Drama Melayu

Assalamualaikum.

Hasil tulisan ni bukan ada mesej yang besar ataupun penting gila. Sekadar kongsi hasil dari perbincangan dengan kawan-kawan pasal adegan/jalan cerita tipikal drama Melayu. Jadi secara tidak langsung dan langsung, tulisan aku cakap pasal novel-novel Melayu masa kini.

*Perbincangan terhasil selepas membaca satu perkongsian di page FB Oh Media tempoh hari.

Jalan cerita tipikal drama/novel Melayu

1) 3 watak utama. 2 lelaki, 1 perempuan. Watak lelaki berebut perempuan ni. Kadang-kadang akan dimasukkan watak perempuan lagi seorang, hanya dengan tujuan untuk tambahkan drama. Tapi watak ni, nak kata utama, bukan. Nak kata watak sampingan, peranan dia dalam jalan cerita tu pun besar gak (selalunya jadi setan, hasut sana sini). Watak ni akan minat salah seorang dari watak lelaki tadi (selalunya hero cerita lah).

2) Salah seorang dari watak utama tadi – DIJAMIN – mesti anak orang kaya. Bukan anak tauke kedai runcit. Syarikat harga juta-juta. Bapa pangkat Dato’. Watak yang seorang lagi tadi (jantina berbeza) akan mintak kerja/kerja kat bawah anak orang kaya ni.

3) Profile watak lelaki utama. Mamat ni selalunya kalau kaya, dia jadi mamat yang baik dan sweet gila, atau playboy (yang karang bertaubat sebab dah jatuh hati dgn watak perempuan utama). Kalau dia miskin, dia jadi watak yang baik ja. Layan perempuan elok-elok. Pijak semut tak mati. Kirim duit balik kampung tiap-tipa bulan. Kena buli/marah tapi dia diam ja. Watak lelaki miskin takkan jadi playboy. Kalau miskin pun, masih mau jadi playboy, haha, geleng kepala saja lah.

4) Profile watak perempuan utama.
Minah ni kalau kaya, dia kan jadi tomboy, keras kepala (tapi karang jadi wanita mithali sebab nasihat dan kasih syg yang dicurahkan oleh watak lelaki utama) atau wanita Melayu terakhir. Kalau miskin, sama mcm lelaki – BAIK gila. Good crazy.

*entah kenapa watak miskin ni jarang jadi jahat tanpa watak tu jadi penagih dadah.

5) Karena cemburu.
Ni aku panas. Contoh, hero tgh cakap dengan perempuan lain. Setakat cakap ja. Dah tu, somehow, si heroine ni ada berdiri belakang tabir dan nampak drg sembang. Ya, heroine tak tanya apa drg sembang, sapa perempuan tu( padahal anak buah). Apa dia kan buat, dia kan merajuk. Kan ambik 3-5 episod untuk masalah ni settle. Kenapa nak bersikap tenang dan tanya elok-elok kan, kalau boleh panjangkan cerita needlessly macam tu.

6) Pasangan ni memang xda masalah. Xda curang, xda orang cuba nak kacau. Tiba-tiba, accident. Hilang ingatan. Ni mcm, cheap gila nak buat cerita.

7) Watak utama berbelah bagi nak pilih pasangan (ada 2 pilihan).

8) Percintaan ditentang oleh Dato’ sebab pilihan anaknya orang miskin.

Masuk bahagian ke2
Adegan tipikal drama Melayu

1) Terlanggar bahu. Habis berterabur fail/buku/kertas. Hero tolong heroine angkat buku. Jatuh cinta.

2) Jalaluddin Hassan sebagai Dato’. Hahahaha yang ni aku serius gelak. Kawan aku yang perasan benda ni.

3) Ni bukan adegan lah.. Tapi bagi aku sangat annoying. Tajuk-tajuk drama, zzzzz… Tolonglah… Tolonglah…

Apa yang aku perasan dari semua ni, apa yang aku boleh simpulkan dari pemerhatian aku – betapa anak Melayu (terutama perempuan) sangat terpengaruh dengan wabak Korea. Aku bukan kata SEMUA perempuan, ok. Tapi kalau bandingkan lelaki dan perempuan, perempuan lagi banyak tergila-gila pasal artis-artis Korea. Tegur karang, marah, tak ngaku. Padahal cara berpakaian pun baju kurung dah berapa lama tinggal.

Sebab aku cakap pengaruh Korea atas perempuan kuat, kita tengok, sekarang nama-nama penulis novel, ramainya lelaki atau perempuan? Kalau dulu, kita ada Ahadiat Akashah, Ramlee Awang Murshid, even Aznil Hj Nawawi pun ada publish novel. Novel dia tajuk Mr X tak silap aku. (Aku memang minat baca novel DULU). Sekarang, aku dah lama tak baca novel. Bila tengok novel-novel sekarang, ramainya penulis perempuan (jujur aku xtau kalau ada penulis lelaki yang baru) dan novel-novel drg, jenis yang macam ni lah. Novel-novel cinta yang cuma indah membuai khayalan dan impian, tapi selain tu, xda yang boleh membantu perkembangan otak. Tengok tajuk pun dah rasa terencat otak aku.

Jalan cerita novel-novel ni, cuba tengok betul-betul, memang ikut acuan drama Korea. 3 watak utama, berebut cinta, seorang anak orang kaya dan seorang lagi miskin gila.

Akhir kata, sebelum korang hentam aku, diakui aku bukan pandai pun buat drama yang berkualiti. Tapi aku boleh cakap dan komen pasal hakikat kan. Sama gak mcm korg kata Fattah Amin tu kayu, mcm lah korg berlakon confirm x kayu. Diharap penulis-penulis novel atau drama boleh hasilkan karya yang tak ikut acuan sedia ada. Buat cerita pasal susahnya hidup dengan GST, atau pasal persahabatan yang realistik. Asal bukan pasal cinta. Kalau nak buat pasal cinta pun, buat cerita cinta miskin sama miskin. Sebab kalau tengok drama sekarang, aku expect untuk berlaga bahu dengan 30 anak dara cantik putih mulus yang berbintikan Tan Sri dah sepanjang aku hidup 20+ tahun ni. Bikin biul otak ja.

Sekian. Salam maal hijrah.

*ps. Kalau nak upah Jalaluddin Hassan jadi Dato’ lagi, xda masalah. Komen apa lagi adegan/jalan cerita typical drama kita di bawah.

– Yusuf Haslam

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit