Hai. Nama aku Sarah (memang nama sebenar). Aku peminat novel dan aku suka baca novel. Xkisahlah novel malay or english asal best aku baca.
Apa yg aku nak luah kat sini adalah drama/filem adaptasi novel sampah yg dimainkan kat kaca tv sekarang. Bukan main berlambak lagi mcm cendawan tumbuh selepas hujan. Lepas abis satu siri dtg pulak siri yg lain.
Opsttt! Mohon penulis novel, penulis skrip, pengarah or seangkatan dengannya relek dulu. Jangan singsing lengan baju, duk sat telan ais batu. Biar sejuk isi perut hampa sebelum baca. Hehehe.
Aku duk perati je beberapa tahun ni kerap sangat tv station kita buat drama/filem adaptasi dari novel. Bukan semua, tapi kebanyakkan drama langsung xde nilai moral dan pengajaran yg baik utk dijadikan contoh.
Kahwin paksa. Derhaka pada suamilah. Lepas tu kisah percintaan budak2 hingusan yg baru nak up. Paling xboleh blah cerita novel budak2 tak matang pun ada jugak yg nak buat adaptasi. Apa kes ni?
Macam yg aku cakap tadi. Aku mmg suka baca novel, tapi utk semuanya diadaptasikan menjadi drama/filem aku xsetuju! Sebab bukan semua novel tu ada nilai dan pengajaran yg berfaedah.
Come on, kalau betul dah xde idea dan perlu jugak adaptasi novel, carilah novel yg betul2 berkesan jalan ceritanya. Ada pengajaran. X klise dan mampu bagi inspirasi pada anak2 muda. Jangan asyik nak bercinta saja dan harapkan pasangan hidup yg kaya raya bagai.
Aduhai, keciwa betul aku bila bukak tv. Asyik2 drama cintan cintun yg entah apa2… Sampai bila industri hiburan kita nak bergantung harap pada novell adaptasi?
Apa xde ‘seseorang’ ke yg boleh buat drama or filem yg mampu bagi inspirasi pada semua org?
Cuba tengok drama or filem dari luar negara… Ada jugak yg adaptasi dari novel. Tapi xlah sesampah banyak sangat!
Contoh. Aku suka cerita My sister keeper. Sangat best dan penuh inspirasi… Hei, cerita kartun macam Kungfu panda tu pun ada pengajaranlah… Xkan kita asyik nak fokus pada filem adaptasi novel yg gemar berpeluk2kan dan cerita perihal rumahtangga je…
Kang ade yang kondem aku! Hei, memanglah kita xboleh nak bandingkan industri hiburan tanahair dgn luar negara tu. Depa lebih maju dari sudut kepakaran dan lain2.
Ringkasnya, satu je aku nak tanya. Tak malu ke buat drama or filem yg berlandaskan novel cinta semata2? (Xde pengajaran langsung)
Maaf pada yg panas. Jangan mengeji atau mencemuh. Aku hanya luahkan apa yg aku rasa. Semua org ada pendapat yg berbeza. Aku xcakap semua drama/filem adaptasi tu SAMPAH, tapi, kebanyakannya memang begitulah.
Kesimpulannya, perjalanan hidup itu banyak ceritanya. Macam2 boleh diceritakan, takkan asyik nak ‘bercinta’ saja?
– Sarah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit