Untuk part I, (https://iiumc.com/dosa-yang-tak-terampun/).
Assalammualaikum. Sebenarnya saya contemplating nak tulis Part 2 atau tidak. Tapi beginilah, saya tulis bukan untuk buka Aib. Saya tulis untuk luahkan yang terbuku.
Even anak2 saya pun saya tak beritahu mengenai kisah ini. Biarlah mereka anggap ayah mereka baik.
Juga untuk pengetahuan, masa scandal A pertama. Saya simpan aib dia sehingga keluarga saya dan teman rapat pun tak tahu. Yang tahu cuma adik beradik arwah dan seorang Kawan saya.
Memang saya simpan sehinggalah kes dengan Z baru saya beritahu keluarga saya dan beberapa orang Kawan.
Saya rasa dah separuh gila. Saya tak boleh tidur dengan betul. Saya tak boleh makan. Berat saya turun 5 kg dalam masa sebulan. Saya rasa hati saya pecah dan hancur.
Jadi janganlah minta saya bersabar dan memaafkan sekira anda tidak berada dikasut saya.
Apa yang saya ceritakan disini cumalah 30% dari cerita sebenar. Yang sebenarnya lebih teruk dari yang saya tulis.
Masalahnya, saya tidak buka aib A, tapi Z yang buka.
Lepas arwah meninggal dia bermessage dengan Kawan A, beritahu dia Adalah girlfriend A. Cerita semua dekat Kawan arwah, H.
Beritahu yang A kata hubungan dia dgn saya adalah fake. Terpaksa demi anak2.
Beritahu A kata dia tak Bahagia hidup dengan saya. Screenshot semua whatsapp2 A dengan dia.
Kemudian, hari2 selepas A meninggal Z upload status hari2 meratab hiba, sedih kononnya. Upload gambar berpelukan dengan A.
Bukankah itu membuka aib?
Saya cakap dengan Z, ‘Please respect A’s family. Kalau bukan saya, dia masih ada keluarga lain, ayah dan adik beradik’
Sebenarnya Z banyak kali minta A berkahwin dengan dia. Minta A buat pilihan antara dia atau saya. A kata dia pentingkan anak2.
Berani dia gunakan anak2 sebagai alasan?
Dan yang paling menghancurkan hati saya.
Sebenarnya dia balik jenguk anak2 hanya sebulan sekali kadang2 5 6 minggu sekali sedangkan dia balik rumah Z setiap minggu!
Dan setiap kali balik rumah saya pun dia akan balik rumah Z juga.
Yang luluh hati saya, masa birthday anak-anak, saya hanya sambut dengan anak2. Padahal pada masa tu dia ada dirumah Z.
Dan rumah Z tu satu negeri yang sama cuma 1 jam perjalanan. Begitu juga masa anak sakit, dia ada Bersama Z langsung tak jenguk anak.
Paling menyakitkan, kereta yang dia guna untuk ulang alik rumah Z tu kereta saya!
Bila saya bising pasal balik sebulan sekali dia kata, kerja banyak. Balik guna duit banyak.
Padahal tiap2 minggu balik jumpa Z.
Kalau Z begitu penting kenapa gunakan anak2 sebagai alasan untuk tidak berkahwin?
Saya boleh bagi free je sebab sorry to say gaji saya 3 kali ganda gaji dia. Rumah nama saya, kereta dua2 nama saya. Saya tak kisah diceraikan.
Dan banyak kali juga saya minta dia ceraikan saya. Tapi dia tak nak konon sayang.
Tapi saya bersyukur. Allah itu maha adil. Sejauh mana dia menipu saya. Allah bukakan aib dia selepas dia meninggal.
Saya menyiasat bukan untuk korek aib. Saya menyiasat untuk dapatkan jawapan untuk saya dan anak2. Kalau Allah tak bukakan jalan saya tidak akan tahu sampai bila2.
Saya juga bersyukur, Allah hentikan penipuan dia keatas saya dan anak2. Allah juga hentikan kesengsaraan saya dari ditipu lebih banyak.
Kepada Z saya katakan, ye saya boleh maafkan. Tapi saya doakan Allah beri balasan setimpal.
Kepada A apa yang dia lakukan sungguh berat untuk saya maafkan buat masa sekarang. Apa yang saya ceritakan hanyalah on surface sahaja.
Mungkin satu masa nannti saya akan maafkan. Tapi bukan untuk dia, tapi untuk diri saya dan anak2.
Jangan risau, disebabkan saya insan teraniaya. Saya doa yang baik2 untuk diri saya dan anak2. Semoga kami bertemu bahagia satu hari nanti.
Untuk yang membaca, terima kasih telah sama2 sakit hati seperti saya. Jadi ambillah pedoman dari cerita saya ini.
– Jini (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit