Dr. Cha in Reality II

Untuk part I, (https://iiumc.com/dr-cha-in-reality/).

Assalamualaikum semua. Aku ingatkan aku buat 1 artikel cukup untuk memahamkan semua orang apa yang aku nak sampaikan. Rupanya ramai salah faham.

Aku cerita tu padat dan ringkas. Niat aku 1 je. Supaya kau yang dah berkahwin tidak memandang enteng hubungan jimak suami isteri itu.

1. Aku nak pesan kat admin tengok la cerita Dr Cha tu. Best! Enjoy! Bagi motivasi kat isteri2 luar sana yang terinaya oleh suami yang 20 tahun makan luar.

Betapa dia berusaha buat macam-macam dalam rumahtangga supaya suami, anak dan mak mertua bahagia tapi dia lupa nak bahagiakan diri sendiri.

Macamana dia bangkit sampai aku rasa termotivasi sangat cara dia berusaha nak dapat balik impian dia menjadi doktor. Kalau nak cerita panjang tak sampai pulak point aku ni.

2. Ada orang kata haram cerita hubungan laki bini mahupun dekat sesama perempuan. Jangan risau kak! Saya kalau sembang tak detail pun apa yang laki bini saya buat dalam kelambu.

Kadang-kadang kita bekerja ni stress. Ada kawan-kawan yang emo marah2 kiteorang bekerja sejenis sound tepek.

Saja usik ‘woi! Semalam tak dapat ka?’ (ni antara kawan2 wanita2 yang dah kenal bertahun2 yang kepala otak dia sama) kawan yang sesama jenis mulut lepas ni lagi baik dari depan baik belakang mengata.

Dah ramai manusia aku jumpa macam tu. Yang tak sama kepala otak jangan harap kiteorang nak cakap camtu. (Kawan-kawan ni kalau lurus sangat pun bosan jugak)

Sebenarnya usik mengusik ni la buat orang jadi hidup bersemangat. Kawan-kawan saya tu tidaklah saya dedahkan siapa.

Malah dengan nasihat saya diorang kembali normal. Teringin nak bersama suami dan kehidupan jadi normal dan lebih bahagia. Sebab benda betul kita kena cakap.

Saya pun tak suka kawan2 saya dah berkahwin tapi konsep perkahwinan hanya untuk mendapatkan zuriat dan memenuhi tanggungjawab semata-mata. Makin hari keseronokan makin hilang.

No! No! Ada beza kita cerita aib dengan kita sebarkan ilmu.

3. Yang mengecam saya cerita sisi yang sikit dalam cerita Dr Cha tu mungkin tak kawen lagi kot! Dah ramai orang komen pasal inspirasi dari dr cha tu.

Semua orang pun tau! Semua pun terharu dan termotivasi dengan Dr Cha punya perjalanan cerita. Tapi bertitik tolak dari kes yang nampak kecik nilah menjadi hal yang besar.

4. Aku tak salahkan Dr Cha dan mana2 perempuan pun bilamana si suami curang dan pilih makan luar.

Sebaliknya si suami lah yang kena main peranan sebab dosa tu kau kena tanggung sampai akhirat untuk orang islam. Nabi kita ajar kalau kau teringin tengok perempuan2 kat luar sana, balik jumpa bini!

Dengan cara tu terlerailah niat kau nak buat dosa! Bukan bila bini layan acuh tak acuh kau guna alasan untuk makan luar. Tak kisah sejarah hidup kau macamana pun! Dosa tetap dosa!

5. Aku nak bagitau benda ni penting sebab apa,sebagai seorang isteri bukan tugas kau memasak pun! Mengemas pun bukan. Melahirkan anak tu pun sebab kau yang mengandung.

In fact kau boleh mintak upah kalau laki kau suruh buat kerja rumah.

Tugas kau isteri memberikan khidmat bilamana laki kau diatas katil bila2 masa sahaja! Tapi zaman sekarang tugas wanita amatlah penat.

Penat uruskan rumahtangga. Penat lahirkan anak. Disinilah peranan seorang lelaki.

Kau tau kau tak boleh tahan kalau nafsu kau tak dilampiaskan betul! Kau tahu kalau kau mintak dengan isteri kau kena marah sebab bini kau emosi dan penat! Lepas tu kau malas nak balah dengan bini tapi kau pendam!

6. Disinilah peranan kau sepatutnya! Bila bini marah-marah,bini mengadu penat, cuba tanya elok2,

‘Penat ke? Rehat dulu lah. Tidur jelah 1 hari ni. Anak-anak jangan kacau awak 1 hari ni. Nak abang picit kaki? Nanti abang tolong kemas rumah. Makan beli je kat luar. Anak-anak biar abang uruskan’ nah!

Cuba kau buat dulu benda basic ni tengok bini kau layan kau ke tak? Bini cukup rehat, cukup masa dia mandi sorang2 silap2 first class kau dapat!

Kalau kau dah buat peranan sepatutnya. Dia tak layan jugak mungkin ada masalah kesihatan yang berpunca dari selepas melahirkan.

Jangan pandang enteng dengan masalah kesihatan yang 1 ni. Manusia normal yang berkahwin perlukan keperluan biologi yang 1 ini. Jangan duduk diam je. Cari punca! Pergi berubat!

7. Aku tengok laki ni berani dalam sosmed je. Kemain dok mengutuk pompuan yang berani mintak cerai dari suami dengan bertunggangkan hukum agama. Dah bagi ke basic keperluan si isteri? Dah tolong ke apa yang patut dalam rumahtangga?

Isteri-isteri ni bukan nak pun suami dia si Hafid si influencer dok suprisedkan bini dengan benda mewah tu. Cukuplah kau tolong dia benda apa yang patut dalam kehidupan rumahtangga. Jangan la biar dia buat sorang-sorang.

Macamana dia nak perform layan kau atas katil kalau semua benda dia kena buat sorang. Buat yang simple dulu baru kau boleh sembang benda lain.

8. Akhir kata, sayangilah perkahwinan korang. Perkahwinan ni 1 perjuangan sebenarnya. Jangan pandang enteng dengan benda yang nampak remeh tapi besar.

Kalau agama dah menekankan benda jimak tu wajib mesti la ada sebab. Sebab tu keperluan biologi kita sebagai manusia normal.

Bukan kata nak bincang benda kotor. Tak! Memang betul ujian masing-masing. Tapi apakah kita dapat apa yang sepatutnya hal kita dalam perkahwinan? Kalau kita dapat alhamdulillah. Kalau tak dapat mesti kena usaha. Betul!

Sebagai suami atau isteri kau tak patut cerita hal dalam kain kau kat orang luar.

Tapi bilamana dah ramai sangat yang cerita hal dalam kain seolah ni benda normal ,lah aku tau ramai rupanya bermasalah yang sama. Jangan tak tau punca penceraian pun bertitik tolak dari hal ni.

9. Akhir kata, jangan bagi aku tambah episod ke 3 pulak. Aku cuma nak bagi solusi keatas permasalahan masyarakat. Nak buka minda semua orang.

Jangan la jumud sangat pemikiran tu bila kita cerita hal dalam kain kau cakap benda tu malu.

Kau dapat pahala besar kot layan pasangan. Yang pi makan luar dah kenapa? Tu pun menzalimi pasangan tau!

Oh lupa! Untuk wanita,yang suaminya menolak keinginan untuk bersama walau diminta, kau kena siasat habis-habisan. Mesti ada sebab musabab.

Jangan menunda keinginan kau sampai bazir masa bertahun-tahun. U got what u mean?

Sekian terima kasih!

– Timah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *