Assalamualaikum,
Saya ingin share mengenai kisah seseorang yang benar-benar berlaku beberapa tahun lepas. Kisahnya mengenai pelajar A yang telah dikhianati oleh kawannya iaitu pelajar B.
Pelajar A dan B mengambil jurusan yang sama di sebuah IPTA di Shah Alam. Mereka di bawah supervisor (SV) yang sama. Pelajar A register awal 1 sem. Tajuk kajian berbeza, raw material berbeza tetapi ada beberapa methods yg sama digunakan untuk beberapa chapter. Pelajar A telah berjaya menyiapkan thesis PhD dan viva awal. Suatu Hari, pelajar A telah merujuk kepada pelajar B (selepas pelajar B hantar thesis) untuk bertanyakan mengenai format thesis. Pelajar B telah menunjukkan thesisnya kepada pelajar A. Alangkah terkejutnya pelajar A apabila mendapati bahawa pelajar B sebenarnya meniru kebanyakan content thesisnya. Ada diantara perenggan dalam thesis pelajar B sama dgn pelajar A. Recommendation di chapter belakang pun turut ditiru bulat-bulat. Pelajar A tidak pernah memberikan soft copy thesisnya kepada orang lain melainkan kepada SV Dan tidak pernah ditunjukkan kepada pelajar B.
Lalu pelajar A membuat aduan kepada SVnya. Bagaimanapun, SV mengabaikan aduan tersebut, mungkin kerana terlalu percayakan pelajar B yang kelihatan ‘baik’. Selepas beberapa kali pelajar A mendesak, SV pun menyemak thesis kedua-dua pelajar di hadapan pelajar A. Ternyata pelajar B telah melakukan kesalahan besar. Bagaimanapun,tanpa disangka-sangka SV tersebut tidak mengambil tindakan terhadap pelajar B. Malah SV tersebut menyuruh pelajar A memaafkan sahaja pelajar B, walaupun pelajar B telah mengaku melakukan kesalahan tersebut.
Walaupun SV tidak menyuruh pelajar A menukar isi ayat yang telah ditiru, namun pelajar A telah mengambil inisiatif sendiri untuk menukar setiap isi kandungan yang sama kerana khuatir tersangkut apabila menggunakan software turn-in-it. Pelajar A pada mulanya ingin ambil tindakan undang-undang, tetapi atas nasihat ibu dan bapanya, dia akur. Dalam keadaan tertekan Dan kemurungan, pelajar A cuba menghabiskan PhDnya Dan alhamdulillah berjaya convo.
Kini, pelajar B menjadi lecturer di universiti itu. Pelajar A pula memilih untuk bekerja sendiri. Perkara yang berlaku in bukan sahaja memberi impak yang besar kepada pelajar A, malah keluarganya. Ada diantara adik beradik A yang pada mulanya ingin sambung belajar, melupakan hasrat berkenaan kerana sudah tidak percayakan status Dr.Phd. Kerana baginya, kemuliaan pangkat Dr.Phd telah tercemar dan bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan lagi. Semuanya gara-gara sikap pelajar B Dan SV tadi.
Mungkin Dr.copy paste (pelajar B) tersebut terlepas daripada hukuman yang sepatutnya. Tapi Saya percaya, kifarah pasti ada. Cuma cepat atau lambat sahaja. Persoalannya, halalkah gaji Dr.copy paste itu? Berkatkah hidup Dr.copy paste dan SV yang melindungi jenayahnya itu? Hanya Allah sahaja yang tahu.
Walaupun pelajar A bekerja di luar bidang, sekurang-kurangnya dia berjaya menggembirakan ibu bapa dan neneknya yang menyanjungi dan memandang mulia gelaran Dr.Phdnya.
#salahtetapsalah
#
– Bekas Pelajar
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit