Assalammualaikum. First sekali aku tak tau la sama ada confession aku ni di approve ke tidak. Sekiranya disiarkan, terima kasih diucapkan kepada admin. Kalau tak disiarkan nasib jari aku lah. Apa yang aku nak cakap ni tak tahu sama ada benda yang biasa berlaku atau tidak tapi yang pastinya aku tak suka dalam persekitaran ni.
Aku tak nak tulis panjang-panjang dan kalau boleh nak straight to the point. Tapi kalau panjang juga sorry lah. Aku seorang pelajar IPT perempuan dalam usia 23tahun. Nak habis belajar dah. Apa yang aku nak luah adalah classmate lelaki aku yang makin menjadi-jadi “mulut lucah” mereka. Sorry aku terlalu direct sebab aku marah dan rimas dengan perangai orang dewasa macam ni. Mungkin faktor umur dah meningkat, sebab itu makin menjadi-jadi. Disebabkan aku perempuan nak menegur budak lelaki pun jadi macam ya Allah segannya, malunya. Aku tak tahu kenapa diorang takda perasaan malu bila nak bercakap, sembang, perli memerli kawan-kawan yang berunsur lucah. (faham-fahamkan sendiri). Pernah je classmate perempuan tegur supaya kawal sikit mulut yang berunsur negatif dan lucah. Tapi apa yang kami dapat? Budak lelaki lelaki ni suruh open minded. Kita dah besar, bakal berumah tangga apa semua. Come on la guys, tak akan la sepanjang masa setiap topik yang keluar mesti korang kaitkan dengan unsur negatif macam tu. Sampaikan yang dalam seluar dalam kawan korang sendiri korang boleh rilek cakap depan kawan perempuan juga. Memang kitorang ada belajar tentang seksualiti di IPT tapi tolonglah matang. Ini tidak, mentang-mentang belajar bab tu, sampai kesudah selamba badak nak bercakap benda tu tak kira lelaki perempuan. Aku tahulah budak budak lelaki ni imaginasi dia tinggi seperti yang selalu diperkatakan. Nampak tak perangai budak lelaki yang semakin dewasa ni. Dengan alasan kita dah besar, boleh berumahtangga, dan sebagainya.
Itu satu bab. Kalau berdepan depan berani cakap bukan-bukan yang lucah, apatah lagi dalam whatsapp. Sebagai contoh lain, aku pernah kerja part time waktu cuti semester. Benda sama juga aku perati. Anak-anak muda, malah orang dewasa yang dah cukup akal pun boleh berani, bergurau senda, ejek mengejek ” kau punya kecik besar lah” tak kira lelaki perempuan. Dalam group whatsapp pun boleh hantar gambar bukan-bukan. Tup tup, boleh hantar tazkirah, mengingati Tuhan, pegang amanah. Aik. Aku pelik. Diorang ni spilt identiti ke. Kadang-kadang selamba badak bercerita, bergurau senda tentang lucah, tiba-tiba jadi Ustaz Agama. Marah orang yang tidak solat. Sedangkan solat tu mencegah kemungkuran tapi nafsu mulut kau pun tak boleh kawal. Takpe, mungkin satu kelemahan manusia. So, aku bertahan dalam group whatsapp pun sebab aku urusan kerja part time tu. Bila tak kerja, aku takdala dalam group mengarut tu.
Nampak tak senario remaja, orang dewasa especially lelaki zaman sekarang. Senang cerita semua la.. Aku nak cakap tak rasa ke apa yang kita cakap tu menggambarkan keperibadian kita. Melambangkan sikap dan tingkahlaku kita disebaliknya. Kalau depan orang dia boleh buat, cakap benda macam tu, belakang orang macam mana lah? Sebab tu jangan terkejut kalau budak budak sekolah rendah pun terjebak dengan unsur-unsur negatif dan lucah kalau orang-orang tua sendiri yang dedahkan mereka dengan perkara macam ni.. Sorry to say, aku pernah je terdengar bualan sekelompok masyarakat lelaki wanita bekerjaya yang berpakaian kemeja, bertali leher, berbaju kurung yang kemas sedang rancak, bergurau senda tentang hubungan suami isteri. Bagi mereka itu satu bahan lawak dan topik yang best. Itu aku dengar secara tidak sengaja. Cuba kalau anak-anak diorang yang dengar, korang rasa korang dah menyumbang kepada akhlak negatif diorang tak? Come on lah. Even yang dah berkahwin sekalipun, aku rasa tu bukan tiket korang untuk ikhtilat bercakap dan sembang hal macam tu. Sebab tu, masyarakat sekarang disyorkan untuk pantau group whatsapp pasangannya terutama para suami.
Aku pun taknak cakap panjang-panjang dan ulas panjang. Sekiranya classmate lelaki aku yang baca dan sesiapa yang terasa, aku harap korang ubah sikap korang. Makin besar, sepatutnya makin matang. Bukannya korang cakap makin open-minded. Disebabkan terlalu open-minded la korang lagi susah nak dapat ilmu kot. Sebab kita pun masih belajar kan nak dapat ilmu. Kalau agak-agak korang tak mampu stop cakap benda negatif dan lucah tu, kahwin jela cepat-cepat. Kalau korang tak mampu lagi nak bela anak orang, puasa la. Puasa puasa! puasa perut, puasa mulut korang sekali. Zikir kat mulut korang tu. Apa korang ingat kahwin ni hanya puaskan nafsu je ke. Kalau habit dan perangai korang tak berubah dari zaman muda ni, korang sure ke perangai dan habit korang boleh berubah lepas kahwin? Sebab tu masih ada kes suami atau perempuan sembang unsur lucah dalam whatsapp dan sebagainya yang aku cakapkan tadi. Korang sendiri ingatlah, semua perkara tu haram. Entah dibelakang orang, video video negatif, lucah korang layan sekali. Wallahuallam. Makin besar, makin tua sama-sama jadi matang, ke masjid dan sebagainya. Bukan makin “OPEN-MINDED”.
Apa yang aku nak cakap dekat lelaki remaja especially classmate aku ni, tolong hormat perempuan dengan kata-kata yang baik. Even korang tak cakap tentang perempuan, korang bercakap dan berjenaka sesama lelaki tapi still buat kaum perempuan rimas sekaligus menampak kelemahan lelaki yang suka bercakap nafsu semata. Jadi, aku mohon ambil iktibar kalau rasa nak generasi akan datang takda isu isu anak luar nikah dan sebagainya. Sekiranya masyarakat diluar sana, ingin memberi feedback, mohon beri secara berhemah dan nasihat nasihat kepada golongan macam ni. Terima kasih.
– NSA
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit