Dosa Yang Menghantui

Aku tak tahu hendak mulakan dari mana. Jujur, aku menangis baca kisah abang yang menceritakan kisah adik yang terlanjur.

https://iiumc.com/sakit-hati-adik-perempuan-dirosakkan-lelaki/

Ya, aku seperti adik beliau. Ditinggalkan selepas lelaki itu meragut kesucian aku.

Sewaktu aku membaca kisah tersebut, aku terbayangkan kisah silam aku dulu. Seorang gadis yang hanya mengenali cinta semasa berumur 20 tahun.

Jiwa aku sakit.. Rasa diri kotor. Rasa rendah diri. Aku dibuang seperti kain buruk. Bodohnya aku, termakan pujuk rayu seorang lelaki.

Lelaki itu, langsung tiada rasa bersalah. Dengan bangga memberitahu yang dia sudah ada kekasih. Bakal guru katanya. Aku, ditinggalkan.

Menjalani hari-hari yang bagi aku sangat2 mencabar. Aku melawan perasaan. Kenangan2 bersama sentiasa bermain di fikiran.

Setiap malam aku menangis. Bukan mudah untuk aku melupakan. Dia lelaki yang aku sangat sayang, tapi dia mempermainkan perasaan aku.

Meninggalkan aku di saat aku sudah tiada Apa2.

Selepas aku ditinggalkan, aku bangkit. Aku sambung belajar. Semasa belajar, ramai yang mghulurkan salam perkenalan. Hati aku tertutup.

Melayan hanya sekadar kawan. Aku fobia dengan lelaki.. Tambahan aku rasa rendah diri, rasa diri kotor.. Sentiasa berfikir tiada lelaki yang sanggup mengambil aku sebagai isteri.

Sehinggalah aku menyambut salam perkenalan seorang lelaki. Dia adalah senior aku. Kami berkawan. Sehingga lah aku setuju untuk menjadi kekasihnya.

Aku berterus terang yang aku tidak suci lagi. Bagi aku, aku tak nak ada masalah kalau jodoh kami panjang.

Pada mulanya, dia tidak terima. Selepas beberapa hari, dia terima aku seadanya. Aku sangka kan, dia betul2 ikhlas tapi dia sama seperti bekas kekasih aku. Hanya tahu mengambil kesempatan.

Sekali lagi aku ditinggalkan. Dilayan seperti aku langsung tidak berharga. Aku bergado dengan kekasih barunya. Berperang besar dengan dirinya. Hinanya aku di mata mereka. Sekali lagi jiwa aku sakit. Terlalu sakit.

Tahun berganti tahun.. Aku seperti fobia. Mengenang diri yang tiada masa depan. Melihat rakan-rakan lain bahagia dengan perkahwinan mereka..

Sedangkan aku, mencari-cari kebahagiaan. Sentiasa berfikir yang tiada siapa sanggup jadikan aku isteri yang sah.

Sehingga lah usia aku 30 tahun waktu itu, aku berkenalan dengan seorang lelaki. Ya, dia suami aku sekarang. Yang sanggup terima baik buruk aku.

Bekas Kekasih pertama aku, bukan aku mendoakan dia tidak bahagia, tetapi Allah tu adil. Dia tidak bahagia dengan perkahwinannya. Isterinya tidak menghormatinya sebagai seorang suami kerana pangkat yang lebih besar.

Mereka bercerai. Aku tahu kisah nya, sebab selepas dia brcerai, dia mencari aku. Menceritakan semuanya. Apa yang aku boleh cakap kepadanya itu balasan sebab mempermainkan aku.

Kepada gadis-gadis di luar, jaga kehormatan. Jaga sehingga berkahwin. Jangan jadi seperti aku. Buta dengan janji palsu. Pujuk rayu sang lelaki. Andai waktu tu boleh berputar semula, aku mahu perbaiki semuanya.

Kerana jalan yang aku pilih waktu tu, menghantui aku sehingga sekarang. Walaupun peristiwa tersebut sudah hampir 20 tahun berlaku.

Semoga kisah aku menjadi pengajaran kepada gadis-gadis yang baru hendak bercinta. Ingat pesan aku, jangan termakan janji-janji mereka.

Jika mereka baik, mereka tidak akan sentuh kita sebelom sah menjadi isteri.

Doakan aku ya.. Semoga aku dapat melupakan kisah silam aku yang sehingga kini masih segar di ingatan.

Dari aku,

Seorang Pendosa,

– Cempaka (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *