Dosa Pahala Jadi Netizen

Assalamualaikum.

Kalau admin dapat siarkan luahan ni sy rasa sangat bersyukur. Sebab sy betul2 nak tujukan pada netizen rakyat Malaysia ni. Ya, kamu semua.

Hujung minggu ni sy luangkan masa di fb, baca berita, tengok respon orang. Yang paling hangat minggu ni isu forum ekonomi bumiputera yg berlangsung semalam. Dan perlaksanaan SST juga bermula semalam. Oh ya, isu atlet skate board. Please keep in mind, saya bukan nak cakap politik ya. Saya nak highlight tentang sikap kita, netizen, bila berdepan isu.

MasyaAllah urut dada baca komen orang. Penuh maki hamun. Seolah2 dah tak ada ilmu pengetahuan dalam kepala kita, hanya memaki yg kita mampu. Ya Allah. Ya Allah.

Saya dulu berada di Mesir waktu revolusi Arab. Saya tengok dah macam mana perangai dorg buat negara huru-hara sampai satu benda pun tak boleh jalan. Waktu nak jatuhkan Mubarak dorg bukan main kuat usaha berdemo (dorg tak main maki2 dlm fb cam kita ye. Tak puas hati terus turun ke jalan). Bila kerajaan baru dibentuk, dorg langsung tak sabar, harap perubahan terus berlaku dalam satu malam. Dorg komplen, demo non-stop. Sana-sini merusuh, bakar, orang mati. Kerajaan kat atas ni tak tenang nak buat kerja. Sampai dua-tiga kali tukar orang. Dalam keadaan macam tu, apa perubahan yang dapat dicapai?

Benda yg sama sy nampak berlaku sekarang dalam hati kita. Nak perubahan. Tapi tak sabar langsung. Rata2 netizen yg kuat memaki ni sy tengok dorg memang tak faham apa yg sebenarnya berlaku kat negara ni. Mungkin mereka jenis baca tajuk berita je tak baca isi. Atau tak baca berita langsung pun, cuma update gosip2 di status orang. Kalau kita faham musibah apa yg kita hadapi ni, kita akan sedar betapa susahnya mereka di atas tu buat kerja. Kita dibawah tak dapat bantu. Kita tiada ilmu dan kepakaran. Mungkin kita boleh tolong diam dan sabar supaya mereka dapat bekerja dgn tenang.

(syukurlah bukan PAS yg jadi federal govt. Aku tak gamak tengok lebai2 kena maki camni walaupun aku tak suka dorg)

Kalau tak puas hati nak bercakap jugak, komplen la dengan cara yg bijak dan tampilkan kebijaksaan kamu. Contohnya kita beli barang, lepas tu kita tak puas hati dengan barang tu, apa nak buat? Mesti la kumpul fakta, bukti kukuh yg boleh menyokong usaha untuk dapatkan refund, betul tak?

Itu kuncinya. Fakta. Bila tak puas hati, komplen dengan fakta. Biar komplen kita berisi. Bukan emosi saja penuh maki hamun. Maki hamun boleh ubah keadaan? Tidak. Tapi fakta boleh. Contohnya orang yang komplen topup kena SST, dia up bukti resit, menteri terus alert. Done komplen.

Tak kira isu apa pun la. Kawal diri. Kalau takde benda baik nak cakap, sila sabar dan diam. Gigit jari tu jangan taip benda jahat.

Contoh dalam isu atlet skate, jari puaka kamu telah membunuh keyakinan diri seorang pemudi yg hebat. Cuba kau sendiri ollie tengok?

Kita memaki hamun ni, sedar tak mizan dosa kita bertambah berat? Sedar tak bang? Sedar tak kak? Sedar tak dik? Mohon sedar.

Sebab kalau di akhirat baru nak sedar dah tak guna.

Allah warning ya dalam Al-Quran surah Al-Hujurat ayat 11 mafhum dia: (Wahai orang beriman, janganlah kaum lelaki mencela lelaki lain, kerana boleh jadi yang dicela itu lebih baik dari kamu. Dan janganlah kaum perempuan mencela perempuan lain, kerana boleh jadi mereka lebih baik dari kamu. Janganlah saling mencela dan memanggil dengan gelaran2 buruk. Seburuk2 gelaran adalah fasik selepas beriman. Siapa yang tidak bertaubat, merekalah orang yg zalim.)

Warning LAGI KERAS dalam surah An-Nur ayat 19, mafhum dia (Orang yang suka menyebarkan keburukan dalam kalangan orang mukmin, bagi mereka AZAB YANG PEDIH DI DUNIA DAN AKHIRAT. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahui.)

Tu dia. Kamu jangan tanya la kenapa hidup susah gitu gini, mungkin ini antara sebabnya. Sikap kita yg cakap buruk2 dan menyebar keburukan pd orang. Rupanya takyah tunggu akhirat. Kat dunia Allah bagi cash beb! Aduhai ingatlah diriku..

Kita dah ubah kerajaan. Ubahlah cara fikir. Jumpa isu, diam dulu, selidik. Kamu dah faham betul baru komen. Even tak setuju pun, komplen dengan baiklah. Rasa kecik tapi Allah nampak. Allah kira..

(Katakanlah kpd hamba-hambaKu, hendaklah mereka katakan perkara2 yg baik. Sesungguhnya syaitan melaga2kan antara kamu. Sesungguhnya syaitan itu musuh yg nyata bagi manusia.) mafhum ayat 11 surah Al-Isra’.

Allah tahu kan orang melayu ni kuat kecam. Allah payung siap2 dah.

Negara kita sedang pulih. Nak pulih tu makan masa. Makan usaha. Bukan usaha pemimpin saja tapi usaha kita juga. Tak puas hati jugak, next GE kita tukar. Apa susah? Ini demokrasi kan.

Sy dah tunaikan tanggungjawab amar makruf. Kalau tersiar, kamu share, semua dapat pahala. InsyaAllah. Moga kita jadi rakyat yang lebih baik untuk negara tercinta ni.

– SITI

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *