Ini kali pertama aku menulis disini setelah beratus confession yang aku baca disini… tak pasti akan di publish atau tidak.
Tapi aku juga ada satu confession yang ingin dibuat, berkaitan dosa silamku yang membuat aku rasa seperti dihukum sekarang.
Kisah aku tak lari dari kehidupan rumahtangga yang ibarat tin kosong.
Aku Linda, gadis dihujung 20an yang sudah 3 tahun lebih berkahwin dengan seorang duda 5 tahun lagi tua daripada aku.
Dia mempunyai seorang anak disekolah rendah dan bercerai hidup dengan bekas isteri. Aku gelarkan suami aku sebagai Z.
Tak lama selepas Z bercerai, kami berkenalan. Sejujurnya sebelum kahwin, banyak kali aku dan Z terlanjur.
Masa tu, aku tahu ianya dosa, aku tahu ianya salah. Aku terbayang wajah ibu bapa aku dan aku takut dosa tapi entah kenapa kami masih teruskan. Sepanjang tempoh kami bertunang pun sama.
Aku bukan nak berbangga tapi hal ini akan ada kena mengena dengan cerita aku sekejap lagi.
Sebelum kahwin, aku tak pernah rasa nikmat apabila ‘bersama’. Aku tak faham kenapa orang suka buat benda tu. Tapi kami masih lagi bersama sampai berkali-kali pada satu malam.
Aku pernah terkena jangkitan STD, S3x Transmitted Disease. Macam kuman berjangkit melalui persetubuh4n. Padahal partner aku cuma dia.
Sakitnya tu, naudzubillah. Terlalu perit. Bermula dengan kegatalan di kawasan v kemudian keluar cecair kehijauan yang gatal dan busuk.
Kemudian dinding sekitar V aku mula ada ulcer dan nanah yang sangat perit. Nak buang air pun susah, nak jalan pun susah.
Apa yang lebih menyedihkan, aku tak boleh minta tolong sesiapa dan bercerita dengan sesiapa pun tentang keadaan aku masa tu. Z hanya sekadar bagi kata-kata semangat…
Aku terpaksa bersendirian ke klinik dan berjumpa dengan doktor. Perasaan malu tu ada cuma dah sakit sangat, aku dah tak hirau semua tu janji aku sembuh.
Apabila sembuh, aku dengan Z masih lagi lakukan perkara terkutuk tu sampai kami nikah. Malam pertama kami tiada nikmat langsung. Macam tak ada apa-apa, sehingga aku sendiri pun hampir lupa situasinya…sangat hambar.
Tapi selepas kahwin, tak pernah sekali pun aku menolak sekiranya Z minta. Mula-mula kekerapan tu setiap hari tapi lama-lama, jadi sebulan sekali, kemudian merosot dan kian merosot.
Aku kecewa. Setiap kali, mesti aku saja yang terhegeh-hegeh ambil mood untuk bersama dengan dia. Tapi dia, ignore aku.
Aku sentiasa tunggu waktu dia nak tidur, aku pakai wangi-wangi, merahkan bibir sedikit malam-malam sebab nak nampak cantik. Tapi, entahlah. Saat aku menulis ni, dah sebulan dia tak sentuh aku.
Yang aku sedih, kami dah 3 tahun berkahwin tapi masih belum ada zuriat. Dia tak apa lah dah ada anak seorang, membuktikan dia subur.
Aku ni??? Aku sunyi, aku nak rasa ada anak. Tapi suami sentuh pun kadang-kadang.
Ramai orang suggest aku pergi check kesuburan, minta consultation doktor siap recommend clinic dan doctor,
Tapi aku malu sebab kalau doktor tanya tentang kekerapan aku dan suami bersama, mungkin doktor akan gelakkan je aku sebab dah sebulan sekali, dua bulan sekali macam mana nak pregnant.
Suami aku pun sama pelik. Kalau aku pening sikit terus minta aku check UPT.
Aku tahu dia pun berharap untuk ada baby baru tapi dia ingat aku boleh mengandung kalau dia tak sumbangkan ke? Ke nak aku mengandung anak bunian?
Suami aku suka tidur diruang tamu, pernah aku memgamuk sebab bagi aku itu seperti satu hukuman buat aku. Cuma kadang-kadang bila dia tak layan ‘mood’ aku, aku yang akan lari tidur diruang tamu tanda merajuk.
Tapi tidurlah aku seorang diri…hmm. Aku juga kecewa dilayan seperti ini. Bukan kata nafkah batin, nafkah zahir pun on-off.
Z pernah kantoi dia layan video-video tak senonoh di laptopnya. Dia ada satu pendrive khas yang penuh video macam tu. Aku pelik kenapa dia perlu tengok semua tu sedangkan isteri dia ni, dia tak sentuh.
Aku tak tahu apa aku patut buat untuk tarik perhatian dia. Kulit aku normal, bentuk badan dan berat aku ideal (walaupun tak serupa model). Makan minum dia aku jaga, bilik kami sentiasa kemas. Entahlah…aku buntu.
Pointnya disini, aku harap perempuan dekat luar sana tolonglah jaga ikhtilat. Jangan bagi dara korang pada lelaki yang belum halal hatta lelaki tu tunang korang.
Walaupun akan kahwin dengan lelaki yang sama, tapi kemanisan tu pasti akan hilang…dan yang paling sedih, rasa berdosa tu akan menghantui diri sampai bila-bila.
Aku yakin aku belum dapat zuriat mungkin kerana dosa-dosa aku.
Aku dah malas nak makan acid folic, vitamin itu ini, susu kambing… aku dah give up. Untuk apa aku sorang je beriya? Baik hidup tak ada anak mana tahu kalau esok lusa Z ceraikan aku?
Aku tahu aku bersalah dan aku masih sedang menuntut kemaafan dari Allah. Aku tak kuat. Aku sunyi dan aku harap sesiapapun yang baca confession aku, doakan aku kuat.
Terima kasih…
– Linda (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit