Dosa Seorang Lelaki

Assalamualaikum…

Aku seorang lelaki dewasa berumur akhir 20-an, bujang dan straight. Cuma aku ada masalah yang aku rasa kebanyakan lelaki normal di dunia ini sedang alami iaitu onani, atau dalam bahasa inggerisnya, masturbation. Mungkin kebanyakan lelaki tak menganggap itu suatu masalah dan menyangka ini adalah suatu yang normal bagi seorang lelaki sihat seperti aku. Tapi tidak bagi aku.

Masih aku ingat, sejak 2003 (sekolah menengah), dimana aku terlihat iklan wanita seksi sedang mempromosikan alatan sukan di tv pada waktu malam sebelum tidur, menjadi trigger utama dan menyebabkan aku ter-onani untuk kali pertamanya, hingga sekarang, sudah 15 tahun. Siapa sangka iklan se-simple itu boleh mengubah hidup aku yang pada waktu itu tak tau apa2 dan belum baligh pun, tapi disebabkan rasa ingin tahu, telah memberi kesan buruk sehingga hari ini. Setelah internet diperkenalkan, bertambah mudarat lagi tabiat buruk aku. *Korang yang dah ada anak2 kecil tu, kena control betul2 handphone dan komputer yang diorang pakai. Sekarang access internet jauh lebih mudah dari zaman dulu.

Aku tau dari segi agama memang salah dan aku betul2 mahu menghentikan tabiat buruk aku ni. Namun aku cuma manusia biasa, sudah bertahun2 aku cuba tapi gagal. Paling lama aku bertahan cuma 2-3 minggu, itupun semasa bulan puasa. Pada waktu malamnya aku tewas juga, terus aku mandi wajib dan sambung puasa esoknya. Terasa berdosanya aku, tapi selepas beberapa hari diulang kembali proses yang sama, sehingga bertahun2 lamanya.

Aku tak mahu salahkan sesiapa mahupun laman web tersebut, aku salahkan diri sendiri kerana lemahnya iman dan tidak konsisten istiqamah dalam proses berhenti. Tapi jika sudah hingga berbelas tahun, aku sedar aku perlu dapatkan bantuan. Aku tahu aku sudah ketagihan kepada laman web porno, dan ketagihan adalah sesuatu yang bahaya, seperti ketagihan dadah dan lain2.

Aku pening dan stress memikirkan masalah ketagihan aku ni, tambah2 aku sekarang dihantar ke sebuah tempat yang jauh berseorangan selama beberapa tahun untuk bekerja. Lagi lah teruk masalah ni melanda, sebab sekurang2nya bila di kampung halaman aku ada rakan2 dan keluarga untuk meluangkan masa dan melakukan aktiviti bersama bila kebosanan atau stress. Tapi bila keseorangan macam ni, masalah tabiat buruk ni datang kembali berulang2.

Ramai yang kata, apa kata kahwin saja untuk membendung maksiat dan perkara2 buruk lain seperti tabiat ini, tapi bagi aku tak adil rasanya untuk bakal isteri dan anak2 aku untuk dijadikan cara untuk mengubati tabiat atau penyakit ini. Ada juga aku terbaca beberapa kes, dimana suami masih menonton video2 lucah walaupun selepas kahwin, membuatkan isteri sedih, sakit hati dan keluarga porak peranda. Jadi, aku simpulkan perkahwinan tidak menjamin segalanya. Aku tak mahu jadi dayus seperti itu.

Aku tak mahu masalah ni berlarutan dan memberi kesan buruk kepada orang lain di masa hadapan, tambah2 selepas kahwin kelak. Kesihatan aku juga semakin merosot. Aku tak mahu kelak isteri dan anak2 aku pula terkesan oleh tabiat buruk ini. Aku ada terbaca tabiat onani ini boleh melemahkan syahwat dan sebagainya. Kadangkala kerja aku di office juga terkesan disebabkan aku mengantuk kurang tenaga kerana perbuatan haram ini.

Aku sudah cuba pelbagai cara untuk mengubati dan mengatasi masalah ini. Aku tau aku tak boleh berseorangan, jadi aku cuba menyertai pelbagai acara aktiviti di luar seperti memanjat, berlari, berbasikal dan sebagainya, tapi itu semua cuma penyelesaian sementara. Sekarang di tempat baru, aku dah tak buat semua aktiviti tu sebab tiada teman yang sama minat. Aku juga cuba untuk berpuasa beberapa kali, tapi cuma bertahan untuk beberapa lama saja, tabiat tersebut masih gagal dibendung.

Aku perlu berikhtiar dan mengubati sendiri sebelum melangkah ke alam perkahwinan yang entah bila. Sudah tentu aku akan cuba berterus-terang kepada isteri tentang tabiat buruk ini, tapi sekurang2nya masa itu aku sudah lama meninggalkan perbuatan tersebut. Cuma bila isteri sudah tahu, boleh lah dia bantu juga untuk perhatikan aku. Tapi itu semua cerita selepas kahwin, yg aku mahu atasi adalah sekarang.

Sehingga kini sudah hampir seminggu aku berhenti, sila doakan aku istiqamah. Jadi, aku membuat keputusan untuk membuat confession di sini untuk mendengar pandangan dan nasihat dari orang luar berkenaan masalah ini, tak kisah positif atau negatif, memandangkan aku tak cukup kuat untuk berkongsi dengan rakan2 atau keluarga. Thanks admin.

– Kisame

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *