Dosa Yang Tak Terampun

Hi, Saya Jini. Umur early 40s. Berkerja sebagai kakitangan Profesional. Telah berkahwin. Anak 3. Kami PJJ.

Ok itu sahaja pengenalan diri saya. Tulis lebih2 nanti orang kenal.

Saya berkahwin selama hampir 15 tahun. Sepanjang perkahwinan suami saya Namakan A, pernah kantoi tidur dengan isteri orang. Isteri orang tersebut pregnant tapi digugurkan bayi tersebut.

Saya minta cerai. Saya nekad nak pergi mahkamah minta Fasakh. Tapi satu ayat yang saya terpaksa terima dia semula. ‘Cuba tengok anak2 kita yang. Kesian diorang’

Oklah saya terima. Saya maafkan. Saya cakap ‘Takpe, I memang tak pernah check phone u, I tak check u kat mana, Tapi u kena ingat, Allah tu ada. Kalau Allah nak tunjuk dia akan tunjuk. Lagi sekali u buat, I doakan u mati accident”

Dipendekkan cerita A mati accident. Dan yang saya suspicious dia accident jalan balik ke tempat kerjanya dari Kawasan saya duduk sedangkan minggu tersebut dia tidak balik ke rumah pun.

Bertambah suspicious motor yang dinaiki adalah motor perempuan.

Disebabkan A baru sahaja meninggal saya senyapkan perkara itu. Setelah sebulan saya siasat. Saya beli phone baru masukkan simkad A.

Saya buka fb dia. Saya jumpa msg ber Abang Sayang dengan perempuan tersebut, saya Namakan Z.

Setelah menyiasat, sebenarnya A bermalam dirumah Z, satu negeri dengan saya. Mereka sudah lama menjalinkan hubungan seperti suami isteri. Sudah bertahun2. Jadi benarlah, A mati accident selepas bermaksiat.

Saya call Z. Dengan bangganya dia kata dia tahu A sudah berkahwin. Tetapi setiap kali dia putuskan A dating memujuk merayu2.

Kemudian Z forward kepada saya mesej2 A kepadanya. Z berumur 38 tahun masih Bujang. Z mengaku hubungan mereka sudah seperti suami isteri. A selalu balik bermalam dirumah Z.

Hati saya sangat luluh. Sedangkan saya duduk di satu negeri dengan Z. Saya jaga anak sorang2. Bersalin saya pantang sorang2. Tapi A berpoya2 dengan betina sundal.

Untuk pengetahuan A bukanlah scandal pertama Z. Dia pernah berscandal dengan suami orang lain juga sebelum ini. Juga gambar bog*l Z pernah tersebar. Adakah perempuan seperti ini yang A ċari?

Dari message2 yang Z forward ada satu message buat saya tak akan maafkan A sampai bila2.

Abang janji abang tak sentu bini abang.

Abang tak ma*n pun dengan bini abang.

Abang tak pegang tangan bini abang.

Abang cuma layan anak2.

Saya terus maki. Jantan sial!

Saya rasa menyesal telah korbankan 15 tahun hidup dengan dia. Sanggup dia junjung scandal dia dan isteri sah jadi pemijak kaki.

Saya perasan. Dengan Z dia jadi macam orang bodoh. Cuma mengikut sahaja. Setiap kali Z merajuk A terus datang jumpa Z walaupun 4 jam perjalanan untuk memujuk.

Kalau Z sakit terus datang jumpa. Eh, anak kau sakit takde pulak kau datang tengok???

Dan Z begitu bangga berkata yang A layan dia lebih dari isteri sendiri. A tak bahagia dengan isteri dia. Takde sekelumit pun rasa bersalah. Z juga taburkan A dengan harta benda.

Phone, kasut NMD adidas, duit dan etc. Kemudian claim dia banyak berkorban untuk A. Halooooooo standing ke dengan pengorbanan isteri bertarung nyawa melahirkan anak 3 orang?

Kemudian saya jumpa Z. Sumpah tak lawa!!! Mukanya sangat tua walaupun umur 38 tahun. Badannya juga sangat kurus.

Saya sangat pelik. Bagaimana A boleh tergila2 kan Z sampai sanggup buat macam2?

Disebabkan A dah mati. Jadi perkara ni masih misteri.

Tapi saya takkan maafkan A sampai bila. Apa dia buat kat saya Adalah menyakitkan. Dia hina saya didepan scandal dia. Dia tipu saya bertahun2. Dia tak ingat pengorbanan saya. Biar dia ċari saya di akhirat kelak.

Sambung part II kalau rajin….

– Jini (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *