Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada para pembaca iium confession, Hari ini aku nak kongsikan sebuah pengalaman yang menghantui aku ataupun mungkin dari sudut pemikiran aku ianya tidak baik.
Kisahnya pada tahun sebelumnya, aku mengalami sakit yang teruk dari mula demam, pening kepala kemudian disusuli tiada selera makan, sakit abdomen perut sehingga tidak mampu tidur malam, kemudian kerap kencing dan akhirnya badan lesu dan tak bermaya sehingga terpaksa dimasukkan ke hosp untuk tambah air dalam badan.
Hari demi hari, penyakit masih belum sembuh cumanya aku mampu makan sikit2.. Hampir sebulan aku berlawan dengan penyakit aku.. Macam2 doktor suspek hypertiroid, tibi (ada batuk sikit2) dan seangkatan dengannya tetapi keputusan ujian darah, Xray, air kencing, colonoscopy (masuk kamera dlm usus sbb alami pembuangan yg tidak normal) keputusannya semua normal… Dan aku mula terfikirkan penyakit kanser yg kini bkn lagi penyakit yang jarang2 berlaku.. Alhamdullilah, bkn kanser tapi aku musykil kenapa aku tak sihat2 walaupun perut tidaklah sesakit awalnya tapi badan aku terasa lemah lesu dan tak mampu berdiri lama.
Kemudian, ujian akhir semester bermula dan aku mampu menjawab sekadar yang mampu sbb sepanjang tempoh sakit aku bnyk menyendiri dan keluar masuk hospital. Nak dijadikan cerita, kawan aku nie pakcik dia boleh berubat orng sakit dan kawan aku nie memang dia tngok keadaan aku sngt merisaukan mngkin sbb aku tak terurus.. Muka pucat sangat2… Dia ajak aku pergi ke rumah pakcik dia utk berubat.
Aku setuju, mngkin waktu tu cuma fikir nak sihat balik.. Aku bawak keluarga aku sbbnya rawatan nie perlu ada family bersama kemudian bermula proses perubatan aku dgn pakcik diaa… Pakcik dia kata aku ada saka sebelah keluarga ayah aku dan dah beranak banyak.. Aku nie percayalaa buta2 sbb wktu rawatan badan aq mengeletar dlm keadaan aku sedar. Selesai rawatan tu aku perlu buang benda tu (saka) yg depa masukkan dlm botol ke dalam sungai.. Proses nie diteruskan dgn mandi bunga dengan niat supaya Allah SWT jauhkan benda2 yg tidak elok niee. Aku pon pergilaa beli segala bahan yg diperlukan kemudian pakcik dia bacakan surah Al-Ikhlas dan apa lgi dalam air bunga tu kemudian serahkan kpd aku untuk mandi di rumah…
Aku pon sesampai rumah terus mandi bunga … Entahlaa aq x boleh berfikir dengan waras sbb dlm ketakutan lagi2 sbb kau memang x percaya benda2 halus nie… Habis je pada tu aq munasabah diri dan baru aku terniat nk search google hukum mandi bunga semuaaa nie dan kebanyakan kata adalah SYIRIK walaupun niat kau kerana Allah SWT.. Mandi bunga nie adalah budaya Hindu sebenarnya … Aku gelisah dan menangis sbb bodohnya aku buat perkara2 yg mensyirikkan Allah SWT. Aku buat sembahyang taubat tapi aku tahu Dosa mensyirikkan kan Allah SWT sangat besar.. Aku sedih sangat sebab tak berfikir panjang dan dah libatkan keluarga aku skli.. Skrng nie 1 keluarga aku x boleh makan pulut kuning dan pisang emas..
Sehingga sekarang, aku x boleh lupakan perkara ini dan alhamdullilah Allah SWT masih memberi peluang utk aku bernafas walaupun tidak sembuh sepenuhnyaa.. Lepas pada kejadian tu aku dah tak contact kawan aku dan keluarganya sbb aku rasa mcm orng yg bodoh sbb mengenali merekaa. Aku mohon maaf sekiranya ada yang terasa bkn bermaksud aq menidakkan rawatan kampung tapi mngkin lebih berhati-hati sbb kita tidak tahu perbuatan itu betul atau salah.
Semoga Allah SWT mendengar taubatku.. Aamiin.
– Hamba Allah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit