Assalamualaikum IIUM Confession!
Actually aku adalah orang yang terlambat tengok drama Dr cha. Tu pun sebab teracun dengan orang2 yang cakap cerita tu seronok di layan.
Aku ni lemah sikit nak layan drama. Panjang sangat payah nak lekat. Dalam 10 tahun tu ada la 2, 3 drama je aku layan.
Hasilnya memang betul2 sangat berbaloi.
Kisah Dr Cha betul2 mengangkat kisah realiti.
Aku tertarik nak ulas pasal isu dia dah lama tak berasmaradana dengan suami hampir 10 tahun!
Aku jadi teringat la masa dulu2 sembang2 dengan kawan perempuan sahaja pasal dalam kain ni. Kami sesama perempuan memang terbuka. Tapi dengan laki jangan harap aku nak cerita pasal dalam kain.
Bila dok usik2 member2 perempuan aku, yang kawan aku ni baru umur 29 tahun masa tu. Dia cakap ingatkan sebelum kawen seronok hubungan kelamin ni.
Bila orang cakap ajak nak main macam tak sabar nak kahwin. Bila dah kahwin ni laki ajak kira terpaksa je. Kadang masa main tu nak cepat2 kan sebab menyampah! Dah la penat urus rumah kena layan dia lagi.
Loh!
Lepas tu kawan aku yang sorang lagi. Dia dah senior umur hampir 40. Dia pun setuju. Dia cakap lepas je dia bersalin operate anak yang last tu dia buat perjanjian dah tak payah nak main2 ni.
Dia trauma sebab kena bedah. Lagipun diorang dah tutup kilang. So jangan mintak dari dia.
Dia cakap laki dia setuju. Masa tu anak terakhir dia dah umur 5 tahun. Kau bayangkan diorang tak bersama hampir 5 tahun!
Aku pulak terkebil-kebil kehairanan. Lantas mulut puaka ku terus terkeluar, kalau taknak main buat ape kahwin?
Guys, benda bermain di atas katil ni adalah benda yang penting dalam perkahwinan. Tak kiralah apa alasan kau. Kau mesti dapatkan at least sekali seminggu. Tak kiralah pagi petang siang malam!
Kalau kata laki korang atau pun bini korang tiba-tiba tak bernafsu terhadap korang, please jangan pandang benda ni enteng. Jangan dibiar berlarutan sampai jadi bertahun-tahun malah berpuluh tahun.
Please duduk bincang dan siasat punca. Kau rasa lelaki tiba2 tak bernafsu tu normal ke? Perempuan even menopause pun masih bernafsu.
Bernafsu ni bukan semestinya kau main pedang masuk pasu bukan! Bukan kepada berapa lama ketahanan permainan kau. Bukan! Tapi sentuhan antara dia.
Kau bergurau atas katil pun dah cukup menaikkan syawat masing2. Kalau dah lama tak jumpa kau rindu. Rindu kat laki or bini kau.
Masing-masing kena sama-sama puas. Kalau salah sorang tak puas kena bagitau pasangan! Kena mintak! Kena usaha!
Bila kau dah berkahwin, lepas beranak banyak benda yang akan terhalang untuk kau bersama. Tapi bila kau teringat kau jadi tak sabar nak jumpa. Timbul cinta timbul sayang.
Sebenarnya kalau kau betul2 puas, kau penat macamana pun kau akan seronok nak bersama. Itulah yang menghilangkan keletihan dan kestresan kau!
Macam aku cakap tak semestinya kena lama bermain tapi asalkan dia kucup kau, kau hilang penat tu pun sesuatu yang kau patut usaha kena ada.
Dalam perkahwinan apa lagi yang mengikat kau selain tu?
Sebab tu aku cakap bila dah makin berusia jangan diatas katil itu semakin hambar. Sepatutnya semakin asyik dan tenang.
Waktu dulu mungkin kita muda gelojoh kira dok nak fikir berapa lama tahan, berapa banyak kali sehari tapi bila dah makin tua kena sama2 makin sensasi.
Perempuan dia lambat nak panas enjin. So kau perempuan kena la main peranan jangan bagi cepat habiskan game.
Ni dah kira paling halus dah aku bercerita. Bukan nak ajak korang fikir benda kotor tidak!
Tapi hanya create awareness. Jangan tak tau, pernah lalu kat wall tt aku ada orang tanya pasal kekerapan bersama pasangan dia atas katil.
Ramai gila perempuan mengaku yang dah lama tak bersama. Lagi2 yang dah berumur anak dah besar.
Berumur tu macam 35 keatas la. Anak tu baru umur 8-9 tahun dah merasa diri tu tua.
Apo!
Korang rasa normal? Aku tak rasa normal.
Pada aku tak kiralah kau umur berapa pun. Makin kau tua makin kau kena merasa sensasi rumahtangga itu.
Aku rasa korang sendiri pun dah boleh tau kesan dia.
Takkan dah terlambat baru tau baru nak buat cara macam2 nak tarik hati pasangan semata-mata nak selamatkan rumahtangga korang yang dah hambar tu?
Aku harap korang dapat sesuatu!
Sekian terima kasih!
– Timah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit