Assalamualaikum saya perkenalkan nama saya sebagai sebagai Bunga dan naratif ini berkisahkan tentang dua insan iaitu Tsuki (perempuan, bukan nama sebenar) dan Hoshi (lelaki, bukan nama sebenar) masing2 berusia awal 30-an (telah diolah).
Penceritaan ini mungkin agak panjang dan diharap dapat diambil iktibar dan pedoman bagi pembaca di luar sana.
Dosa yang tak terampun. Kenapa tak terampun, sedangkan Allah itu bersifat Maha Pengampun? Sebab dosa yang dihitung terlalu berat dan besar.
Kisah ini bermula pada tahun 2010 (tahun sebenar telah diubah) dimana perkenalan antara Tsuki dan Hoshi berlaku di sebuah N@@ yang dikenali di Malaysia.
Bermula dari perkenalan sebagai rakan sekerja yang tidak mempunyai apa2 perasaan. Dan pada satu masa di tahun tersebut, Tsuki dan Hoshi telah bekerja berdua bersama-sama.
Namun ketika Tsuki keluar berehat Hoshi telah melempiaskan na@sunya di dalam tandas. Macam mana Tsuki tahu? Kisah ini akan dijelaskan lagi di bawah.
Beberapa bulan selepas itu Hoshi makin rapat dengan Tsuki serta telah menyatakan hasrat hatinya. Tapi apa yang berlaku, Hoshi juga telah berterus terang bahawa dia akan berkahwin dengan pilihan keluarganya sebulan selepas itu.
Tsuki terkejut dan sukar untuk menerima. Dia terus putuskan hubungan dan membawa diri serta block di semua media yang ada.
Fast forward beberapa tahun selepas itu, perkahwinan Hoshi dan pasangan tidak bertahan lama dan mereka pon berpisah. Hoshi mencari Tsuki di media sosial, dan beberapa kali meminta maaf kepadanya.
Proses meminta maaf ini berjalan dalam tempoh yang agak lama. Tsuki masih teguh untuk tidak menjawab segala DM dan meski dia menjawab, jawapannya hanya sepatah dua perkataan.
Sehingga la Tsuki berlembut hati dan menerima permaafan Hoshi. Pada awalnya Tsuki merasakan maaf dipinta disebabkan peristiwa perkahwinan Hoshi dengan pilihan keluarga.
Namun, setelah sekian waktu barulah Tsuki sedar maaf tersebut kerana kes 2010 di mana Hoshi melempiaskan na@su di tandas hanya kerana Hoshi memandang anggota sulit Tsuki yang ditutup dengan tudung yang labuh.
Dan juga selepas itu, barulah Tsuki tahu selama ini dirinya dijadikan bahan sek@ual selama dia bekerja.
Namun, sifat lembut Tsuki yang bakal membawa padah telah menerima Hoshi semula atas alasan dia akan berubah jika dibantu dengan cara yang baik. Tsuki yakin boleh mengubah Hoshi dan mengurangkan rasa keinginan na@sunya dengan ilmu yang ada.
Mereka berhubung semula dan telah bercinta untuk sekian waktu. Pada ketika inilah keinginan nafsu Hoshi makin membuak2 dengan sifat ingin tahunya terhadap anggota perempuan Tsuki. Dan pujuk rayu telah berlaku.
Meski Tsuki keras dengan pendiriannya namun setelah sekian lama Tsuki tewas kerana merasakan hubungan dibina dibawa ke peringkat serius dan tidak mungkin berlaku apa2.
Dan dalam tempoh mereka bercinta terlalu banyak kemaksiatan berlaku namun tidak sampai penzi@aan. Sehingga lah hubungan mereka mula retak.
Tsuki berusaha sedaya upaya untuk selamatkan hubungan kerana tidak ada kekuatan untuk hidup dalam keadaan ketakutan dengan dosa dan trauma yang berlaku.
Namun Allah sebaik2 perancang. Mereka tetap berpisah dan Hoshi sekali lagi memberitahu dia akan berkahwin dengan pilihan hati tidak lama lagi.
Tsuki mengalami trauma yang sangat teruk. Berserta beberapa cubaan su!c@de. Fungsi tubuh turut gagal dengan keadaan mental yang sangat dahsyat. Perasaan diri digunakan hanya sebagai tempat melempiaskan nafsu selama hampir 10 tahun tidak dapat dibuang.
Meski ingin melupakan namun agak sukar, lagi2 Hoshi merupakan seseorang yang sangat dikenali, dengan pelbagai penampilan media dan dihormati serta disanjungi kerana membawa mesej2 kemasyarakatan (telah diolah).
Hoshi tetap akan muncul di mana2 dan Tsuki perlu melihatnya dengan penuh kebencian dan trauma.
Untuk tidak berterusan rasa dipergunakan untuk na@su, Tsuki meminta Hoshi untuk mengaku segala perbuatannya di hadapan kedua ibu bapanya dan bertaubat sebelum masing2 membawa haluan sendiri.
Namun trauma yang dihadapi oleh Tsuki sukar untuk sembuh. Sehinggalah Tsuki terpaksa menolak tawaran kerja yang sangat bagus disebabkan tidak mampu untuk lalui jalan2 yang pernah berlaku maksiat tersebut.
Meski kisah ini telah lama berlalu, Tsuki masih tidak sembuh dan tetap merasa anxious sekiranya terlihat Hoshi di mana2 media.
Apa yang ingin saya sampaikan adalah jangan sesekali membuka jalan2 kemaksiatan yang boleh membawa padah dan kemungkaran Allah.
Kerana trauma ditinggalkan oleh orang yang kita percaya, kita sayangi akan kekal sehingga akhir nafas. Tsuki akan hidup dengan trauma sampai bila2 dan Hoshi tetap terus berdiri teguh di mana dia berada.
Buat pasangan baru Hoshi, saya doakan dengan kehadiran anda dapat mengubah keinginan Hoshi ke arah lebih baik.
Doakan Tsuki dapat lalui hari2 mendatang dengan penuh tabah dan meneruskan kehidupan yang ada.
Sekiranya Hoshi membaca penceritaan ini, ketahui lah bahawa Tsuki tidak berniat untuk membuka aib dan ingin menjadikan kisah ini sebagai pedoman untuk semua.
Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun jika umatnya menunjukkan usaha keinsafan.
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit