Hi.. saya tertarik untuk membantu confessor “Susahnya nak berubah” (https://iiumc.com/susahnya-nak-berubah/), untuk tinggalkan dosa silam memandangkan saya pernah berada ditempat beliau dan bejaya keluar dari episod hitam tersebut (ketagihan). Saya juga diuji dengan perkara tersebut sejak sekolah rendah, dimana telah terdedah dengan bahan pornografi ayah saya (dalam PC).
Sejak daripada itu saya struggle untuk keluar sehingga lah betul-betul berjaya pada tahun lepas 2018. Ya, saya malu sebab saya perempuan dan aib tersebut sangat mengganggu hidup saya. Walaupun pada mata orang lain imej saya seorang yang positif, confident & baik, tiada siapa tahu setiap malam sebelum tidur saya akan menangis kerana takut mati dalam keadaan hipokrit & munafik.
Betapa saya hidup selama ni membenci dan menyalahkan ayah saya dalam diam. Dia lah titik punca saya jadi macam ni. Tapi semakin meningkat dewasa, saya terfikir sampai bila saya nak terus bawa dosa ni bersama saya? jadi untuk kurangkan rasa bersalah, saya akan solat taubat setiap kali tergelincir. walaupun dosa tu berulang, saya tak putus asa dengan taubat. Mungkin sekarang saya tak kuat, saya tak mampu untuk stop, satu hari nanti siapa tahu boleh?
Saya buat lagi dan lagi tanpa putus asa walaupun saya rasa macam dah habis malu saya dengan Allah. Tapi saya yakin Allah akan ampunkan dosa saya & tolong saya keluar dari masalah ni. Bila? saya pun tak tahu. Bila umur saya 20-an, saya lebih strict dengan diri saya. Saya dah start rajin puasa (isnin, khamis). Dan saya tetapkan had masa (ex: boleh tengok sebulan sekali je). Kalau tak mampu buat la seminggu sekali. Lepas tu cuba naikkan lagi 2/3 minggu sekali. Biarlah makan masa bertahun pun, tapi ni proses pemulihan tak boleh terlalu drastik nanti kita senang kembali pada dosa yang lama.
Saya tahu ketagihan ni bukan perkara yang senang untuk dibuang sebab otak kita dah terbiasa sampaikan jadi sebahagian “Reward system” badan kita. Bila-bila kita stress kita akan cari apa yang boleh buat kita happy. Kalau ketagihan kita dengan game, game la kita cari sampai kita puas. Tapi proses ni berulang jadi tak sihat untuk kita kalau ketagihan kita tu sesuatu yang buruk.
Jadi kepada confessor, selagi Allah tutup aib kita, saya harap kita terus bertaubat & cari jalan keluar. Setiap orang ada ujian, jadi kita anggap ni ujian special untuk kita. Hadiah dari Allah supaya kita belajar untuk cekal. Allah nak tunjuk betapa indahnya kasih sayang Allah bila kita mampu keluar dari dosa ni satu hari nanti. Tak percaya cuba la, Allah sedang menunggumu :)
Pertama sekali kita start dengan memaafkan diri sendiri & orang sekeliling (dalam kes saya, ayah saya). Kemudian cuba dan terus cuba (aktifkan diri dan jangan berseorangan, selalunya kes macam kita ni dia akan selalu bersendirian & rendah diri). Walaupun lama kita berjuang, yakinlah Allah maha pengampun. Teruskan bertaubat sebenar-benar taubat. Nanti kita akan malu sendiri dengan apa yang kita buat.
Love.
– Bunga
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit