Salam semua. Aku Lynn dan merupakan seorang isteri, anak dan menantu. Alhamdulillah, aku masih belum menjadi ibu.
Aku pun tak pasti sama ada aku sememangnya perlu bersyukur kerana belum menjadi ibu atau tidak (maaf kepada semua ibu dan ttc women).
Aku bekerja di syarikat family, manakala suamiku bekerja di bahagian korporat. Alhamdulillah, kami bukan LDR. Family aku dan in law turut sama menginap di satu negeri yang sama sepertiku.
Aku selalu sibuk. Jarang ada masa weekend seperti yang lain. Sesiapa yang bekerja dengan keluarga sendiri mesti faham. Takde istilah sabtu ahad kita enjoy.
Kerja setiap hari tu normal dah bagi aku dan sabtu ahad sentiasa dalam mode standby. Lebih lebih lagi dalam fasa kekurangan pekerja.
Disebalik kesibukkan aku, aku cuba habis kerja on time, pukul 6 petang setiap Isnin-Jumaat. Lepas habis kerja, aku terus masak untuk dinner. Dan sambung melipat kain, cuci toilet dan buat kerja rumah yang lain.
Kadang-kala suamiku meminta aku mengurut badannya kerana penat bekerja atau bersukan di malam hari. Aku faham dan turuti semua tu.
Selepas buat semua tu, aku akan sambung buat kerja sekiranya perlu untuk aku siapkan dengan segera.
Lebih lagi mama baba aku workaholic, dateline lambat lagi pun, aku perlu siapkan segera. Kalau tak, aku kena hadap amukan mereka pulak. Tak pasal pasal dicop pemalas dan terhegeh hegeh pula (sabar jela).
Aku penat fizikal dan mental. Aku bersyukur kerana belum dikurniakan anak. Kalau ada anak kecil, aku tak tahu la apa yang bakal jadi. Takut anak aku pula jadi mangsa.
Setiap weekend boleh dikatakan aku akan pulang ke kampung (jarak rumah kami takde la jauh mana) untuk menjenguk parents aku dan in law. Paling kurang pun 2 kali sebulan. Paling kerap pun 3 kali sebulan.
Memandangkan kami semua tinggal di satu negeri yang sama, aku dan suami akan pulang pada jumaat malam. Dan bergilir bermalam di rumah keluarga masing-masing.
Memandangkan family aku dan in law berprinsipkan ‘perempuan sepatutnya buat kerja’, aku penat.
Di rumah family sendiri, aku boleh lah buat ikut kepala otak aku (kadang-kadang mama baba aku tegur juga). Sebab family sendiri kan, aku boleh la buat bodoh je. Aku bebas tak bertudung dalam rumah pun dah bersyukur sangat.
Ada ketikanya, aku terpaksa menghadap laptop untuk menyiapkan kerja semasa di rumah in law. Atau keluar berjumpa client ataupun ada urgent meeting dengan family aku berkaitan hal bisnes.
Kalau tak dapat buat semua tu, kena marah pula dengan parents aku.
Dan.. suami aku of course lah kurang suka kalau aku buat semua tu semasa turn di rumah parents dia. Semasa turn di rumah family aku, aku nak buat kerja 24 jam pun dia tak kisah.
Kalau aku nak jumpa kawan sekejap pun, dia minta aku jumpa semasa turn di rumah family aku, walaupun pada waktu tersebut kawan aku free semasa turn di rumah family dia. Akhirnya tak jadi jumpa pun dengan kawan aku tu (sedih).
Bila di rumah in law, aku digalakkan menjadi menantu misali. Bukan digalakkan. Dah jatuh wajib. Wajib membantu ibu mertuaku untuk memasak dan lain-lain.
Yang lelaki? Tengok tv, menyembang bergelak tawa, keluar melepak. Kadang kadang tu adalah datang ke dapur dan tanya “Masak ape tu?” Lepas tu hilang dah. Seronokkan jadi lelaki?
Memandangkan aku seorang je belum ada anak lagi, biras dan adik suami aku boleh guna alasan jaga anak kecil untuk mengelak dari membantu. Adala potong sayur sikit lepas tu menghilang.
Tambahan pula, family in law aku ni suka sangat pergi ke rumah saudara mara mereka. Aku WAJIB ikut.
Kalau waktu tu turn di rumah aku, kadang-kadang in law aku akan call suamiku supaya turut serta ke rumah saudara mereka. Kalau tak ikut, dikatakan tak bergaul pula.
Kadang-kala sanak saudara belah in law aku pula yang akan datang ke rumah. Dah kena bersembang dan hidangkan apa yang patut.
Kalau tak join bersembang bersama, aku perasan yang parents in law aku akan renung je aku. Ibarat isyarat supaya aku duduk sekali dan involve dalam topik perbincangan mereka. Tak pun just tunjuk muka je kata orang.
Kalau duduk dalam bilik je, suami aku pulak kata kenapa tak turun, berbual dan lain-lain. Semua serba serbi tak kenalah.
Setiap kali Hari Raya aku rasa trauma. Mereka yang nak buat open house, tapi yang turun padang membantu memasak, yang perempuan sahaja.
Belum ambil kira cuci pinggan mangkuk lagi dan lain-lain. Yang lelaki adala sapu sapu sikit dan susun kerusi meja je.
Biras dan adik ipar aku pula on duty sekejap je, sebab anak meragam (Hmm.. bestnya). Yang confirm full duty, aku lah.
Family aku dan in law selalunya akan cepat-cepat booking aku untuk bantu memasak. Last last aku terpaksa bantu in law aku, nanti apa pula kata suami aku. Aku rasa tak perlu raya pun takpa. Bukan happy pun. Penat je yang dapat.
Banyak kali aku menangis seorang diri sebab penat fizikal mental. Selalunya time mandi lah aku nangis sepuas-puasnya (kalau suami aku tak balik lagi).
Selepas menangis, aku selalu pujuk hati sendiri dan berkata dalam hati yang aku sepatutnya bersyukur. Suami aku dah sediakan tempat berteduh, makan pakai semua alhamdulillah tak pernah lagi kurang setakat ni.
Tapi perasaan ikhlas tu mampu bertahan sekejap je..
Aku pernah beritahu suami yang aku tak nak balik ke kampung untuk beberapa waktu. Tapi macam sia sia je. Suami aku siap cakap,
“Apa yang penat sangat?”
“Kalau penat, rehat, tidur”.
“Kita patut bersyukur ada mak ayah lagi”
“Itu memang tugas isteri patuh cakap suami”
“Islam menuntut isteri wajib patuh cakap suami. Suami boleh decide semuanya tanpa persetujuan isteri”
“Kalau tanya semua isteri di luar sana, semua sama je buat macam apa yang awak buat”
“Awak patut bersyukur, saya penat cari nafkah untuk awak”
“Saya lagi penat dari awak, nak tidur pun masih fikir kerja”
Aku rasa nak jerit dekat muka suami aku sekuat hati, “Ko takkan faham apa yang aku rasa sebab ko tak rasa dan buat semua tu”
Ya. Aku memang hamba yang berdosa. Hamba yang berdosa kepada suami, parents in law dan parents sendiri. Hidup aku ibarat boneka.
Ibarat mereka membeli kain putih dan mencorakkan kehidupanku di atasnya.
Adakah aku patut lari sejauh yang boleh dan menghilangkan diri?
– Lynn (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit