Dont Judge

Assalamualaikum, aku terpanggil untuk confess bila baca banyak confession pasal suicidal ideation. Kadang- kadang benda ni jadi teruk macam ni disebabkan environment kita. Orang sekeliling yang judgemental, yang perasan tahu dan paham semua benda. Rasa diri pakar.

Sebenarnya mental illness bukan something yang datang secara tiba-tiba, dia ada trigger sendiri. Dan biasanya orang yang affected tu dah suffer lama. Semua negative emotion dah fester lama dalam diri, makan tahun sebelum develop clinical symptom macam mencederakan diri and so on. Sebab tu kadang-kadang orang tak paham. And people judge.

Ada orang cakap ‘setakat putus cinta je kut, tak payah la bunuh diri bagai’ Tapi kau tak ada kat tempat dia, kau tak rasa apa dia rasa. Padahal sejak kecik tak pernah ada orang sayang dia, semua yang dia sayang tinggalkan dia. Memang lepas putus cinta dia bunuh diri, tapi mungkin dia dah start suffer sejak kecik lagi sejak ayah dia tinggalkan mak dia, sejak mak dia mati, sejak mak cik pak cik buang dia ke rumah anak yatim. Putus cinta is just a trigger. And people judge.

Kau cuba bayangkan orang yang berdiri pegang gelas yang penuh air, mula-mula memang la tak berat, alah setakat satu gelas tu berapa la sangat berat dia. Then cuba bayangkan dia pegang gelas tu satu hari, satu minggu, satu bulan, satu tahun. Tak cramp ke tangan dia, tak letih ke dia, tak jatuh ke gelas tu. Tapi orang sekeliling cakap apa, lembik la budak tu pegang gelas pun tak mampu, orang lain angkat tong gas kut, boleh jer. Tapi orang tu angkat tong gas berapa lama? Sehari? Sebulan? Setahun? Dont judge people, dont judge.

Masa aku kecik, mak aku meninggal. Semua orang cakap dekat aku jangan nangis, itu memang ajal dia, kena redha dengan qada dan qadar. Aku nak tanya salah ka aku nangis? Aku kecik lagi kut time tu. Tapi semua expect aku kena behave, tak boleh nangis, tak boleh cakap rindu. Just sebab semua orang akan mati tak bermakna aku tak boleh sedih, tak boleh rindu, macam aku berdosa besar kalau tak redha. Aku tengah grieving time tu.

Grieving adalah process yang panjang, ada 5 stages (boleh google), dan psychiatist cakap kalau kau nak betul-betul move on kau kena alami semua process ni sebelum akhirnya acceptance, terima qada dan qadar. Tapi orang sekeliling tak paham, dia expect kau kena terima semua tu, kalau tidak kau tak bersyukur, kau tak redha, nangis pun salah. Diaorang sebenarnya dah cantas process grieving kau, so kau tak boleh move on, kau simpan semua negative emotion dalam diri kau, kalau kau express, orang cakap kau lemah, they judge you.

Tapi kalau kau develop mental problem itu kau punya salah, diaorang tau menuding jari je, diaorang tak akan bertanggung jawab. Ada kawan aku pregnant 4 bulan, keguguran. Sedih kut. Orang sekeliling cakap dekat dia, jangan nangis, kena redha, janin tu tak lahir pun lagi, apa la sangat. Orang lain anak dah 7 – 8 tahun meninggal pun ada. Jadi kawan aku takut zahirkan kesedihan dia. Menjeruk rasa, pura-pura redha. Aku cakap dekat dia, yang mati tu anak kau, janin kau, dari perut kau.

Kau ada hak nak menangis, nak menjerit, nak bersedih. Tak kisah la 4 bulan ka, 7 bulan ka, baby atau anak. You lost somebody, kau kena grieve. Kau kena terima semua kesakitan, kemarahan, rasa bersalah, kau kena nangis. Kau cari support group kau luahkan perasaan pada orang yang pernah melalui benda sama atau orang yang kau percaya. Akhirnya kau terima dan kau redha. Kau jangan pendamkan sorang-sorang, sebab nanti bila kau meroyan, kau ingat orang lain akan tolong kau. Nope, diaorang hanya akan judge.

Sebab tu aku cakap kalau harini, mental illness ada kat mana-mana. Berlonggok confession pasal suicidal ideation, kita sebagai masyarakat kena telek balik, apa salah kita. Instead of cakap, kau lembik, pergi matilah, ala diaorang attention seeker, cuba kau telek balik. Mungkin kah kau salah seorang yang menyumbang pada masalah ni. Mungkin kau yang menyebabkan ada seseorang diluar sana yang tak dapat nak grieve, tak dapat cope dan bunuh diri. Memang menzalimi diri sendiri berdosa besar, tapi korang ingat menzalimi orang lain tak berdosa?? Kata-kata sebenarnya lebih tajam dari pedang dan boleh membunuh. So, dont judge, kalau nak tolong lah, kalau tak mahu leave her alone, dont judge.

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit