Dosa Besar

Aku Anggur, umur awal 30-an, sudah berkahwin dengan Orange dan mempunyai seorang anak yang comel. Aku sudah berkahwin selama 5 tahun dan sepanjang 5 tahun perkahwinan kami, suami isteri tersangatlah bahagia bersama anak kami.

Namun, asam garam rumah tangga bermula tahun lepas. Suami aku jarang membantu aku menguruskan rumah, menguruskan anak dan kerap bermain game sehingga lewat pagi. Bila bangun pagi, cakap letih, tidur lambat, nak pergi kerja bagai. Eh, siapa suruh tidur lambat?

Aku tak salahkan kawan-kawan dia yang ajak main game sebab itu dari diri dia sendiri, bukan paksaan kawan-kawan dia. Kami kerap bergaduh sebab masing-masing penat, tak cukup tidur, bertambah dengan anak yang kerap tantrum membuat aku tekanan.

Aku kerap marah, baran dan tengking Orange. Pada awalnya, Orange hanya buat tak tahu, tapi lama-kelamaan egonya tercabar dengan kata-kata dan herdikan aku. Kami bergaduh dan aku meluahkan semuanya.

Aku penat uruskan semuanya sendiri tanpa bantuan dia. Kalau makan di kedai atau di majlis keramaian pun, betapa strugglenya aku dengan anak buat perangai, tapi Orange boleh bermak leha makan slow motion macam tiada apa berlaku.

Aku pernah pesan pada Orange, bila ada anak ni kena cergas. Sesudah dia, aku pula, atau sesudah aku, dia pula. Tapi macam biasa lah, hari ni cakap esok jadi balik.

Aku pendekkan cerita. Pergaduhan kami berlanjutan hampir setahun dan kisahnya, dosa besar aku bermula pada Januari 2025 lalu, bila aku burn out dengan emosi, anak, rumah dan dia yang sebesar zarah pun tidak membantu.

Aku cuba gembirakan hati aku dengan chat salah seorang lelaki yang dah lama aku follow, dia di kotak hitam bernama Honeydew.

Kami berkenalan dan dia tidak tahu aku isteri orang. Dari ke kotak hitam, terus ke kotak hijau dan berbahagialah aku dalam dosa. Orange? Macam biasa, tak ambil tahu pun. Dia busy dengan “kerja, penatlah, game tengah on ni, letihlah, nak tidurlah”.

Berlarutan dari Januari 2025 sampailah ke bulan Ramadan lepas. Kami bahagia dalam talian. Honeydew ni dari perwatakkan luaran tidaklah nampak lelaki yang baik, dengan rambut perangnya, dengan gayanya, dan dia mengaku solat pun tidak. Hmmm.

Tapi dia soft spoken dan good listener. Tapi aku tak pernah cerita pun masalah aku pada dia sebab dia tak tahu aku isteri orang. Dia jatuh cinta pada aku dan aku pun sama.

18/3/2025, pertengahan Ramadan, Orange dapat hidu aku bersenyum-senyum memandang telefon dan dia merampas. Maka kantoilah, tapi tidak semuanya kerana aku bergelut merampas semula dan aku berjaya padam bukti.

Aku menafikan. Aku mengatakan aku tidak curang, tapi aku sekadar suka-suka mengisi masa lapang aku. Orange hanya sempat baca beberapa WhatsApp daripada Honeydew.

Sejak kejadian itu, Orange berubah 360°. Dia katakan, adakah kerana sikap dia aku berkelakuan begitu dan kami berbincang dari hati ke hati.

Orange minta aku stopkan hubungan aku dengan Honeydew dan dia berjanji akan sama-sama menguruskan hal rumah, anak dan semuanya. Sejak kejadian itu, kami hari-hari solat berjemaah dan Orange makin kerap bantu aku uruskan rumah.

Tapi aku tidak dapat stopkan hubungan aku dengan Honeydew sebab aku mula jatuh hati pada dia. Dan sukar untuk aku jelaskan pada dia siapa aku sebenarnya setelah hampir 4 bulan berhubung.

Ya, aku berdosa besar. Aku curang. Aku berhubung dengan lelaki lain tanpa pengetahuan Orange. Aku cuba jauhkan diri sedikit demi sedikit daripada Honeydew dan dia perasan perubahan itu. Honeydew minta penjelasan dan nak lebih serius dengan aku.

Tapi gaiss…………

Semalam, aku kantoi lagi. Orange dah tahu segalanya. Dia dah baca semua conversation aku dengan Honeydew. Orange menangis semahu-mahunya.

Aku biarkan dia marah, lepaskan apa yang terbuku di hati dia. Aku rela kalau aku dipukul sekalipun. Aku duduk di kakinya. Aku minta maaf tapi dia dah tak percayakan aku lagi.

Pagi ni… aku nampak muka tawar hati Orange. Muka orang yang dah tiada perasaan. Aku sempat bertanya pada dia pagi tadi sesudah Subuh, apakah dia masih boleh maafkan aku dan bagi aku peluang terakhir. Aku salam dan cium tangannya.

Orange kata, “Kalau Biy yang curang, agak-agak sayang boleh terima tak?” Dia suruh aku buat solat taubat, minta ampun dengan Allah. Dia keluar terus pergi kerja.

Aku tahu aku akan kena maki dengan korang semua. Ya, aku tahu curang itu pilihan dan berdosa besar. Bodohnya aku!

– Anggur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

9 Comments

  1. Dua² salah dlm hal ni. Baguslah korg dh sedar tp utk tt, stop la buat dosa tu since suami awk pun nak berubah. Teruskan jadi isteri solehah, taat pd Allah dan suami, solat taubat dan terus tackle hati suami agar maafkan awk, insyaAllah kalau dua² syg rumahtangga akan berbaik semula

  2. Biasanya pattern confession perempuan mcm ni la. Dia akan cerita kelemahan dan kekurangan suami terlebih dulu utk validate perbuatan dia. Lepas tu baru cerita dosa dia, dlm most softened tone. Lepas tu pembaca akan kesian dia, dan blame si lelaki, sedangkn terangan kisah ni tentang pempuan curang.. Ini memang manipulatif punya pempuan..gitu la sokmo.

  3. klu masalah main game, tk tolong kerja rumah, masih boleh di maafkan, tapi klu la dah curang ni baik isteri atau suami, susah nak dimaafkan, klu dimaafkan pun, luka tu susah nk sembuh, umpama bisul yg tetap bernanah walaupun dah lama, ni pulak dah kantoi kali kedua, jadi awak kena la bersedia for the worst, awak dah masuk dlm perangkap diri awak sendiri, cuba cari alasan kenapa awak curang, hakikat awak memang dah curang, jadi awak kena tanggung risiko atas kecurangan awak, sama la kalau pihak suami pun, klu dah curang, kena la tanggung akibatnya, yg akan menanggungnya awak sendiri, pasangan dan anak2, itulah akibat dari kecurangan….

  4. Suami sis just leka dengan game dan tidak membantu sangat dalam keje rumah.. kot sis nak ‘balas dendam’ pun takyah lah sampai layan laki lain. Sis patut biarkan rumah tu terbongkang je takyah basuh baju pinggan kemas sangat.. just uruskan anak saja. Utamakan urus anak dulu. Baju2 pinggan suami tu letak tepi dulu..

    3 benda yang saya belajar takkan habis kat rumah; basuh pinggan mangkuk, lipat kain, sapu lap rumah. So just buat bila ada mood, jangan paksa diri dan stress sangat nak bagi kemas dan clean SENTIASA (contoh nak lap dan sapu hari-hari). Umur kita pun semakin tua jadi memang dah tak secergas dulu yang kita boleh kemas bersih rumah hari-hari.. Kena tengok keutamaan.. Yang paling utama sinki dapur kena bersih sebelum tidur dan sampah dapur kena buang hari2.. Yang benda2 lain boleh tutup sebelah mata dulu macam baju2 tak lipat lagi just longgok dalam bakul tolak tepi.. mainan anak pun longgok dalam bakul tolak tepi.. Habuk2 pun tutup sebelah mata (melainkan kalau ada resdung yang kritikal lah). Rumah barang bersepah dan tak rapi ke tutup sebelah mata juga tolak2 barang tu ke tepi.

    Kalau suami jenis memang tak kisah sangat pasal kerja rumah ni, sis minta duit untuk hire cleaner bayar jam tu sebulan 1-2 kali ke. Cakap kat dia sis penat dan dia pun tak membantu sangat so bagilah duit sikit nak hire cleaner..

    Patutnya bincang lah sampai win-win, tapi ni pergi layan laki lain. Ingat bila dah layan laki lain tu setel ke masalah penat buat kerja rumah? Hermmm

  5. Sbg wanita saya faham kepenatan mengurus rumah anak dll. Penat sgt. Kena pulak bila suami tak membantu lsg.

    Cuma…kenal lelaki baru.. kemudian terjatuh cinta..dah pasti ke lelaki tersebut akan terus menerus mcm skrg masa bercinta. Dulu bercinta dgn suami pun, mesti tak sangka dia akan jadi mcm ni, kan?

    Tapi, bila suami dah berubah.. tak mudah nak lupakan “cinta” baru tapi lebih baik lah kembali ke suami sebab kelemahan dia bukanlah kaki pukul, bukan kaki botol, bukan kaki ppuan, bukan taik Judi.

    Sama² lah berusaha. Awak kena lah berusaha lebih sebab awak yg kantoi. Semoga ALLAH lembutkan hati suami & cekalkan hati awak utk jadi isteri terbaik. In Shaa ALLAH Aamiin

  6. Sbg wanita saya faham kepenatan mengurus rumah anak dll. Penat sgt. Kena pulak bila suami tak membantu lsg.

    Cuma…kenal lelaki baru.. kemudian terjatuh cinta..dah pasti ke lelaki tersebut akan terus menerus mcm skrg masa bercinta. Dulu bercinta dgn suami pun, mesti tak sangka dia akan jadi mcm ni, kan?

    Tapi, bila suami dah berubah.. awak pulak tak mudah nak lupakan “cinta” baru tapi ada lebih baik lah kembali ke suami sebab kelemahan dia bukanlah kaki pukul, bukan kaki botol, bukan kaki ppuan, bukan taik Judi.

    Sama² lah berusaha. Awak kena lah berusaha lebih sebab awak yg kantoi. Semoga ALLAH lembutkan hati suami & cekalkan hati awak utk jadi isteri terbaik. In Shaa ALLAH Aamiin

  7. suami kalau pemalas dan curang tahap zina, society akan senang suruh memaafkan. Itu privilege mutlak lelaki bila duk dalam toxic patriarchist society. Bini kalau malas, bersedia la bermadu atau menjanda. Kalau bini curang pulak walau tak sampai zina, ha ha ha.. dosa macam lebih dari membunuh. Once bini curang, segala kejahatan lelaki yang makan tahun tu akan terus tawar.
    Point aku, jangan harap apa-apa dari manusia, tambah dalam confession. Kembali pada tuhan, minta ampun. Solat sunat taubat, hajat sekali istikharah minta Allah buka jalan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *