Doula Bukan Bidan

Assalamualaikum. Terima kasih sekiranya confession ni disiarkan. Tengok tajuk mesti dah tahu kan aku nak cerita tentang apa. Huhu.

Begini ceritanya. Kawasan perumahan aku ni ada sebuah keluarga, pekerjaan suami tu guru hafazan di sebuah tahfiz area pantai timur. Isteri pun sama. Guru hafazan jugak rasanya kalau tak silap.

Mereka suka promote orang lain untuk beranak secara alami/ gentle birth. Aku mula2 tak faham jugak maksud dia beranak secara alami tu macam mana.

Bila wife dia cerita yang dia tak pernah beranak di hospital, aku jadi pelik. Dia asyik kutuk servis hospital. Katanya layanan gov hospital tu teruk.

Aku tak faham teruk macam mana sebab aku nampak macam terpesong je. Dia cakap dia belajar bersalin dengan doula.

Sebelum ni, aku pernah tengok segmen Analisis di TV Al Hijrah. Masa tu Dr I sedang berdebat dengan seorang doula (lupa nama).

Aku nampak doula tu memang tergagap-gagap time Dr I tanya tentang persatuan doula di Malaysia ni.

Sepanjang rancangan tu, aku dapat simpulkan bahawa doula tu tak faham apa tugas dia sebagai doula sebenarnya.

Bagi aku la kan, aku lagi percayakan doktor sebab doktor bukan belajar melalui YouTube terus jadi doktor. Makan tahun kot belajar nak dapat title doktor tu.

Berbalik pada jiran kawasan perumahan aku ni, aku pernah ajukan soalan pada dia, “eh, doula ni bukan peneman orang bersalin ke?”.

Dia jawab doula tu coach yang mengajar ibu dari awal mengandung hingga menyusukan anak.

Dia siap cerita yang adik dia baru je bersalin secara water birth tiga hari lepas. Lagi la aku pelik. Sebab water birth dah tak ada di Malaysia kalau tak silap.

Rupa-rupanya beranak secara water birth tu ditemani oleh doula. Allahu. Meremang dengar.

Aku tak faham kenapa zaman teknologi canggih macam ni masih ada yang taknak beranak dengan orang yang lebih pakar (doktor). Satu lagi, vaksin pun dia tolak.

Dia cakap lebih suka makan makanan sunnah. Ye aku tahu makanan sunnah tu bagus. Tapi, jangan la hasut orang lain untuk tolak vaksin.

Bila orang tegur vaksin tu takde masalah, tak dapat terima pulak hakikat. Hairan aku.

Aku siap pesan dekat kawan2 aku, jangan terpengaruh bila jiran kawasan perumahan aku tu promote kelahiran secara alami tu atau ajak orang tolak vaksin.

Baik dengar nasihat dari orang yang ahli dalam bidangnya. Aku selalu follow doktor2 macam Dr Sakinah, Dr Imelda, Dr Rusyainie sebab aku tahu diorang memang ahli dalam bidangnya.

Kat sini, nasihat aku, dengarlah nasihat orang yang ahli. Abaikan dakyah2 negatif dari golongan yang bukan ahli. Akhir sekali, thanks admin sekiranya confession ini disiarkan.

– Flora (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *