Assalamu’alaikumwarahmatullah. Korang boleh panggil aku Peah. Umur aku baru nak masuk 23 tahun ni. Maaf jika korang tak faham apa yang aku tulis. Cikgu SPM aku pun dulu pernah cakap karangan aku macam budak tingkatan 3. Terima kasih admin iiumc jika ‘publish’ cerita ini.
Pernah tak korang rasa ‘down’? Macam takda member, rasa macam semua orang dah lupakan korang, pastu korang kesunyian? Itulah yang aku rasa sekarang ni. Depan mak ayah memang aku tunjuk bahagia apa semua tapi aku rasa kosong sebenarnya dalam diri.
Aku rasa takda kawan. Aku rasa akulah manusia yang semua orang benci. Aku rasa aku ni tak sempurna. Aku suka bandingkan diri dengan orang lain. Bila orang bahagia, keluar dengan kengkawan semua.. aku macam ni lah.. Duduk kat rumah.. Terperuk jaa dalam rumah.. Depa siap tag kawan memasing.. Aku nak tag kawan pun, aku fikir “aku ni kawan depa ka kalau aku tag depa?”
“Satgi macam aku lak yang terhegeh-hegeh nak kawan depa tapi depa anggap aku ni macam kawan biasa ja”..
Aku selalu rasa aku ni tak pandai macam orang lain.. Tak peramah macam orang lain..
Kadang-kadang aku rasa yang aku ni hipokrit sia.. Depan orang tunjuk happy semua.. tapi belakang aku sedih sorang-sorang..
Dulu aku rasa nak ada pakwe.. Sebab tengok kawan aku macam best ja depa ada pakwe.. Tapi aku tau, haramkan kapel ni? Semester 1 pun aku tangguh beb. Aku sakit. Rasukan setan pastu ada gak pi hospital swasta. Depa bagi ubat tidur. Dengan tak kenal siapa kawan kat universiti apa semua.. Takut gak takda kawan kat sana.. Takut dipulaukan. Aku bukan anak orang kaya. Keluarga aku biasa-biasa ja.
Aku pernah dikecewakan tiga kali oleh lelaki. Lelaki pertama, masa SPM. Aku tau dia dah ada makwe, sia..Sakit hati~ Sakit sekali~
Yang ni aku tak pernah pun bagitau aku ni suka dia. Lani dia benci aku sebab aku buat sesuatu yang dia tak suka. (Aku buat pun bersebab. Aku nak dia kahwin dan bahagia dengan makwe dia.) Sebelum dia ada makwe, bila aku suka dia, dia tak suka kat aku. Bila aku dah tak suka kat dia, dia bagitau ‘I love you’ kat aku. Aku tanya la napa dia suka kat aku? Dia kata sebab aku lawa. Akupun rijek dia. Lelaki kedua, dia ni muda setahun dari aku. Tepat-tepat setahun sebab harijadi aku dengan dia sama. Aku bagitau yang aku suka kat dia. Dia kata”ada orang yang lebih baik untuk aku”. Hahaha! Ayat nak rijek biasa lah. Dia jenis yang peramah. Sebab tu aku suka dia. Lagipun dia jenis jujur. Tapi dah orang tak suka.. Takkan nak terhegeh-hegeh lagi kut.. Aku pun teruskan lah kehidupan ini. Lelaki yang ketiga memang #^*(($. Dia siap kata aku comel macam anak patung la.. Pastu tanya hantaran berapa.. Umah kat mana semua.. Akupun ingatlah yang dia ni serius dengan aku. Aku ni bila tau orang sukakan aku, mulalah syok tak ingat.
Tup-tup dia berhenti dari wasep aku. Tup-tup pulak dia bagitau dia dah ada makwe.
Aku pernah jadi ketua dalam kumpulan yang kebanyakannya lelaki(Dalam persatuan/kelab). Sebab tu la aku jenis yang melayan. (Kalau perempuan solehah, manalah dia nak layan budak lelaki kan. *Heart hurts*..Sebenarnya aku harap dapat jadi perempuan yang solehah.. Dalam proses ‘upgrade’ in syaa Allah).. Pastu aku macam ‘Whattt??’Serius lah kan.. Aku ingat dia betul-betul suka kat aku rupa-rupanya dia cuma anggap aku ini tempat RNR bagi dia. Dia bagitau yang dia pernah ada makwe. Jadi, akupun anggap macam geng lah kan sebab akupun ditinggalkan jugak oleh orang yang aku sayang walaupun aku cuma bertepuk sebelah tangan. Akhirnya, aku ditinggalkan jugak oleh si dia.
Sedih tu memang sedih lah kan sebab brutal-brutal akupun, aku ada perasaan kut. Jangan laa memain camni.. Tak elok tau mainkan perasaan orang?
:-(
Sebelum ni aku pernah kena ‘kick’ dari ‘group whatsapp’ sebab aku tegur depa jangan mengata pasal bos depa. Sedih tu sedih gak la kan sebab aku ingat nak buat benda baik. Tup-tup kena gitu. Takpa lah. Asalkan hampa bahagia~ Ada ahli dari group tu kata aku ni gila. Hanya sebab aku suka gelak. Aku gelak bukannya sebab apa, aku taktau nak kata apa. Jadi, gelaklah respon aku. Lagipun aku gelak bukannya sampai satu bangunan dengar, gelak pelan/perlahan gitu jaa. Aku mesti akan gelak kalau cerita tu lawak. Kalau cerita tu sedih, takkan aku nak gelak lak? Agak-agak laa. Aku bukannya jenis yang terer bab menyembang. Sebab itulah aku gelak jaa bila orang ajak menyembang. Cuma ada gak laa aku respon sikit-sikit. Aku pernah laa senyum masa bos aku marah aku tapi bos aku tak bagi aku senyum masa dia marah aku.
Entahlah. Aku pun tak tahu lah kenapa dengan bos aku tu. Aku buat camtu sebab aku ingat pesan ayah aku suruh senyum depan bos. Mana nak tau kut-kut bos sejuk kan tengok muka aku yang comel ni. (Orang yang kata aku lawa dan comel. Aku sampaikan ja)
Baru-baru ni aku asyik dengar suara ‘Allah ada di mana?’. Aku tau itu setan. Setan memang kerjanya nak menyesatkan umat Islam. Aku tanya mak ayah aku, kenapa aku selalu dengar suara tu? Mak ayah aku kata semua orang pun ada bisikan dari setan. Cuma kita perlu kuat untuk lawan bisikan itu. Allah itu tidak bertempat. Aku tahu dan aku yakin Allah itu tuhanku. Sedangkan rasa pun rupanya bagaimana pun aku tak tahu inikan Dzat Allah.
Aku rasa macam nak ‘down’ atau putus asa sebab asyik dengar suara itu. Tapi aku kena lawan. Aku tak boleh kalah dengan setan. Aku taknak masuk neraka dengan dia. Setiap kali aku nak buat baik, mesti ada suara yang nak mempertikaikan Allah. ‘Allah itu ada ka?’, ‘ Allah ada di mana?’, ‘ Allah itu rupanya bagaimana?’.. Pastu ada suara kata lagi ‘ Hang pun sama kafir dengan aku jugak’. Cara aku lawan, aku baca Au’zubillahi minassyaithonirrojim dan astaghfirullahal a’zim. Mak dengan ayah aku suruh baca banyak-banyak. Mungkin ini petanda dari Allah untuk aku dekatkan diri aku denganNya.
Lepas aku baca kalimah itu, Alhamdulillah untuk masa itu aku tak dengar dah. Aku rasa lega. Dia mai lagi, aku akan lawan lagi in syaa Allah. Doakan aku sahabat.
Aku cuma harap in syaa Allah satu hari nanti aku akan berjaya dan buktikan yang aku mampu menjadi perempuan solehah. Aku harap juga aku dapat berjumpa jodoh yang terbaik buat diriku walaupun aku serba kekurangan. Aku berharap juga aku akan dapat membalas jasa mak dan ayah aku. Aku berharap juga aku berjaya dunia akhirat. In syaa Allah. Doakan aku sahabat.
Adioss. Maaf jika bosan.
Yang benar,
Cik Peah.
– Cik Peah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit