Dosa Ke Jaga Mak Sakit?

Aku Am, aku berumur 30an dan lelaki, masih belum berkahwin dan berkerja. Aku ada 3 orang adik beradik, 2 lelaki 1 perempuan dan aku anak bungsu.

Mak aku dah 10 tahun sakit stroke belah kiri, ayah kami pula dah meninggal sejak 30 tahun lepas, kami 3 beradik akan bahagikan tugas masing masing mengikut bulan. Sebulan rumah abang, sebulan rumah akak, dan aku akan jaga apabila musim cuti dan sabtu ahad.

Aku berkerja di bandar raya, setiap minggu aku akan balik kampung untuk jaga mak, walaupun cuti 1 hari ke, aku tetap balik untuk jaga mak, dan jarak tempat kerja ke kampung lebih kurang 200km sehala.

Dalam duration aku dan adik beradik jaga mak, ramai yang pertikaikan lelaki jaga mak atas disebab kan aurat mak,

Bila ceramah tentang agama sahaja keluar, memang betul aurat mak dengan anak lelaki masih perlu di jaga, tetapi malangnya keadaan memaksa kami untuk menutup mata sebelah untuk issue ini.

Penjagaan mak pula, aku memang akan mandikan mak aku, setiap kali balik kampung, dan semestinya aurat mak akan terdedah dengan aku, dan kami tidak dapat selindung aurat mak dengan kami, sebab segala alat sulit dan benda kewanitaan kami akan cuci.

Dan setiap kali tukar pampers, kami akan bersihkan najis mak di katil, hampir setiap kali tukar pampers, mesti ada najis, sudah tentu kami akan bersihkan pakai tisu, dan aurat semestinya nampak. Kami tolak ketepi akan dosa, atas sebab kami nak berbakti penuh dengan mak.

Walaupun ada akak aku, aku tetap ambil tanggungjawab ni atas sebab nak pahala lebih, kadang2 tak akan la nak beri sepenuhnya pada akak aku, dia pun penat dan berkeluarga,

Kami adik beradik lelaki, memang tidak dibenarkan akak aku mandikan mak aku, nanti jatuh dan tak kuat, bila giliran abang aku, semestinya abang aku akan mandikan dan bersihkan semua alat sulit mak.

Kami cuba untuk selindungkan seberapa mana yang mungkin untuk aurat mak, tapi jika tak boleh, kami terpaksa akur dan minta pada allah untuk ampunkan kami.

Adik beradik aku pula sangat bertanggungjawab, kadang2 giliran masing masing pun offer jaga mak, tak ada pun tolak sana tolak sini, masing masing nak je jaga mak,

Cuma aku sahaja tak dibenarkan bawa mak ke luar kampung, sebab aku belum kawin, so kebanyakkan tugas aku adalah menyediakan cost duit untuk mak. Ini semua persetujuan adik beradik.

Kami adik beradik sangat titik beratkan soal kesihatan mak, walaupun mak sakit sikit je, agak macam lemah, kami dah hantar ke hospital. Kadang2 dalam masa 2 bulan, 3 kali mak masuk wad. Atas sebab nak mak sentiasa sihat.

Walaupun kami adik beradik masing masing bertanggungjawab, kami masih lagi dibelenggu dengan percakapan orang dan ceramah ceramah dari ustaz tentang aurat mak dengan anak lelaki, walaupun ada upah orang jaga, tetapi bila waktu malam atau pengasuh cuti, kami yang perlu tukar pampers, dan dari situ kami fikir akan dosa aurat mak.

Mak memang malu, tapi kami sendiri tak boleh buat apa. Lepas mak buang air besar dekat toilet pun, kami yang cuci, sebab mak lemah sangat. Sudah tentu akan menyentuh ditempat sensitive,

Seperti yang sedia maklum, walaupun ada akak aku, kami pun tak benarkan dia untuk buat benda tu, sebab akak aku pun dah ambil tugas jaga mak semasa giliran dia.

Nak minta pendapat, sebenarnya dosa tak kami yang lelaki ni jaga mak? Sebab kami ni memang nak dan tak kisah pun cuci najis dan segalanya. Sebab kami nak berbakti pada mak sementara mak masih ada.

Dan perkara ini sudah pun 10 tahun berjalan, dan kami harap kami dapat berbakti untuk jaga mak dengan lebih lama. Aamiin.

Doa kan mak saya sihat, panjang umur dan sentiasa gelak ketawa.

– Am (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *