Assalamualaikum…
Terima kasih kepada admin sekiranya confession ni disiarkan. To be honest, aku keliru dengan perkataan “Don’t be choosy.” Perkara yang aku nak bincangkan ni adalah berkaitan dengan pekerjaan, bukannya choosy pasal cintan cintun tu.
Aku sedang mencari kerja sekarang. Berpuluh – puluh job application dah aku hantar kat Jobstreet dan LinkedIn. Biasanya aku tidak memilih job. Apa sahaja jobs description yang aku rasa aku boleh buat, aku akan apply walaupun job description tu memang lari dari degree aku. Contohnya, aku adalah fakulti sains graduate tapi aku apply jer job application dalam business administration.
Alkisahnya, aku dipanggil interview untuk salah satu job administration tu. Syukur sangat2 masa tu. Tapi malangnya interview tu not went well! Interviewer berkenaan mempersoalkan kenapa aku nak job administration padahal aku ade science degree. Entah apa salahnya kata – kata aku semasa membalas persoalan berkenaan. Aku jawab la yang aku nak explore new skills and new field. Dan aku jawab la yang aku agak desperate untuk dapatkan kerja. Ye la, dah berbulan menganggur mesti la nak kerja sangat. End up, the interviewer tu cakap yang aku tak ada goal dalam hidup. Dia cakap visi dan misi aku tak straight. Dia cakap membazir sahaja degree tu sebab aku apply job yang tak related langsung!
Memang nak nangis bila dengar interviewer tu balas macam tu. Rasa macam useless gile. Aku apply job lari dari bidang pun sebab aku sedar yang degree aku ni tak berapa popular and takda sgt marketnya kat Malaysia ni. Tapi nampak gayanya employer pulak yang choosy. Apa-apa pun aku redha. Anggapla bukan rezeki aku. Tapi aku naik bosan sebab soalan yang sama aku kena hadap masa interview. Most of the interview I attended, will ask those questions.
In conclusion, You might not be choosy, but your interviewer does!
By the way, aku nak minta tips pembaca utk share jawapan yang seharusnya aku balas kepada interviewer tu.
Harap pembaca doakan aku dapat kerja secepat mungkin. Terima kasih.
Wassalam.
– Penanam Anggur Separuh Masa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit