Dosa Seorang Mentua

Terima kasih admin sudi post kisah saya. Nama saya Aily, berumur 33 tahun. Saya sudah berkahwin selama 7 tahun dan dikurniakan 1 orang anak lelaki.

Suami sakit kronik tetapi masih bekerja sebagai pegawai kerajaan manakala saya bekerja sebagai pegawai bank.

Dijadikan cerita, diawal perkenalan dan perkahwinan dengan suami, gaji saya agak sedikit yelah baru graduate and umur sekitar baru 23-27 tahun. Sekarang berumur 33 tahun tentulah gaji lagi besar.

Mak mertua sejenis kuat mengumpat anak menantu jiran tetangga saudara mara. Tiap kali balik kampung WAJIB dengar dia canang sesiapa pun yang terlintas di kepalanya.

Bapa mertua dah lama meninggal. Mak mertua rajin solat dan kuat baca quran.

Saya tahu mak mertua memang tak suka saya sebab suka menyindir bab duit and yes we got the vibes kan. Tapi saya bersabar je la, anak dia pegawai kerajaan je bukan businessman banyak duit hehe.

Pertengahan tahun ni mak mertua ambik maid melalui agent berlesen, 2 bulan selepas tu mak mertua datang ke KL dengan maid tu sebab ada appointment di IJN,

Maid tu stay di rumah saya dan meluah menangis sakit hati dengan mertua kerana terdengar mertua fitnah macam2 kat maid tu dan lain2 (banyak lagi tapi takde kaitan dalam story saya ni).

Dan akhirnya, maid tu cerita apa yang mertua umpat berkenaan saya, untuk pengetahuan, saya dan maid tu baru hari pertama jumpa dan maid tu tahu A-Z pasal saya suami dan anak termasuk la keluarga saya.

Saya nak listkan apa mak mertua saya fitnah dan umpat :

1. Saya kawen dengan suami sebab nak pencen kalau suami saya mati tentu saya happy. Walhal, suami dapat kemudahan 1st class private hospital hasil daripada company saya (insurance for dependent).

Itupun saya paksa suami ke hospital SETIAP kali sakit sebab dia dialysis patient, diabetic, high blood pressure.

2. Saya keluarga miskin, jauh beza dengan menantu perempuan lain yang kaya dan gaji lebih besar. Untuk pengetahuan, biras2 tu jauh lebih tua daripada saya 10-12 tahun mestilah lagi banyak gaji.

3. Waktu suami admit kat hospital baru2 ni, saya bawak pisang goreng dan ubi keledek untuk suami saya, mak mertua kata saya miskin takde duit beli maknan murah hidang kat dia dan adik berdik ipar husband.

Untuk pengetahuan, takde niat langsung nak beli makanan untuk family husband sebab focus saya kat suami bukan orang yang melawat.

4. Saya hasut suami supaya tak rapat dengan mertua dan suami saya tu konon bodoh ikut cakap saya. Saya juga hasut anak saya tak rapat dengan mertua.

5. Saya suruh suami beli kereta besar pakai duit suami padahal saya nak beli kereta lebih besar bayar pakai duit saya.

6. Saya berhias selama ni pakai duit suami padahal suami tiada bagi duit nafkah pun saya tak nak sebab saya bekerja.

7. Habis diumpat anak buah saya rosakkan mainan anak saya padahal anak saya lasak budaknya.

8. Dia ungkit bagi angpau banyak kat anak saya, macam lah keluarga saya tak bagi angpau.

9. Saya dengki kat anak buah suami sebab tu saya puji2 budak tu. Anak buah suami tu anak orang kaya mestilah cantik tak macam saya anak orang miskin.

10. Maid tu tolong saya kat dapur mertua marah dan kata “kenapa tolong dia bukan dia bayar gaji kamu” “iron baju anak saya je jangan bini dia”

Maid tu dah bertukar majikan dan tidak lagi bekerja dengan mertua bertahan 3 bulan sahaja. Maid tu pernah bekerja di singapore so maid tu professional tapi culture shock dapat majikan macam mertua yang jahat mulut.

Selepas kejadian, saya menangis teruk dan cerita kat suami. Alhamdulillah suami memahami.

Saya dah cakap kat suami saya takkan jumpa mak mertua lagi dah alang2 mak dia pun memang benci saya selama ni. Suami saya faham dan akur.

– Aily (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *