Aku ringkaskan seperti berikut:
1) Aku tak ada memori indah dgn mak aku waktu aku kecil. Aku ingat masa aku kecil, tiap kali mak aku suap makan, mesti kasar dan mendesak. Ditonyoh mulut. Tak pernah ada sentuhan mesra, hanya di ingatan aku, muka mak aku yang masam mencuka. (masa arwah ayah ada)
2) Mak aku tak pernah marah atau larang adik beradik aku ejek aku. Dikatanya aku anak angkat, anak pungut dan sebagainya. Seingat aku mak puas tengok aku sedih. Tak ada riak langsung nak membetulkan keadaan.
3) Sebenarnya masa tu mak ada duit yang banyak, tapi aku ingat lagi merayu nak rasa jajan. Mak aku bagi ambil sebiji je gula-gula ataupun aiskrim yang rosak. Aku masa tu terfikir kenapa mak aku macam ni. Aku kena simpan duit sendiri untuk beli apa yang aku nak.
4) Lepas arwah ayah aku meninggal, mak jadikan aku tempat lempias kemarahan. Semua pertolongan aku tak dihargai. Aku diejek mak. Aku rasa sakit sangat, aku tak kisah sangat adik beradik ejek aku, tapi bukan mak.
5) Aku ditepis mak bila aku duduk dekat dia, sedangkan adik beradik yang lain ok. Dengan aku mak bercakap kasar, dengan adik beradik lain lembut lagi lah aku tengok kalau nak banding dengan aku.
Body languange mak, juih mulut, jeling tak puas hati etc. Aku tak boleh terima akal seorang mak boleh buat macam tu.
6) Aku ingat lagi aku dimalukan depan saudara mara aku disebabkan pilihan warna kain baju raya aku. Sampai saudara aku kena tenangkan mak dan cakap tak ada buruknya pilihan aku tu.
Aku sedih, orang luar pulak boleh faham tapi mak benda remeh pun boleh sakit hati dengan aku.
7) Bila aku dah besar, banyak kejadian yang aku rasa dipergunakan. Mak tak habis-habis dengan duit. Ye lah, aku provide duit untuk mak sejak aku umur 18 tahun.
8) Selalunya mak lah yang offer pertolongan kat aku lepas aku kahwin, samada dia atau adik aku (atas arahan mak) tolong, tapi aku kena keluarkan duit. Takde istilah free. Aku faham. Cuma aku rasa tertipu bila adik beradik lain ditolong dengan diberi upah yang sikit, tapi jangan aku.
Bila aku tengok keluarga mertua aku bagi pertolongan pada kami sekeluarga tanpa bayaran, dan tetap layan kami dengan baik. Aku terfikir, apa makna keluarga sebenar.
9) Masa kereta aku nak dijual sebab kami kena pindah seberang laut, mak aku beriya larang adik aku sambung bayar kereta aku. Aku offer dan tak kisah kalau adik aku tak mampu bayar lagi sebab dia tengah tunggu panggilan kerja.
Dia boleh guna. Tapi mak aku taknak bagi, padahal takde kaitan pun dgn mak. Akhirnya adik suami aku yang offer sambung bayar.
Lepas kami dah balik, masa tu perlu guna kereta on the spot, abang sulung aku pernah offer guna kereta extra dia, tapi mak yang berlebih-lebihan taknak bagi kebenaran tanpa pengetahuan abang sulung aku.
(Dalam ramai-ramai adik beradik, abang sulung aku baik sikit dengan aku.) Sebaliknya mak pulak beriya minta aku sambung bayar kereta kakak aku, padahal kereta kakak aku tu boleh diberi pada aku lagi beberapa bulan. Sedangkan aku nak pakai terus masa tu.
Akibatnya mak bermasam muka dengan aku dan tak langsung cuba faham situasi aku.
Mak mertua aku pernah bagi guna kereta dia kat kitorang tanpa bayaran sesen pun. Mak aku pulak bagi guna kereta dia, dengan syarat aku bayar ansuran kereta mak,bila pulang balik, minyak kena isi penuh. Ye memang patut pun aku buat macam tu. Cuma nampak tak berkiranya mak.
10) Aku pernah survey nak beli tanah berhampiran rumah mak. Sebaik tahu, mak paksa-paksa aku bagi no contact tuan tanah kat kakak aku.
Pelik la kalau aku tak terasa sebab aku tak habis lagi berurusan dengan tuan tanah. Dah kenapa aku nak kena bagi no contact tu kat kakak aku?
11) Mak suka paksa aku ikut telunjuk dan kemahuan dia. Bila aku tak nak ikut, dia akan buat cerita dan spin kat anak-anak lain. Tak kiralah reason apa aku bagi, mak tak pernah faham dan hormat. Banyak kejadian kalau aku nak cerita.
12) Mak cross the line, mengata suami aku, mengajar anak aku tak hormat suami aku sebagai ayah kepada anak-anak aku. suami aku tak pernah sekalipun mengata mak atau ahli keluarga aku sepanjang aku kahwin dengan dia.
Padahal aku kahwin ikut pilihan mak jugak. Bila aku lawan especially mulut adik aku yang jahat suka mengata ipar, adik aku bawak cerita kat adik beradik lain seolah aku ni hina diorang dan lebihkan keluarga suami.
Mak tak halang adik aku mengata aku, dan biar adik beradik lain bencikan aku. Padahal niat aku taknak mereka pandang hina dan enteng kat ipar duai.
Bukan kat suami aku saja lah, kat semua ipar. Aku jenis tak suka dengar orang mengutuk belakang, tahap aku rasa benci dan meluat.
13) Mak biarkan adik aku, mengata aku tak bagi duit langsung kat mak. Padahal dua kali aku tanya mak, aku minta mak cakap terus terang depan anak-anak yang lain bila masa aku tak bagi duit, tapi mak berdiam diri. Play victim.
Mak tak betulkan salah tanggap adik beradik kat aku. Padahal bukan sekali adik aku cakap macam tu. Kot ye benci aku, jangan cakap benda yang salah.
14) Mak takkan salahkan anak-anak yang lain walaupun ternyata diorang mengadu domba, diorang menipu, diorang mengata buruk. Mak akan tutup kesalahan mereka. Tapi mak akan ejek dan salahkan aku dlm segenap benda. Mak bagi back up kat anak-anak yang lain,asal bukan aku.
15) Mak biarkan adik aku jadi penganggur seumur hidup, paksa aku bagi duit kat adik aku ni.Aku tak boleh brain sebab aku digesa untuk bekerja dan bagi duit, sedangkan adik aku hidup dengan bantuan duit orang lain, shopping je memanjang kejenya. Siap mak nak bagi rumah tu kat adik aku.
Mak habis beribu buat bilik wardrobe adik aku. Senang nya hidup dia. Dia tak rasa susahnya cari duit, sampai tergamak mengata adik beradik lain, tak rasa bersalah makan duit tinggalan arwah ayah lebih dari orang lain sebab sentiasa dibantu dari kecil.
Aku tak salahkan adik aku tapi mak yang sepatutnya bertanggungjawab sebab semuanya arahan mak.
16) Mak buat perangai toksik bandingkan cucu dengan bagi perhatian lebih kat cucu tertentu. Aku rasa cukuplah setakat aku sahaja, janganlah anak-anak aku rasa pulak perangai toksik nenek mereka. Aku tak nak mereka membesar dalam keadaan macam mana aku rasa dulu.
17) Dari aku kecil, mak kata bila tua nanti dia taknak duduk dengan aku. Bodohnya aku masih merancang nak buat rumah dekat mak untuk jaga mak sebab aku tahu adik beradik lain cakap manis-manis je depan mak, belum tentu diorang akan sanggup tinggalkan kerjaya dan jaga mak.
Aku sebenarnya berperang dgn rasa sayang pada mak dan rasa benci dgn sikap mak. Aku ok selagi mak tak provoke aku, tapi sekali mak provoke aku, aku hilang kawalan diri. Aku ibarat duduk di tepi jurang, sekali mak jentik, aku boleh jatuh.
Masa umur 15 tahun aku pernah lari dari rumah, serious masa tu aku tak rasa apa dah, tak rasa ada family langsung. Aku dah rancang nak pergi mana, nak buat apa.
Tapi masa tu, mak cari aku pujuk aku balik. Bila aku ingat balik sekarang ni, mungkin mak takut malu saja kalau aku hilang. Lagilah masa tu siapa akan tolong mak urus adik-adik kalau bukan aku. Sebab tak ada beza mana pun lepas tu layanan mak pada aku. Aku persis anak buangan.
Mak gesa aku kahwin dan bekerja. Bila aku dah kahwin, apa mak buat lebih kepada malu dan nak tutup mulut orang je. Banyak bendalah kalau aku nak cerita kenapa aku kata macam tu.
Sebab mak taknak nampak mak buruk. Aku pun penat nak cover mak depan saudara mara yang lain padahal aku tahu ada benda mak tak suka pada saudara mara aku. Jadi aku tak langsung rasa hangatnya kasih sayang mak bila mak buat sesuatu sampailah sekarang.
Sekarang ni bila mak arahkan takyah dah balik rumah. Aku rasa happy, sebab aku rasa aku tak perlu dah hadap drama mak, perasaan di control mak, at the same time aku masih tetap rasa sedih.
Dah lama mak nak minta aku keluar sebenarnya, banyak kali dah. Aku yang buat muka tak malu balik lagi tengok mak, aku sentiasa cuba lupakan apa mak dah buat sebelum ni, aku cuba ingat kebaikan-kebaikan mak.
Tiap kali jumpa mak, aku maniskan muka. Sebab aku anggap syurga aku pada mak. Tapi sebenarnya sampai kiamat pun aku takkan mampu puaskan hati mak.
Ada je mak tak puas hati dengan aku tiap kali jumpa. Mak mesti berkasar, marah aku, sakitkan hati aku. Walaupun aku dah pesan jangan layan aku macam tu, tapi mak masih teruskan. Lepas tu play victim depan anak-anak lain untuk raih sokongan. Aku penat.
Dari lepas arwah ayah aku meninggal, aku selalu doakan kebahagiaan mak dunia & akhirat. Tak pernah miss. Mungkin bahagia mak sebenarnya , tanpa aku. Sedih dengan hakikat ni, tapi aku kena move on dengan hidup ni.
Suami dan anak-anak perlukan aku. Aku tak boleh give up. Kalau Allah tak izinkan, sedaya apa aku usaha pun, tetap tak menjadi. Aku sedaya upaya penuhi apa mak nak, tapi tak pernah dihargai. Kali ni pun bila mak nak aku pergi, aku berusaha tunaikan.
Dari aku kecil mak kata, mak besarkan aku sebab tanggungjawab, bukan sebab sayang. (Aku tak rasa adik beradik aku tau pasal benda ni.)
Ada sekali tu aku meraung sebab tak tahan tekanan yang mak bagi, masa tu anak aku kecil lagi, masa tu mak provoke aku. Aku tak faham langsung apa benda lagi yang mak tak puas hati.
Kakak aku cakap aku bodoh, sape suruh aku buat sesuatu untuk mak. Kakak aku cakap lagi, mujur mak aku tak buang aku dan bagi aku makan sampai aku besar.
Masa tu memang rasa batu menghempap aku. Bodoh ke aku niat nak bahagiakan mak? Betul mak bagi aku makan, mak tak buang aku. tapi segalanya lepas aku dewasa ni aku kena bayar balik ibarat berhutang.
Aku tak pernah minta dilahirkan. Aku lagi rela dibunuh daripada tanggung rasa dibenci mak sendiri dari aku kecil. Aku tak minta dibenci mak kandung sendiri pun. Aku tak rasa nak hidup dengan rasa sakit macam ni. Kalau bukan sebab agama, aku dah lama bunuh diri.
Kakak aku boleh cakap macam tu sebab dari kecil mak sentiasa lebihkan dia serba serbi. Kakak aku dari kecil, tak pernah minta maaf walaupun dia salah.
Mak sentiasa menangkan dia. Mak tak pernah cakap buruk pasal kakak. Walaupun kakak dah tahap degil dan derhaka suami, tapi mak salahkan menantu, mak tak salahkan kakak. Aku tak boleh brain sikap mak.
Dan hari ni, aku sampai tahap aku boleh katakan, aku jalankan tanggungjawab sebagai anak, bukan sebab kasih sayang dah sebab dah tak ada rasa sayang kat mak sebagaimana yang mak selalu ucapkan dia tak ada rasa sayang kat aku.
Sekarang, mak minta aku anak beranak pergi, aku akan tunaikan. Mak cakap kat suami aku, balik rumah mak ni bila rasa ada keperluan je, tu pun datang kejap lepas tu balik. Apa korang rasa bila seorang mak cakap macam tu kat menantu lelaki?
Padahal suami aku langsung tak pernah buat benda buruk kat keluarga aku. (Keluarga aku tak puas hati sebab suami aku pendiam, diam pun salah, ko rasa?) suami aku introvert, aku tau dia dah cuba sebaiknya. Tapi masih keluarga aku tak puas hati.
Seburuk-buruk abang ipar aku yang pernah tinggi suara kat kakak aku dan bergaduh kat rumah mak aku, tak pulak mak minta menantu lelaki mak tu takyah balik macam cakap kat suami aku ni.
Kot ye pun nak sangat kami keluar, cakaplah dengan aku, bukan dengan suami aku. Kenapa nak libatkan suami aku? Mujurlah suami aku ni baik sangat.
Walaupun tak patut mak aku buat macam tu. Dia tak ambil hati. Sebab suami aku lagi cuba memahami keadaan aku yang down teruk nak hadap mak dan keluarga aku.
Aku lah yang rasa macam baru terbuka mata, hina sangat aku dan keluarga kecil aku ni, nak sangat mak aku minta aku anak beranak keluar.
Tak cukup sakitkan hati aku, nak juga cuba sakitkan hati suami aku. Nak juga bandingkan anak-anak aku, nak juga tunjuk sangat bezakan cucu-cucu depan aku.
Aku tak rasa ada keperluan lagi untuk balik lepas mak cakap macam tu kat suami aku, aku tak akan balik ke rumah tu sampai lah mak aku meninggal dunia.
Walaupun hati meronta rindu, tapi aku rasa untuk kebaikan semua, eloklah tak yah balik langsung. Aku je rindu dan sayang, orang lain belum tentu. Tu yang aku fikir buat masa sekarang.
Aku penat menyalahkan diri sendiri. Aku penat mencela diri aku yang gagal. Aku penat meminta maaf. Aku penat kerana masih nak berniat nak beri kebahagiaan pada mak yang sebenarnya langsung tak bahagia bila aku ada di sisi.
Aku penat nak dengar caci maki, tanggapan buruk adik beradik kat aku. Aku penat nak pertahankan hubungan pertalian darah ini tanpa rasa kasih sayang. Aku sampai takde rasa nak terus lagi usaha pertahan silaturrahim ni. Aku penat.
Aku harap Allah maafkan kelemahan aku. Apa yang jadi ni, aku percaya, akan kuatkan aku untuk meneruskan hidup.
Mungkin sekarang ni ada yang beranggapan aku betul dan ada aku salah. Aku dah cuba buat yang terbaik. Sekali aku break down depan mak dan keluarga aku, dah beribu kali aku bangkit dan bertahan selama ni. Kali ni aku takkan menoleh lagi.
Aku sentiasa harap dan doakan kebahagiaan dan kebaikan mak dan adik beradik aku semua dunia & akhirat. Aku masih teruskan hidup ni pun aku rasa aku patut bersyukur dah. Biarlah masa berlalu dan merawat hati aku.
Please lah doakan aku. Aku tak ada kawan sangat dan suami aku satu-satunya peneman aku sekarang yang bagi aku support.
– Alya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit