Dosa Telefon

Bila baca confession Isya (https://iiumc.com/aku-dan-haikal/) aku berminat nak menulis dekat sini.

Aku dah nak masuk 30 an. Dulu, pernah mengenali seorang lelaki, masa umur aku mencecah 17 tahun. Kenal melalui telefon. Dan dia juga menetap di Johor.

Mungkin kita sebagai perempuan, bila ada yang ambil berat tentang kita buat kali pertama, kita akan rasa seronok sangat!

Ye lah, waktu tu pun muda lagi, budak mentah, umur 17 tu tengah nak hadap SPM kot! Tapi time tu lah sibuk nak kenal lelaki kononnya nak tambah semangat belajar.

Aku kenal Fizi tanpa pernah berjumpa dia, apatah lagi melihat gambar. Tapi yang pasti aku sayang gila dengan dia. Waktu itu Fizi sudah mempunyai kerjaya yang tetap, ada rumah dan kereta sendiri.

Dan aku dilayan bagai puteri. Awal perhubungan semuanya ok. Sehinggalah aku dapat tawaran ke universiti. Jauh dari keluarga. Aku mula on call dengan Fizi hingga lewat malam.

Walaupun tak pernah nampak muka, tapi hati sentiasa rindu. Silap aku, aku sentiasa mengalah setiap kali dia mintak gambar aku. Tapi dia, sikit pun tak pernah tunjuk muka! Tak apalah, sebab sayang aku tak kisah. Bercintalah seadanya tanpa kenal wajah dia, tanpa dating berdua.

Lama kelamaan, hubungan kami makin jauh hanyut. 4 tahun aku bercinta dengan dia. Dari spm, sambung belajar hinggalah aku masuk alam pekerjaan.

Tiap kali on the phone mesti berbual tentang sek*. Tentang hubungan suami isteri dan imaginasi sek* yang tak masuk akal. Aku tak suka cara dia macam tu tapi aku tak boleh nak tinggalkan dia. Jadi aku teruskan hubungan macam biasa.

Aku sedih bila dia layan aku macam hamba sek* dia. Walaupun aku tak pernah buat semua tu, tapi dalam telefon semua boleh. Aku jadi malu dengan diri sendiri. Dekat luar bertudung litup, tapi hati aku kotor.

Fizi mula ajar aku sek* melalui telefon. Aku mula melayari laman web porn. Bodohnya aku waktu itu. Seronoknya aku buat dosa dengan telefon.

Aku ajak dia jumpa mak ayah, beribu alasan dia beri. Aku bangkitkan soal kahwin, bermacam cara dia cuba mengelak. Dan akhirnya, kami akan gaduh bila soal itu berbangkit.

Katanya, tunggulah 6,7 tahun lagi. Ya Allah, aku bercinta dengan siapa sebenarnya ni? Bertahun aku tunggu nak jumpa dia sampai ternoda semua nafsu aku sebab dia dan dia minta aku menunggu lagi?

Setiap kali sek* on the phone, aku akan bangun malam tu dan bertaubat. Aku menangis sungguh sungguh mintak dijauhkan dengan Fizi. Aku tak nak hidup macam ni. Aku rasa macam aku tak boleh jauh dari dia walaupun hakikatnya memang kami jauh.

Aku tak boleh sunyi tanpa text dan call dari dia. Sebab dunia orang bercinta macam aku tentulah hanya ada dia sorang. Dari umur 17 sehinggalah umur aku 25, aku setia dengan orang yang aku langsung tak kenal. Tapi sampai bila kan nak macam ni?

Ya Allah, aku tak nak terus bergelumang dalam dosa. Sebelum tidur aku akan menangis mengenang aku yang bodoh sebab lelaki. Jijiknya aku Tuhan.

Aku benci cara dia tapi aku sayang dia. Sayang saja tak cukup tanpa pernikahan, bukan? Bila makin dewasa, makin matang, aku mula fikir Fizi hanya gunakan aku untuk kepuasan dia.

Aku mula fikir nak jauh dari dia. Aku menyepi untuk seminggu. Aku nekad. Mungkin bukan jodoh. Bercinta lama lama pun andai penuh dosa dan noda, lebih baik aku berundur. Fizi pun tak ada usaha nak halalkan aku.

Seminggu aku menyepi, beratus whatsapp dan call dari dia tak terbalas. Sakitnya hati aku tahan rindu. Peritnya jiwa aku tahan sayang. Demi Tuhan, aku bertaubat. Ya Allah, jauhkan aku dari Fizi.

Berikan aku kekuatan untuk jauh dari dia. Tipulah kalau aku tak menangis. Setiap malam berendam air mata. Mana mungkin orang yang aku kenal bertahun tahun boleh aku tinggalkan. Aku nak tinggalkan dunia sek* yang kotor itu.

Jadi aku perlu bekorban tinggalkan orang yang aku sayang. Aku tukar nombor handphone. Kuatkan aku tuhan. Sunyi. Sepi. Tanpa call dan text Fizi. Aku senyum depan semua orang dan tidur dalam tangisan. Setahun aku macam tu. Dan akhirnya aku move on.

Allahu..tenangnya hidup tanpa Fizi. Sungguh bila kita jauh dari maksiat, segala kekusutan hilang. Aku dah jauh tinggalkan dunia tu. Aku takut nak kenal lelaki.

Hinggalah aku ditakdirkan jumpa seorang lelaki yang kini bergelar suami. Dari bertudung bidang 45, kini aku dah berbidang 60. Doakan aku ya. Dulu lengan terselak, kaki sering nampak, sekarang dah berstokin dan berhandsock.

Moga aku terus istiqamah. Buat isya, masih belum terlambat untuk awak berubah. Maksiat itu seronok tapi pahit pada akhirnya. Carilah kemanisan akhirat insyaAllah awak akan tenang.

– Cik Mimpi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *