Mak mentua saya ni sejak dapat tahu kos haji naik jadi RM15k untuk B40, terus kata tak ada rezeki dia nak pergi haji.
Jadi dia merengek nak pergi umrah pula, dan terus minta anak dia iaitu suami saya tanggung RM40k untuk dia dan suaminya; RM20k seorang, termasuk RM10k duit belanja.
Yang buat saya penat, anak-anak ramai, tapi dia asyik minta suami saya seorang.
Suami saya gaji cuma RM3.5k, ada empat anak nak ditanggung, dan komitmen keluarga sendiri pun dah cukup berat.
Yang buat saya lagi letih, suami saya sebelum ni dah buat loan Bank Rakyat RM150k untuk buat rumah selesa untuk mak ayah dia.
Walaupun dia niat nak bantu, akhirnya saya yang terselit sebab bila dia ada komitmen tinggi untuk keluarga dia, saya pula tersepit kena cover keluarga kami sendiri.
Mak mentua ni pula jenis yang tak pernah suka saya. Semua benda saya buat tak kena. Bila dengar dia merintih, merengek nak duit pergi umrah, saya jadi stress.
Tapi saya cuba sabar, nasihat suami, “Kalau awak nak bantu mak, ajaklah adik-beradik kongsi kos. Buat meeting keluarga, bincang sama-sama demi nak tunaikan hajat mak.”
Saya tahu, itu mak dia. Kalau saya terus terang kata tak boleh, mesti dia salah faham dan makin tak suka saya.
Saya faham tanggungjawab suami pada ibu bapa dia, tapi ada batas juga. Nak ke Mekah ni perlukan persediaan, bukan sekadar bergantung harap pada anak-anak.
Kalau betul niat mak mentua saya untuk ibadah, dah lama dia buat perancangan, menabung sikit-sikit. Tapi ini tidak.
Duit holiday, perabot mahal semua ada, tapi bila bab ibadah, asyik elak dan minta orang lain tanggung.
Penat sangat nak layan drama mak mentua macam ni. Letih emosi dan mental.
Dan ini baru satu cerita, belum masuk bab drama lain. Kadang rasa macam saya seorang je kena tahan segala tekanan ni.
– Hana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit