Dorm & Roll Call

Assalamualaikum semua.. saya Hana, Saya terpanggil untuk menulis pengalaman tinggal di asrama atas nama solitari untuk adik Zara yang tak bernasib baik seperti saya.

Walaupun saya masih hidup, saya bersumpah untuk tidak lagi menjejakkan kaki di sekolah berasrama penuh dan mengharamkan keluarga saya untuk hantar anak2 ke asrama penuh.

Saya masuk ke sekolah asrama penuh untuk mengubah nasib keluarga dan berjanji untuk mendalami agama memandang sekolah itu sekolah yang penuh aktiviti agama walaupun tidak dilabelkan sekolah agama.

Tanpa saya sedar, saya target yang paling senang untuk dibuli. Dibenci sebab mendapat markah yang tinggi ‘tanpa belajar’.

Saya dituduh meniru, buku2 nota hilang, pencil case disembunyikan and paling mengharukan cermin mata saya hilang sampaikan saya nak berjalan pon susah. Saya diibaratkan toksik yang mesti dijauhi oleh sesama jantina. Saya hanya berkawan dengan buku.

Masa itu, hanya kawan lelaki yang saya ada. Hanya dua orang kawan lelaki dan seorang senior lelaki yang prihatin dengan keadaan saya, mereka tak tahu saya kena dipulau, mereke ingat saya selesa duduk bersendirian.

Saya diancam jangan membuka cerita kepada sesiapa pon. Bila ada cikgu yang datang bersembang, saya akan digertak selepas itu dan di ancam akan dicederakan.

Oleh sebab saya rapat dengan kaum ajnabi, meja pk hem penuh dengan laporan saya tak menjaga ikhtilat.

Laporan saya ‘berdua2’ dengan lelaki, ‘bermain’ dengan lelaki, bangga betul perempuan itu bercerita dihadapan orang ramai, bergelak sakan dengan kawan dia. Seolah2 bahagian imej saya telah bertukar kepada perempuan gatal dengan lelaki.

Perempuan tu ada jawatan dalam badan keagamaan di sekolah, rakan dia ketua keagamaan untuk pelajar perempuan.

Senior berkuasa sepenuhnya kepada junior. Ada satu perkataan yang membuatkan saya trauma, Roll Call.

Ada 2 maksud disini, satu berkumpul dan mengambil kedatangan, tapi ada yang lagi maksud yang dark, junior akan dihimpunkan di satu tempat dan senior akan mengelilingi junior dan memulakan mental torture.

Mereka memaki, menjerit dan akan memanggil nama2 yang membuat ‘masalah’ dan memalukan mereka. Sebenarnya banyak kes salah faham/ overreact, tapi jangan sesekali berfikir nak berbincang masa roll call, entah2 penyepak akan kena di badan.

Kalau senior berfikir hang buat masalah besar kemungkinan besar, roll call akan dibuat bersama 20 orang senior di satu bilik. 1 junior vs 20 senior. Teruk kena maki hamun. Senior2 cerdik, dia akan membuli tanpa ada kesan di muka or tangan.

Jangan terkejut roll call ini mendapat persetujuan dari warden aka guru di sekolah. Katanya atas nama untuk membentuk sahsiah.

Teringat ada satu roll call besar-besaran yang diakhiri dengan ucapan dari warden. Warden datang untuk ucapan penutup. Hahahaha gila kan. Kalau dengar suara senior jerit2, kami akan sembunyi diam2 dalam bilik.

Di sekolah saya, warden tak tidur di asrama sebab katanya kami sudah besar, Senior boleh jaga junior katanya. Sekarang saya baru tahu itu satu kesalahan.

Kalau ada masalah di asrama, warden selalu mengeluh dan asyik menyalahkan pelajar. Dia rapat dengan satu group sahaja. Jadi apa2 masalah memang warden orang terakhir yang saya nak pergi mengadu.

Banyak perkara nak menulis tapi biarlah rahsia (ada kes l*bt, self harm dan sebagainya). Oh ya, basuh baju pukul 3 pagi perkara biasa.

Pembulian ke atas saya berkurang selepas mak saya mengugut untuk tukarkan saya sekolah. Memandangkan saya antara pelajar top di sekolah itu, cikgu merayu kepada mak dan berjanji akan siasat.

Dia merayu kepada mak saya, jangan tukarkan sekolah saya sebab saya pelajar top scorer. Hanya imej dan ranking sekolah yang penting, mental pelajar boleh dibakulsampahkan. Saya cuma alat untuk menjaga ranking sekolah.

Sudah 11 tahun berlalu tapi trauma dan luka masih belum sembuh. Saya membawa diri ke luar negara dan lebih selesa berkawan dengan non muslim.

Saya bertudung dan solat, puasa keluar zakat kerana saya percaya agama islam cuma saya sukar nak percaya orang yang membawa imej islam. Terutamanya ustaz/ustazah yang menyidir golongan biasa, saya memang akan menjauhkan diri.

Setakat ni semua teman lelaki saya non muslim, mungkin saya ada trauma dengan lelaki muslim. Saya pon tak tahu.

Ada kawan dari sekolah cuba untuk menghubungi saya, bangga ada kawan berjaya di luar negara. Saya cuma baca sahaja malas nak balas. Pulau lah saya seperti mana anda pulau saya selama ni. Jangan nak mengaku bestie, saya nak muntah.

Mana2 ibu bapa yang nak menghantar anak ke asrama, please jangan paksa anak ke asrama, tolong perhatikan perubahan sikap anak, jangan ingat semua orang itu malaikat.

Warden akan jaga anak baik2? Tak sesekali. Mereka lebih suka berikan tanggungjawab tu kepada senior. Ambil bukti gambar/ nota kalau ada perubahan kepada anak.

Itu sahaja untuk hari ini. Saya doakan ada keadilan untuk zara dan saya berharap asrama dimansuhkan (kalau budaya tak berubah).

– Hana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. percaya ataupun tidak, mereka yg bersekolah di sekolah “agama” @ “madrasah” ni cubaan dan ujian keatas mereka dari segi akhlak lebih hardcore drpd yg belajar sekolah biasa. Yelah org nak belajar agama, nak jaga agama, mana da setan suka. Jadi, carilah yg benar2 mengamalkan dan menjalankan agamanya. Bukan hanya yg sekadar belajar agama. Nak cari akhlak yg baik dlm beragama boleh cari dgn cara, tengok teman pergaulannya, tengok cara dia melayan org lain. Ayat2 yg keluar drpd mulutnya bila marah, aktiviti2 dia di waktu lapang dan bnyak lagilah. Semoga TT dikurniakan pasangan yg baik buat dunia & akhiratnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *