Assalamualaikum. Terima kasih admin jika approve confession ni. Confession yang agak cliche dan panjang. Allah sajalah yang akan gerakkan hati kalian untuk membacanya.
Aku percaya setiap orang lain caranya Allah tunjukkan kasih sayangNya. Aku selalu terinspirasi dengan kisah-kisah orang lain. Selalu juga aku ikut setiap rutin atau tips yang orang lain share. Tak kisah lah tips apa pun, nak murah rezeki ke nak lulus peperiksaan ke nak dapat kerja ke. Bagi aku, setiap apa yang aku ikut tu selalu tak menjadi dalam hidup aku. Aku pelik. Sedangkan orang lain pada akhirnya Allah makbulkan hasrat mereka. Tapi kenapa aku tidak?
Setahun yang lalu, apa yang aku takutkan dah pun terjadi sekarang. Lama juga aku mencari kerja. Cari. Dan terus mencari. Aku tak tahu bila penghujungnya. Teringat ayat yang pernah aku cakap pada KakNgah,
“Boleh jadi sekarang Allah bagi aku senang belajar, tapi Allah uji aku bila aku nak kerja nanti. Kau susah sekarang, mana tahu nanti2 kau senang dapat kerja.”
Masa ni KakNgah cemburu dengan aku sebab aku pandai dan aku selalu dapat apa yang aku nak.
Aku rasa terbukti Allah akan uji dengan apa yang kita pernah sampaikan. Sepanjang belajar hidup aku sangat dipermudahkan. Bahkan selalu ada penaja. Tak kisah sangat pasal duit. Melimpah-limpah rezeki aku masuk. Sampailah sekarang, tiba lah masa untuk aku usaha keras. Tidak lagi rezeki datang bergolek seperti dulu. Aku lihat hidup KakNgah, dulu dia susah sekarang dia senang. Walaupun dia masih belajar tapi aku dah nampak hidupnya sikit-sikit dah mula Allah permudahkan.
Lama aku terfikir. Mula tamat belajar semangat aku siapkan resume. Mohon kerja sana sini. Dengan harapan aku akan dapat kerja dalam bidang aku. Lama-lama setelah berbulan-bulan, masih tak ada jawapan. Banyak kali aku hampa. Setiap hari tunggu panggilan telefon. Setiap pagi check inbox email. Namun, tetap sepi.
Sehingga aku hampir putus asa. Aku tak nampak lagi masa depan aku untuk teruskan bidang yang aku belajar. Aku mula termenung. Aku nak jadi apa sebenarnya? Minat aku apa? Apa kebolehan aku? Ke mana arah aku? Aku jadi sangat-sangat buntu. Dalam hati asyik timbul persoalan yang sama. What is your passion?
Bila aku demotivated, aku akan cari bahan bacaan, video atau movie yang boleh memotivasikan aku. Tapi semua tu sekejap je. Tak lama. Keesokannya aku dah lesu balik.
Tapi jauhhhh, dari sudut pandangan aku, kalau aku tak mula buat apa-apa sekarang, aku tak akan tahu apa minat aku. Aku tak akan tahu apa kebolehan aku. Aku tak akan tahu apa passion aku yang selalu aku tertanya-tanya tu. Aku dah kena mula buat sesuatu. Tak kisah apa pun peluang yang aku ada, aku kena grab. Aku nak selit pertanyaan dekat sini. Aku asyik didekati oleh orang-orang bank/insurans nak ajak aku jadi consultant, aku kena grab ke peluang ni sebab ni je yang selalu datang dekat aku?huhu lari jauh dari bidang aku dan aku rasa sangat tak masuk dengan jiwa. Aku asyik ignore je mereka-mereka yg offer aku ni.
To anyone yang senasib dengan aku, mungkin kalian juga tertanya-tanya, apa yang kalian harus buat. Kita tak nampak jalan kita. Sebab kita belum mulakan. Kerja je apa-apa and it will directed us to something yang suatu hari nanti kita akan cakap “Inilah apa yang aku cari.” Kalau asyik ditempat yang sama tak bergerak ke mana memang sampai ke sudah kita tak tahu arah tuju kita ke mana.
Banyak luahan aku terbaca tak kiralah dekat medan mana, masing-masing baru 2-3 bulan menganggur. Ada kawan aku yang baru je tamat semester akhir belum graduate pun, tapi dia dah rasa pressure tak dapat apa-apa tawaran. Dalam hati, aku “Ni nanti mereka dapatlah ni kerja. Aku je tak dapat-dapat.” Dah almost setahun juga sebenarnya aku menganggur. huhu. Nasihat aku pada mereka ni, jangan mengalah lagi. Terlalu awal untuk kalian rasa tekanan tu. Simpan sikit. Tahan. Teruskan mencari dan jangan putus asa. Better do something rather than duduk saja menanti tawaran. Setiap masa yang berlalu tu sangat berharga. Nanti inshaaAllah ada rezeki untuk kalian. Allah dah aturkan.
Sebenarnya sepanjang aku mencari kerja ni tak bermakna aku tak ada buat apa-apa. Aku ambil lesen kereta, belajar bahasa ketiga, belajar memasak(to those yang masih awkward memasak this is the best time for you to learn!), setiap hari dah jadi habit aku kemas rumah, basuh baju and so on, aku tengah tingkatkan kemahiran berbahasa inggeris,
macam-macam lagi penat nak sebut satu-satu.
Dalam aku sibukkan diri aku dengan something yang aku mampu buat, dihujungnya aku akan menangis juga. Aku tahu Allah takkan letakkan kita dalam suatu situasi tu kalau kita tak mampu. Walaupun aku penat dengan perasaan aku sendiri. Menanti jawapan setiap hari. Aku tetap kena positifkan diri aku. Kadang-kadang aku jadi lemah apabila melihat kehidupan orang lain. Cemburu tu pasti. Tapi tetap perlu bersangka baik. Masing-masing ada caranya Allah beri kebahagiaan. Ada caranya Allah turunkan rezeki. Ada waktunya. Setiap orang tak sama.
Allah nak aku berada dalam kebaikan sebab tu dia letakkan aku dalam kesusahan. Sekarang aku merantau jauh dari kampung halaman. Dengan harapan ada rezeki aku di sini. Aku dah penat sangat. Setiap hari bilik airlah saksi aku menangis. Di luar aku nampak biasa je. Seakan tenang dan suka sangat dengan menganggur menghabiskan duit bapak. Tapi deep inside, mereka tak tahu keadaan hati aku ni macam mana. Risau tak dapat berikan kesenangan kepada parents, risau tak dapat senangkan adik yang sedang belajar, risau parents aku malu dengan orang lain sebab aku lulusan ijazah universiti terkemuka tapi? Risau macam-macam hal. Setiap hari aku berdoa yang sama. Tak pernah berhenti. Entah bila penghujungnya.
Banyak sangat isi hati yang aku nak luahkan. Tak teratur. Maaf kepada mereka yang dah penat nak baca confession seperti ini. Semoga Allah merahmati semua.
– S
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit