Double Standard

Hai semua. Identiti dirahsiakan ya. Hari ni rasa nak buat luahan perasaan sikit walhal banyak kerja nak kena siapkan. Tapi “mood” tak berapa nak ada so kita letak tepi dulu.

Aku sekarang tengah kursus selama seminggu. So aku nak cerita sikit orang-orang yang aku jumpa masa kursus ni dan jugak yang aku pernah jumpa sebelum ni.

Korang perasan tak time kursus mesti ada peserta yang lagi menonjol daripada yang lain?

Selalunya orang-orang macam ni ‘outspoken’, tahu banyak benda, very experienced and penceramah selalunya suka kalau orang-orang macam ni ada dalam crowd.

Yela baru la happening sikit session tu. Kalau tak mati kutu jugak dia nak berceramah kalau audiens senyap saja tak berkutip.

Sekarang ni masuk pulak orang yang konon tahu banyak benda jugak tapi confident saja lebih.

Bila kita tanya soalan dia beria bagi respon padahal jawapan salah tapi dia punye confident tu memang boleh pergi jauh. So kita layankan jela.

Lepastu ada la orang macam aku ni yang suka bertanya sebab prinsip ak memang aku tak akan buat palatao. Kalau aku tak tahu aku tanya.

Tapi rupanya susah juga bila kau tanya soalan, tapi diorang react macam kaulah manusia paling bodoh dalam dunia sebab tanya soalan tu.

Padahal sebelum tanya penceramah aku dah tanya kawan kiri kanan semua tak tahu tapi tak nak tanya. Bila aku tanya dan penceramah gelakkan soalan aku diorang pon ikut gelak sama.

Orang datang kursus nak belajar sesuatu. Bukannya dah tahu semua baru nak datang kursus. Kalau aku dah tahu baik aku tak payah datang.

Tapi bila disuruh tanya soalan, dan soalan tu tak berapa nak cerdik, digelak-gelakkan kita pulak. Kita tak tahu sebab tu kita tanya. Bukan main suruh tanya soalan kalau kita tak faham.

Tapi bila kita jujur tanya, direndah rendahkan kita pulak. Konon suruh tanya, no stupid question la, tapi bila kita tanya responnya macam la kita ni manusia paling bodoh dalam dunia ni. Benda macam tu pon tak tahu.

Tu tak masuk lagi penceramah yang suka fokus pada sesetengah orang saja. Mentang-mentang orang tu ‘outspoken’, tiap kali kau tanya soalan kau pandang dia saja.

As if orang-orang lain ni memang tak tau pape la kiranya. Walhal kalau diberi peluang, ada saja yang akan bagi pandangan.

Tapi penceramah yang fokus pada seorang saja audiens ni memang tak nampak orang lain dah. Dihulurnya mic pada orang yang sama sampai orang lain yang nak bagi pandangan pon terbantut rasa tak dialu-alukan.

Apa salahnya tanya secara umum dulu. Kalau tak ada yang volunteer bolehlah sebut nama ke last skali kalau krik-krik jugak hah hulur lah kepada yang ‘outspoken’ tu.

Tapi aku rasa benda ni memang life problem la. Bukan kat tempat kerja saja. Manusia memang akan tertarik pada orang yang ‘terpaling’ bagi aku. Paling cantik, paling pandai, paling aktif. Mana ada orang pandang manusia yang biasa-biasa saja.

Dulu-dulu kat sekolah pon aku dah pernah ada pengalaman jadi orang tengah antara peminat-peminat dan kawan-kawan lawa aku.

Disebabkan diorang lawa so kena la malu-malu. So aku la tukang sampaikan salam la surat la daripada peminat depa ni kepada empunya badan.

Boleh dikatakan lelaki-lelaki ni baik dengan aku pon sebab nak rapat dengan kawan-kawan aku saja. Hmm yela tu jela taraf kita-kita yang sederhana comel ni.

Ingatkan sampai sekolah saja rupanya membawa sampai ke universiti. Yela sebab sampai kesudah tak terpaling comel kan.

Tapi apa nak heran dalam tv pon watak hero heroin mesti nak gah. Kalau drama akasia mesti anak datuk anak ceo mana ada anak kerani jadi hero.

Korean drama pon sama kalau bukan kaya pon mesti hero heroin doktor genius la, excellent student la.

Tak ada orang pon nak buat cerita pasal orang yang lead mediocre (sederhana) life. Kerja kerani clock in clock out sebab memang life kitorang ni tak menarik pon.

Tu jela luahan aku. Esok dah habis kursus dah. Semoga kita tak jumpa dah la lepas ni ye. Korang semua yang tgh leading kehidupan yang sederhana, tak ada yang nak dibanggakan, ketahuilah you are not alone.

– Orang Normal (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *