Sehingga ke hari ini aku masih tak dapat buangkan perasaan ghairah terhadap kaum bernama lelaki, biarpun dalam masa yang sama aku mempunyai perasaan kasih dan sayang terhadap seorang perempuan. Semuanya berlaku disebabkan sejarah hidup yang aku sendiri harap tak pernah berlaku, namun kenyataannya ia dah pun berlaku.
PENCABULAN YANG DI RELAKAN.
Seawal usia 4 ke 6 tahun lagi, aku telah mendapat gangguan berupa fizikal yang pertama. Ia bermula apabila kami sekeluarga berpindah masuk ke kawasan perumahan baru dan mengenali keluarga jiran baru ini dengan sangat rapat. Disebabkan mereka adalah keluarga pertama yang menghuni kawasan perumahan ini, maka mereka memang banyak membantu keluarga kami dari waktu membasuh rumah sehinggalah ke hari kami berpindah masuk ke dalam rumah yang baru dibeli ni. Keluarga tersebut adalah sebuah keluarga kecil yang terdiri daripada seorang atuk, nenek, pakcik, makcik dan sepasang anak iaitu seseorang kakak (sulung) dan seorang adik lelaki (bongsu). Nenek ini ada satu perangai pelik iaitu suka memegang kemaluanku, ye cuma aku sebabnya aku satu-satunya anak lelaki dalam keluarga dan aku yang paling comel dalam taman tu sendiri. Pantang je jumpa dia mesti ambil peluang ramas kemaluanku tanpa rasa malu, walaupun pada masa tu ramai orang sekeliling sehingga aku sendiri naik rimas dan trauma. Bayangkan sampai nak lalu depan rumah dia pun aku terpaksa menyorok dan tinjau dari jauh untuk pastikan dia takde kat depan rumah. Keluargaku dan orang sekeliling pula hanya ketawa apabila dikatakan ‘bebird dah kena tangkap’ dan menganggap ia adalah satu gurauan. Ia bukan gurauan, ia adalah pencabulan. Ia berhenti setelah aku memasuki sekolah rendah.
PERTAMA KALI
Ketika aku menginjak ke umur 10 tahun, aku menjadi sangat rapat dengan anak lelaki keluarga tersebut yang umurnya 2 tahun lebih tua dariku. Memandangkan aku tak ada abang dan dia tak ada adik, jadi kami sangat akrab sehingga tidak ada masalah sama ada untuk aku tidur dirumah keluarga jiran tersebut atau sebaliknya. Keluarga kami tak pernah membantah sebab kami sama-sama lelaki. Tetapi yang mereka tak pernah tahu adalah peristiwa hitam dan kotor berlaku saat itu, dari asalnya sekadar bergurau senda raba-meraba. Akhirnya, buat pertama kali aku telah terlibat dengan suatu perasaan ghairah terhadap lelaki. Pada usia seawal 11 tahun itu aku telah di ajar cara melancap menggunakan tangan dan buat pertama kalinya memasukkan kemaluan seorang lelaki lain ke dalam mulutku sendiri. Bayangkan di usia yang masih mentah, aku telah dipaparkan dengan perbuatan yang tidak selayaknya di buat oleh seorang kanak-kanak lelaki seusianya. Perkara ini berulang beberapa kali sehingga kadang-kadang aku sendiri yang datang ke rumah keluarga tersebut kerana mendambakan pelukan dari seorang ‘abang’. Keluarga kami tidak pernah mengesyaki apa-apa.
TINGGAL DI ASRAMA
Seterusnya, semasa di tingkatan 1 aku dimasukkan ke sebuah sekolah berasrama. Tidak ada apa-apa yang berlaku sehinggalah ke tahun ke-3 aku tinggal di asrama. Di mana tanpa sengaja, gurauan seorang kawan baik berakhir dengan aktiviti yang pernah aku lakukan satu waktu dulu. Pantang ada masa, kami pasti akan cari tempat untuk berdua. Sama-sama melampiaskan nafsu serakah. Biarpun di sekolah semua orang tahu bahawa aku adalah antara pelajar yang baik, mempunyai seorang kawan perempuan yang sangat rapat tetapi di belakang mereka tidak siapa yang tahu melainkan kawanku yang seorang ini. Beliau juga merupakan seorang pelajar yang baik dan tidak ada sesiapa yang mengesyaki perbuatan kami. Sepanjang tempoh tinggal di asrama, ada beberapa pelajar lain turut menjadi bahan pemuas nafsuku tapi sekadar pegang-pegang. Hubungan dengan seorang kawan ni berterusan sehingga kami sama-sama menamatkan sesi persekolahan. 3 tahun bergelumang dengan dosa dan berhenti.
Ketika pengajian di peringkat tinggi, aku diberikan kelompok kawan yang baik-baik. Walaupun wujud perasaan terhadap lelaki dan perempuan dalam masa yang sama. Namun semuanya terkawal, aku tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk dengan sesiapa hatta masa bersendirian.
PERJUMPAAN NERAKA
Tetapi segalanya berubah selepas tamat pengajian, aku telah dihubungi secara tiba-tiba oleh seorang kawan lama yang tidaklah rapat semasa di pengajian tinggi. Dia yang dikenali sebagai seorang yang peramah, mudah mesra dan senang dengan budak-budak banyak berikan nasihat. Ketika itu, kawan aku ni telah pun berkahwin tetapi PJJ dengan orang rumah. Hampir setiap malam, kami berbalas mesej membincangkan banyak perkara agama, persahabatan dll sehingga satu keputusan di buat iaitu di ajak berjumpa. Dia beriya-iya mahu berjumpa untuk bawak aku berjalan sekitar tempat kerja barunya. Semasa perjumpaan inilah, sekali lagi aku di uji dan aku gagal. Ketika hendak tidur, ada tangan yang menyeluk seluar dan ia berlangsung sehingga nafsu menguasai diri. Buat pertama kalinya, aku telah diliwat dan ia membawa kesan yang sangat buruk. Aku jadi gila dengan lelaki dan sentiasa terangsang apabila bersama dengan kelompok lelaki walaupun dalam masa sama aku masih mencintai seorang perempuan. Sehingga ke hari ini, dia masih cuba menghubungiku untuk melampias nafsu. Tetapi di media sosial dia umpama malaikat yang suci dari dosa.
PESANAN
Jangan bagi muka pada sesiapa pun untuk rosakkan anak-anak kalian. Anak-anak kecil tak pernah bersalah, yang bersalah adalah environment yang membentuk mereka. Mak ayah kena sedar dan faham semua faktor yang mana boleh mengganggu tumbesaran sihat anak masing-masing. Jangan benarkan, anak-anak lelaki orang lain tidur dengan anak lelaki kalian. Kalian tak pernah tahu bagaimana mereka dibesarkan, dan kalian tidak pernah pasti apa yang berlaku dalam kelambu saat kalian dibuai mimpi. Jangan lupa ajarkan apa yang boleh dan tak boleh pada anak-anak kalian supaya mereka faham ada had yang kena jaga sebelum segalanya habis dijaja. Jangan berikan kepercayaan penuh hatta kepada orang dewasa yang nampak mulia di mata kalian, dalam hati tak ada siapa yang tahu. Tak perlu tengok kawan aku yang dah berkahwin dan beranak satu. Cukup pandang pada aku yang berpewatakan baik tetapi jiwaku masih di kawal nafsu.
Hari ni aku sedaya upaya untuk berubah, setiap malam aku bersolat tahajjud dan solat taubat, aku block semua orang yang pernah terlibat dengan aku dengan maksud untuk aku kembali ke pangkal jalan. Aku taknak ingat semua perkara tu tapi perkara tu tak akan pernah hilang dari ingatan. Aku pernah berdoa supaya aku dihilangkan ingatan supaya aku boleh keluar dari maksiat dunia ni dan kembali sebagai seorang manusia. Doakan aku sempat berubah sebelum terlambat.
– Pendosa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit