Hi Semua, nama aku N. Aku masih single masih belum berkahwin pada umurku yang ke-32 tahun ini. Cerita aku ni pendek je dan aku harapkan dapat pendapat dari pembaca semua.
Aku dulunya orang yang sangat sibuk dengan kerjaya sampai nak cari pasangan pun tak sempat.
Namun, sejak bertukar ke Company yang lebih baik pada tahun 2021, aku mempunyai banyak masa terluang.
Dari situ, aku mula berjinak dengan applikasi dating (OMI/Tinder/FB dating) untuk mencari pasangan.
Soalan pertama aku kepada semua lelaki-lelaki didalam applikasi tersebut ialah “Are you married? Someone’s Fiance? Someone’s BF?” sebab aku paling benci manusia curang.
Aku selalu mengutuk sekeras kerasnya manusia curang.
Dalam tempoh 3 bulan, aku mula berkenalan dengan ramai lelaki dan salah seorang lelaki tersebut (Aku namakan dia S), telah menarik perhatian aku untuk mengenalinya dengan lebih dekat.
S mengakui dia bujang dari hari pertama kami berkenalan.
Aku cuba mencari nama/ no telephone S di semua media social tapi tidak berhasil. Dan, aku terima saja status bujang yang dia katakan.
Lepas 6 bulan berkenalan, kami mula berborak isu yang lebih serius. Tentang hubungan kami, kahwin, our redflag, dan semuanya kami kongsikan bersama.
Terus terang aku katakan, aku dah mula sayang pada S. Aku mula yakin dengan hubungan kami dan mengajaknya berjumpa.
Namun, S seakan mengelak dan memberi banyak alasan. Dari situ aku mula syak S telah berpunya dan setelah didesak, S mengaku dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.
Hati aku remuk dan aku sedih sangat. Seminggu aku mendiamkan diri dari S. S hari2 mesej/call dan meminta maaf.
Aku tak tahu apa yang aku fikirkan pada ketika itu, aku terima maaf S dan menerimanya didalam hidup aku sebagai seorang kekasih.
Bodohnya aku. Aku yang dulu menentang sekerasnya hubungan seperti ini tapi lemah dengan pujukan seorang lelaki.
Dalam hampir setahun berhubungan dengan S, sudah 3 kali aku cuba meninggalkan S. Tetapi, apabila S memujuk rayu ku, aku kembali semula kepadanya.
Setiap kali solat, aku sering berdoa supaya Allah hapuskan rasa sayang aku kepada S.
Aku cuba berkenalan dengan lelaki lain, tetapi hati ku tetap pada S. Aku tak tau apa lagi yang perlu aku lakukan untuk keluar dari hubungan ini dan melupakan S.
Harini aku telah mendaftarkan diri dengan satu dengan salah satu kaunselor berdaftar untuk mendapatkan nasihat tentang ini dan agar hatiku cepat berubah dari rasa sayang yang bodoh ni.
Aku juga ingin meminta maaf kepada isteri S kerana selama ni telah berkongsi kasih dengannya tanpa pengetahuan.
Dari aku yang bodoh,
– N (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit