Double Life

Macam mana kalau kita terbiasa hidup dalam keadaan ‘fake it til you make it’, ia bukan saja membuatkan kita delusi dan menipu diri sendiri, malah kita terlalu terbiasa sampai menipu orang lain juga?

Digabungkan dengan karakter yang suka merahsiakan, tidak suka orang tahu, membuatkan kita cenderung melapiskan kebenaran dengan cerita yang direka-reka? Semata utk org tak tahu siapa diri kita sebenar.

No. I’m not talking about menipu MLM.

I’m also not talking about menipu manusia lainnya dengan tujuan nak kaut keuntungan sekalipun.

I’m talking about lies of our own life, yang kita dah terlalu lama tipu diri sendiri sampai kita rasa yang delusi itulah realiti kita. Disebabkan ini secara tak sedar, kita tertipu orang lain juga.

I never realized I lied too much, I live in my own lies sampai lah aku jumpa someone yang betul2 nak kenal aku secara dekat dan nak jadikan aku teman hidup dia.

Then I realized.

Oh god. How can I let someone in and know the real me. I’m already full of lies.

Sejak zaman sekolah, aku suka cerita sesuatu yang aku tak ada. Aku tak tahu kenapa, tapi reaksi ‘wow serius lah?’ menjadikan aku sangat suka.

Dari situ aku dapat ramai kawan, sebab mereka suka dengar aku bercerita. Walaupun apa yang aku cerita hampir semuanya rekaan.

Aku anak sulung, tapi aku rasa sunyi. Beza umur aku dan adik aku adalah 9 tahun. Jadi tanpa cerita-cerita rekaan tu, tak ada siapa yang nak kawan dengan aku.

Aku cerita yang aku ada abang 2 orang, abang aku suka bawak jalan-jalan, abang ada kereta best, belikan mainan best etc.

The whole story I made up made people stayed by my side to listen more. So I continued til God knows how long.

Sampai lah ke sekolah menengah, aku lupa apa yang aku cerita. Kebetulan aku berpindah ke sekolah lain. The cold truth slaps my face bila aku terserempak kembali kawan-kawan lama yang aku tipu dulu.

Mereka tanya, ‘Beb, abang2 kau apa cer? Tengok kau jadi cool camni mesti abang kau bangga en’

The definition of ‘cool’ masa tu ialah aku slalu menang pertandingan inovasi peringkat sekolah. I make robots and all and yes utk benda ni mmg benda betul. I did win, and so, my old friends ucap tahniah sambil tanya khabar.

Disebabkan rasa bersalah yang menebal, aku cut the story dan tukar topik. Everytime kalau org mention pasal apa yang aku cerita dulu, I’m too ashamed to hear it back so aku diam dan tukar topik.

And I thought, I would never lie again.

Boy, I was wrong.

Bila form 4, aku masuk sekolah asrama and there my new lies begin. Aku cerita yang bapak aku kaya gila, rumah banglo dekat bangsar, selalu naik flight pegi oversea etc.

Dan kawan-kawan aku percaya sebab bapak aku datang sekolah pakai BMW.

Truth is, bapak aku mmg mewah tapi tak lah kaya gila. Rumah sekadar rumah teres yang selesa. N it’s not in Bangsar. Just in Selangor suburbs.

The lie continues and I never confessed I lied all that sampai lah habis sekolah. Would they know? I’ve no idea.

I lied, I lied and lied ‘til God knows how much.

Terbaru, aku dapat bekerja di Sime Darby.

Tapi disebabkan aku tak suka org tahu about my exact life (sebab aku rasa rimas), aku tipu kata aku kerja Petronas.

Sorang, dua aku tipu aku rasa okay lah kot (masa tu). Alah Sime Darby – minyak, Petronas pun minyak kira okay lah tak jauh beza.

Tiber kawan-kawan yang aku tipu tu bercerita pulak dekat kawan-kawan aku yang lain ‘eh weh dia keje petronas doeee, bangga doeee’

Dah sampai mampus pulak aku menipu macam ni.

Sorang demi sorang PM aku tanya macam mana nak apply semua ucap tahniah semua.

Aku plak takkan tiber nak cakap ‘eh weh aku tipu’. Aku layan jela.

So the story spreads and impossible for me to stop it. Lecturer2 aku pun dengar khabar aku keje Petronas. Aku terkedu betul tak tahu nak cakap apa.

Niat aku nak kalis dari bercerita betul-betul aku kerja di mana. Tapi tak sangka pulak jadi macam ni. So, I’m guilty again.

Rasanya the only time aku tak menipu masa aku study dekat U je. Aku rasa, wah, best ni boleh hidup tanpa menipu. The first time aku dapat ramai kawan dengan cara tak mereka-reka cerita. I was totally myself.

Tapi aku start rasa nak menipu balik bila people looked up to me too much sampai I can’t afford to be vulnerable.

Yelah dekat U dulu aku MPP. Pegang banyak jawatan. Aktiviti-aktiviti inovasi dan robotik selalu aku masuk, so I’ve been high dalam expectation semua orang.

So bila kita naik ni, tahu jelah ramai yang nak compete. Ramai rival. So I hate to lose. I’m a sore loser.

Dari situ, aku reka cerita lagi lepas aku graduate. Lepas grad aku cerita la aku pegi backpacking sini sana sorang-sorang then upload gambar sceneries yang entah dari mana aku ambik.

Aku post kat facebook, instagram, then cerita lah ‘experience’ yang direka. The reaction I get? Of course – ‘wow’.

Sedangkan, aku sama sekali tak pernah jejak mana-mana melainkan Singapura dan Indonesia.

Aku jugak cerita pasal aku buat bisnes dan kumpul aset di usia muda etc. Again, rekaan semata.

People ‘wow’ed me, saying ‘legend lah kau’ and aku bangga gila.

That was the second last I lied before Petronas.

Berbalik pada Petronas, sejak aku tengok ramai gila dgr khabar aku ‘kerja Petronas’ terus aku ambik langkah utk hilang.

I said to myself, ENOUGH IS ENOUGH.

Aku delete social media rasmi aku.

Never left traces of me dengan harapan orang lupa pasal aku. Orang lupa aku kerja mana etc.

I want people to forget me.

Sampai lah satu hamba Allah ni munculkan diri masa hari jadi aku tahun ni. Dia ada nombor aku. Dan kami pun contact jugak kadang-kadang, tu pun atas dasar kawan.

Dia luahkan perasaan yang dia suka aku lama dah. 5 tahun dia tunggu, sejak dekat U. Dan sekarang dia nak kenal aku lebih dekat lagi.

Lama aku elakkan diri dari dia.

Dia nak call, aku elak. Dia nak jumpa, aku cakap ‘lain hari boleh?’

Aku betul-betul nak shut down sebab terlalu malu dan benci diri sendiri.

Tapi tak tahu lah lama kelamaan hati aku mula terbukak bila dia hadir. Dia tak pernah give up utk kenal aku walau seberapa banyak kali aku menolak.

Aku tengok cara dia, mindset dia, everything about this person is amazing.

Someone yang kalau aku lepaskan, takkan jumpa dah orang macam ni.

Tapi aku terlalu hina utk dia. Tak layak.

Dia salah sorang yang tahu khabar aku ‘kerja petronas’ tu. Dan dia jugak salah sorang yang percaya aku ada aset sendiri, pernah backpacking seorang diri.

How to confess that everything were lies, and I lied all that because I wanted to stay on top?

Tiap malam aku fikir benda ni.

Tapi… kalau dia suka aku sejak U, means this person loves me for I am. Because I was myself the whole time dekat U.

But still, I lied after I graduate. Too much sampai I cannot undo it. So macam mana.

Aku kagum dengan dia. Kehadiran dia buat aku happy dan semangat nak jadi better.

But how about my lies….? How to undo this so this person could know the real ME?

The ME yang tak kerja petronas pun.

Yang tak pernah backpacking pun.

Yang takde aset rumah dan kereta seperti yang dicerita – yang aku ada hanya emas yang tak sampai 20 gram.

Macam mana sanggup aku nak kecewakan someone yang tunggu aku lama semata2 utk tahu I’m the biggest ‘scam’?

How can I???

Aku sangat2 suicidal memikirkan benda ni. Too much I’ve done, macam takde jalan keluar. My reputation, my friends. many years of lies.

Setiap malam aku bash diri sehabis-habisnya for what I did in the past. walaupun dah almost 2 tahun aku insaf tak buat lagi. hidup aku dah normal, private life. aku dah lupa semua tu.

But because of this person tiba2 hadir… everything haunts me back.

HELP. WHAT SHOULD I DO.

– E.K. (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *