Untuk part I, (https://iiumc.com/dosa-seorang-mentua/).
Sambungan daripada tu saya nak bagitau yang saya takde balik kampung suami dah tapi saya kata kat suami,
“kalau awak nak balik silakan tu mak awak darah daging awak syurga awak, tapi maaf saya takkan jejak kaki ke sana sebab saya makan 1 kuih pun kena umpat”.
Suami ada balik baru2 ni waktu mengundi, saya dan anak tak ikut pun, saya memang tawar hati.
Mertua datang rumah saya, penat kerja mcmana pun saya akan masak sedap2, belikan roti favourite, belanja makan luar sedap2, belikan pokok bunga dia suka, etc.
Tapi sebab saya daripada keluarga miskin, dan saya miskin compared menantu perempuan lain (walaupun gaji saya sekarang around 8k), saya tetap jadi bahan kejian sindiran. Tetap ada mentality kerja swasta tak gaji banyak macam government haha.
Untuk pengetahuan, terlalu banyak lagi mertua umpat tapi saya malas nak type semua cuma saya terlupa nak share yang kami sekarang tinggal rumah condo suami beli waktu belum kenal saya lagi.
Tahun lepas kami beli rumah landed RM928K dan akan siap pada tahun 2024,
Rumah tu joint loan bersama suami tu pun sebab suami yang nak rumah landed dan suami letak nama saya sorang dan terus terang saya terlalu happy sebab saya tau apa2 jadi kat suami, mertua dan ipar2 saya akan fight habis2an untuk dapat sesen pun..
Tapi tiap kali waktu suami masuk hospital family member takde plak tanya khabar. Saya sangat terkilan.
Saya tahu kalau rumah tu suami tak letak nama saya sorang, memang saya akan senasib dengan kes Ali P*teh la. Walaupun anak saya lelaki tetapi mertua tetap ada bahagian kan faraid.
Suami bagitau keluarga dia kami beli rumah tu mertua tidak happy, ada je nak condemn yelah dia akan fikir bahawa saya yang paksa beli dan akan senang kalau suami mati.
Dia kan sejenis busuk hati walhal saya bayar separuh harga rumah tu. Haritu terpaksa saya explain, “sebenarnya mak, rumah tu… (nama suami) yang nak beli sebab dia segan la kawan2 sebaya dia dah ada rumah landed, saya mana2 je la ikut je”.
Mertua jawab “oh yeke” muka percaya tak percaya.
Dalam hati saya, “why i should explain this to her???”.
Selepas tau kmi beli rumah tu, tiap kali jumpa mertua, dia akan sindir saya dengan cara menggunakan nama orang lain. Contohnya, jiran depan rumah kematian suami both doctors government hospital.
Kemain mertua canang waktu bini arwah tu kahwin baru, siap cakap “tak malu la laki baru tu tinggal rumah besar tu ambik hak orang (yang mati)”
“untung laki baru tu pakai kereta ppuan tu yelah laki muda kan kereta laki tu kereta buruk biasa je sebelum ni” “kesian arwah tu penat carik duit kumpul aset orang lain merasa”
Haha padahal bini arwah tu pun berduit doctor jgk haish persoal jodoh orang plak tu. Yeee tu la salah satu ayat mertua nak sindir nak bagitau kalau anak aku mati tentu menantu (aku) buat benda sama.
Sehingga kini, saya akan nangis malam2 kalau terrrringat kata2 mertua sebab tak sangka la kita buat baik selama ni sayang ikhlas tapi dibenci dihina difitnah.
Saya berdoa moga Allah mampu lembutkan hati saya maafkan mertua saya tu. Mertua tu kuat solat mengaji moga diterima la amalan berliau teruk sangat perangai kuat mengata orang keliling.
– Aily (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit