Dosaku Pada Suami

Assalamualaikum. Entah confession ke berapa kali aku cuba share di platform ini tapi belum satu pun berjaya menambat hati admin untuk siarkan luahan aku.

Buntu aku sendirian mencari jalan penyelesaian yang tak kesudahan.

Hampir 6 tahun perkahwinan aku dengan suami. Aku terima dia seadanya dengan gaji RM1000 yang aku dah mula kira akan segala perkongsian perbelanjaan bila dah kahwin nanti.

Aku siap congak apa dia perlu bayar, apa dia perlu bayar.

Tahun berganti tahun, Hari berganti Hari. Selalunya aku yang lebih dari segi perbelanjaan hinggalah dikurniakan 2 orang anak.

Boleh dikatakan keseluruhan perbelanjaan anak adalah di bawah tanggungan aku.

Kadang2 bila aku penat, aku merungut, aku mengeluh. Tapi aku tetap lalui semua ni macam biasa. Aku okay. Aku pandai berbisnes online. Alhamdulillah ada duit sampingan.

Suami aku mula2 kahwin okay. Rajin tolong aku buat kerja rumah, jaga anak Masa anak baru sorang dulu. Lama kelamaan dia dah takbnak tolong aku. Baru di suruh buat, itu pun membentak.

Dia pernah cakap aku pemalas, kerja rumah semua tanggungjawab isteri.

Ya memang pun aku pemalas. Rumah tak sentiasa kemas, ada mood baru aku kemas. Masak pun tak selalu masak, kalau aku rajin baru aku masak. Kalau tak aku akan bungkus.

Kadang2 dia kata aku berkira, dia kata aku tak bersykur. Dia keluarkan kata2 yang kesat bila dia marah.

Dia kata terlalu banyak bagi muka sebab tu aku besar kepala. Aku tak faham apa maksud dia. Pernah juga bila dia marah dia cakap kau nak aku ceraikan kau? Jangan cabar aku.

Entah aku tak tahu kenapa sedangkan bergaduh hal lain tapi dia sebut perkataan cerai. Dia panas baran. Acah2 nak naik tangan untuk gertak aku. Hati aku rasa benci saat tu.

Aku ada perancangan untuk masa depan. Dia tak. Dia seorang yang lalui saja hidup hari ni untuk hari ni, esok untuk esok. Dia tak fikir 10 tahun akan datang. Kami berbeza pendapat.

Banyak sangat pergaduhan sejak 2 menjak ni. Tapi apa yang dia buat pada aku adalah lebih kecil dari apa yang dah buat pada dia.

Aku sukakan adik kandung dia sendiri iaitu adik ipar lelaki aku. Tak tahu sejak bila perasaan ni berputik. Tiba2. Sedangkan aku dan adik ipar bukan sentiasa bercakap.

Aku tak pernah borak kosong dengan dia atau bercakap berduaan. Melainkan kalau berkumpul ramai2 dengan keluarga. Aku sendiri tak tahu dari mana dan bila perasaan ni datang.

Adik ipar aku takde apa pun. Sama juga macam suami aku tak kaya, takde kereta besar, takde apa2 pun.

Tapi dia tak panas baran. Dia tenang saja. Dia sopan bila tegur aku. Soft spoken. Sampai aku berfikir nak kahwin dengan dia.

Tapi macam mana? Harus aku dan suami bercerai mati. Bukan bercerai hidup takut nanti aku yang bercerai nyawa dari badan. Berdosa kan aku sampai macam tu sekali aku berfikir.

Dek kerana kerap sangat tak sefahaman aku dan suami, hati aku ni dah rasa kosong. Tapi tetap kena bertahan sebab aku ada anak2.

Tolong aku. Aku tak suka perasaan ni. Aku benci dan malu dengan diri aku sendiri.

Kalau lah suami aku tahu, mati aku. Kalau adik ipar aku tahu, malu tak sudah aku nanti. Pastu saja aku dipandang hina. Apa perlu aku buat?

– Daisy kering (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *