Drama Dunia

Ada benda yang aku rasa makin lama makin berat nak tengok bukan sebab aku rasa aku lebih baik, tapi sebab perangai-perangai ni buat hati jadi penat.

1. Orang jenis serba tahu tapi tak buat.

Setiap kali ada topik, dia yang paling laju angkat tangan nak komen. Semua benda dia tahu. Semua benda dia pernah dengar, pernah baca, pernah nampak.

Tapi bila sampai bab suruh dia buat, dia senyap. Bila ajak sama-sama turun tangan, dia ghaib. Bila ditanya, “Eh, kenapa kau tak buat macam kau cakap semalam?”

Jawapan dia panjang berjela, tapi hasilnya kosong. Ilmu tanpa amal, mulut tanpa bukti itu penat.

2. Mak bapak yang tak ajar anak beradab bila masuk rumah orang.

Anak-anak berlari, terjah sana-sini, buka pintu bilik orang, campak mainan, tumpahkan air mak ayah duduk tengok macam tengok drama pukul tujuh.

Tak tegur, tak minta maaf, tak tarik anak ke belakang.

Beradab tu bukan pilihan, itu benda wajib.

Kalau kita tak ajar, jangan pelik nanti orang mula elak terima kita masuk rumah.

3. Orang suka ajar orang tapi diri sendiri tunggang-langgang.

Jenis ni suka tunjuk jalan. “Eh, kau kena buat macam ni.” “Eh, kau salah tu.”

Tapi bila tengok hidup dia sendiri caca marba. Kata-kata dia manis, tapi cara hidup dia pahit.

Aku selalu terfikir, kenapa tak mula dengan cermin?

Kenapa tak ajar diri sendiri dulu sebelum ajar orang lain?

4. Perempuan yang dapat laki hauk tapi bila orang nasihat, dia cuma luah perasaan, tak buat apa-apa.

Aku simpati, betul. Hidup dengan pasangan yang buat hati luka tu bukan senang.

Tapi kalau setiap kali orang bagi nasihat, kau cuma nangis, luah balik benda sama, tapi langkah ke depan satu pun kau tak ambil sampai bila?

Orang boleh bagi telinga dan bahu, tapi tak ada siapa boleh ubah hidup kau kecuali kau sendiri.

5. Jenis manusia yang menumpang waktu susah tapi bila senang, dia yang paling dulu buat zalim.

Masa hidup kau tunggang-terbalik, orang hulur tangan. Bila kau tak ada tempat tidur, orang bukakan pintu rumah. Bila perut kau lapar, orang masakkan nasi. Bila kau jatuh, orang juga yang papah kau bangun.

Tapi bila hidup kau mula senang kau lupa semua tu. Bukan setakat lupa, kau mula angkuh, mula pijak orang yang pernah tolong.

Kau buat keluarga yang tolong tu macam tak pernah wujud, malah kadang-kadang kau zalim mereka mengata belakang, menipu, ambil hak mereka, buat mereka rasa bodoh sebab pernah ikhlas dengan kau.

Manusia jenis ni lupa satu benda: Rezeki boleh jadi berkat, tapi rezeki juga boleh jadi sumpah.

6. Jenis mak ayah yang biar anak mereka buli anak orang lain bila ditegur, jawabnya “Ala… budak-budak kecik lagi.”

Anak sendiri tumbuk, tarik rambut, tolak anak orang sampai jatuh, kata orang “bodoh”, mak ayah duduk tengok macam tengok drama Korea.

Bila kita tegur elok-elok, dia boleh selamba jawab, “Ala… budak-budak… biasalah tu.”

Biasalah?

Bila anak kau buat salah, kau diam kau sebenarnya ajar anak tu satu benda:

“Kau boleh sakiti orang, mama papa akan cover.”

Hari ini kau biar dia buli anak orang dengan alasan “budak kecik lagi”.

Esok besar sikit dia sepak anjing jiran, kau kata “Ala nakal sikit je.”

Besok lusa dia sepak mak ayah sendiri pun mungkin kau kata “Ala… biasalah remaja.”

7. Jenis cari kawan untuk minta tolong je.Mula-mula datang dengan ayat manis “Boleh tak tolong sikit?”

Kita hulur tangan.

Lepas tu dia diam.

Beberapa bulan, WhatsApp masuk lagi kali ni minta duit.

Kita hulur lagi.

Lepas tu dia senyap.

Bila mesej, bukan tanya khabar, bukan peduli kita sakit ke sihat tapi ayat sama, minta lagi. Lama-lama, ulang balik sampai kita rasa macam tabung bergerak.

Kawan jenis apa tu? Dia je ke ada masalah duit? Kita ni kaya sentiasa?

Bila kita tak bagi, kita rasa serba salah. Bila kita bagi, kita rasa diperguna.

Kadang-kadang aku fikir, dunia ni bukan tentang siapa paling banyak cakap, paling pandai bagi pandangan, paling pandai ajar orang.

Dunia ni tentang siapa yang sanggup buat diam-diam, siapa yang sanggup mula dengan diri sendiri, dan siapa yang berani bertindak walau pedih.

Sebab cakap semua orang boleh.

Buat itu yang beza.

– Cik Puan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *