini cuba kamu semua fikirkan. Kat mana letaknya sijil Surat beranak sehinggalah SPM kamu.
Misalannya berlaku kebakaran, berapa pantas kamu boleh capai semua tu dan selamatkan diri dengan dokumen dokumen penting tu semua.
Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih la banyak banyak kat ayah saya sebab sejak umur remaja ayah dah bagi satu folder untuk isi semua dokumen penting tu. Ala folder yang jenis mukasurat plastik yang kita boleh masukkan semua sijil dalam tu. Ada la dalam 20 helai camtu so depan belakang ada 40 muka surat sijil sijil yang boleh diisi dalam tu.
Kenapa saya bercakap pasal folder ni.
Pertama, budak umur 14 ke 15 tahun diberikan satu folder ini untuk isi dokumen peribadi dia. Bermula dari sijil beranak dia, sijil UPSR dia, sijil kokurikulum dia. Ianya satu kaedah untuk ajar tentang amanah dan tanggungjawab. Sepanjang waktu bersekolah dia akan terasa nak masuk pelbagai aktiviti dan pertandingan untuk masukkan sijil dia dalam folder ni. Tak payah nak push push, dia sendiri akan teringin. Satu lagi sebab dulu masa sekolah, termakan cakap guru katanya kalau aktif sukan atau ada banyak sijil nanti mudah nak masuk universiti, betul lah kot.
Kedua, tak ke rasa macam mudah sangat nak organise anak anak dengan satu folder masing masing. Pasport, buku bank, semua jenis dokumen yang kita setkan kat otak anak sebagai penting, semua tu letak pada rak yang mudah dicapai. Belajar la organise sikit bezakan mana satu dokumen penting mana satu yang tak penting. Kalau datang la sapa sapa kemas nak kenduri ke sapu sapu terbuang satu bakul resit, tisu, sampah kertas yang tak ada beza dengan sijil SPM, pikir la macam mana nak pegi cari kerja dengan sijil SPM takda. Kalau misalan keputusan SPM tu teruk sangat sampai kecewa tu takkan la sampai buat macam sampah. Teruk teruk nak apply kerja security guard pon dia minta sijil SPM. Memang la nanti orang kata eh takpa boleh pegi apply balik dapatkan replacement sijil tu kat Lembaga Peperiksaan. Tapi leceh kan? Kena pulak si pemalas yang membiarkan takdir hidupnya begitu “ala dah nak hilang nak buat macam mana” memang layak ditampar aje.
Ketiga, bila nak interview kerja, siap siap susun semua sijil sijil tu secara kronologi. Kena pulak result straight A macam saya ni, itu lah bonusnya. Susun dari terkini hingga yang last. Maksudnya kalau ijazah letak mukasurat depan membawa ke SPM dan sehingga yang UPSR. Macam tu. Bakal bos akan lihat satu persatu, dan boleh bayangkan yang awak ni seorang yang tersusun peribadinya. Mudahkan? Senang la nak dapat kerja macam tu.
Jadi bila dah berkahwin, sijil kahwin pon dan sijil surat beranak anak boleh la letak kat folder peribadi. Termasuklah geran kereta dan insurans nyawa. Tapi tak perlulah sampai nak bawa ke temuduga kerja. Haha.
Rasa macam panjang nak tulis lagi tentang pentingnya menjaga dokumen peribadi ni. Salah satu sebabnya sekarang sebab susahnya terasa nak mencari sijil sijil suami yang diletakkan merata rata di rumah mertua, sekarang ni anggap je lah semua tu dah hilang. Geram pulak rasa.
“Untuk kebaikan kau jugak, otak tu takyah la fokus kat benda benda tak perlu macam wechat, betalk, dan segala macam media sosial yang memberi gejala sosial, baik kau organise dokumen peribadi kau sendiri” – Mesej tambahan
– Ice
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit