Dosa Jahiliah

Assalamualaikum admin dan readers. Diharap admin dapat approve confession ni sebab aku perlukan nasihat dan semangat dari kawan2 di social media.

Sebelum itu, aku mohon maafkan penggunaan perkataan ‘’aku’’ sebagai ganti nama diri. Aku perkenalkan diri ini serba sedikit. Harap2 tiada siapa dapat detect. Aku seorang lelaki yang berumur antara 30-35 tahun. Aku mempunyai pekerjaan yang agak stabil di sebuah syarikat di bandar besar KL dan telah mempunyai rumah sendiri dan kereta.

Aku telah dibesarkan oleh ibu-bapa aku dengan cukup baik. Namun, ajal tidak panjang ibuku telah pergi dulu. Aku merupakan pemegang ijazah sarjana di sebuah universiti di tanah air. Dan sekarang aku pun telah melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana secara “part-time”. Aku juga aktif dalam aktiviti kebajikan seperti bagi makanan kepada homeless dan orang susah.

Berbalik pada kisah pasal aku, secara luaran ramai yang cakap kehidupan aku agak baik. Tetapi, secara dalaman hanya aku seorang sahaja yang tahu. Untuk makluman, aku sejak dibangku sekolah lagi tidak pernah rasa bercinta. Aku tidak tahu apa nikmat bercinta ni. Nampak agak tipu. Tapi itulah realitinya. Sering kali diejek hitam dan gemuk. Padahal tidak la gemuk mana cuma berisi sedikit.

Ramai yang bertanya takkan tidak pernah langsung suka seseorang??? Ye aku memang ada suka seseorang. Tapi dulu dan budak-budak sekarang guna perkataan “crush”. Kalau “crush” tu adalah semasa Tingkatan 5 dulu. Masa zaman universiti pun ada. Tapi itulah bukan jodoh, semua “crush” yang aku suka semua sudah berkahwin sekarang dan mempunyai anak samada satu, dua atau berderet.

Sekarang dah tak ambik port. Yang paling lama aku “crush” pada budak perempuan Tingkatan 5 dulu adalah dalam 15 tahun. Dialah perempuan yang pertama kali aku suka seumur hidup aku. Aku pernah confess masa zaman universiti, tapi direject. Aku cuba lagi bila sudah bekerja namun si gadis tu sudah berkahwin. Aku sedih dan menangis pada waktu tu. Aku cuba confess pada lain-lain “crush” tetapi menghampakan. Sampai satu ketika aku dah rasa malas.

Aku pernah dijadikan bahan lawak di ofis yang mana digelar “Teruna tidak laku”. Ye betul. Semua rakan sekerja aku telah berkahwin samada lelaki atau perempuan. Bila ada gathering untuk company, aku akan keseorangan. Dan bila dikereta keseorangan aku akan menangis mengenang nasib. Saudara mara tidak payah cakap ada perkataan dia laju macam air.

Namun, sejak kebelakangan ni nafsu aku sudah berubah agak ketara. Aku lebih cenderung pada lelaki. Secara jujur, aku sedar yang mana aku cenderung pada lelaki sejak dibangku sekolah lagi. Aku agak mungkin salah satu sebab kenapa aku tidak bertemu jodoh lagi sebab aku tiada pendirian terhadap nafsu. Namun, aku masih melawan dan dapat bendung perasaan ini sehingga satu ketika aku diperkenalkan oleh seseorang apps untuk golongan g*y.

Disebabkan apps ni la kehidupan aku hancur. Aku sudah berani melanggar hukum Tuhan. Disaat aku menulis karangan ni aku masih terkenang dosa aku yang menggunung tu. Perasaan takut aku semakin menebal. Aku takut Nabi tidak mengaku aku sebagai umat.

Disebabkan apps b0doh itulah aku sudah berani melanggan moneyboy (MB). Aku pernah menyontot (1x) dan pernah disontot (1x). Aku pernah bertaubat menangis bagai tapi bila mana akibat pujukan syaitan aku kecundang. Aku buat balik.

Namun, akibat rasa sakit disontot itulah aku berjanji pada diri aku untuk tak nak buat lagi. Maaf ayat agak lucah tapi itulah realitinya. Mungkin orang cakap aku cuba buka aib sendiri. Tetapi aku cuba nak bagi pengajaran pada golongan remaja diluar supaya jauhi la aktiviti LGBT ni. Hanya kerana ada duit dan kesunyian penyebab aku melakukan aktiviti terkutuk ini.

Sehingga saat ini, aku masih berlawan dengan perasaan songsang terkutuk ini. Aku memohon pada rakan-rakan social media yang lain agar memberi nasihat kepada aku supaya dapat melawan perasaan ini. Secara jujur, aku semakin takut sehingga aku tidak mahu tidur. Aku takut bila mana aku tak dapat mencelikkan mata di waktu pagi sebelum aku sempat bertaubat.

Maaf cerita aku agak panjang. Sekian, terima kasih.

– Sang Teruna Berdosa Besar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. semangat ya, awak. awak boleh. doa banyak2, mintak Allah permudahkan urusan awak nak bertaubat dan kembali ke jalan yg benar. semoga dipermudah segala urusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *