Drive-Thru

Assalamualaikum..1st sekali tq admin sebab siarkan artikel aku ni.. aku nak share ttg pengalaman aku dan drive thru(dt) ni.. sekarang ni berlambak fast food yg sediakan perkhidmatan drive thru kat pelanggan masing2.. memang berjuta kebaikan dan servis terbaik yang diberikan..tapi yang aku nak tulis ni tentang beberapa kejadian yang tak baik kat aku dan insan sekeliling tentang drive thru(dt).. aku bukan nak condemn fast food ni..tapi aku just nk luahkan isihati aku dan sekaligus berharap mereka dapat memperbaiki perkhidmatan mereka.

Tahun lepas dan awal tahun ni memang aku dan suami kerap ke dt ni sebab aku tengah mengandung.. aku wanita yang bekerja 7.30am-4.30pm.. dan ada anak yang sekarang berusia 1thn9bln.. kisah bermula tahun lepas bila aku tak larat nak masak untuk keluarga kecilku disebabkan keadaan aku(mengandung) dan nak menguruskan anak kecil lagi. So kiranya kami ni regular customer la.

Masa tu anak aku suka sangat makan bubur dan kurang makan nasi n etc..sebab gigi dia baru 3@4batang.. susah nak mengunyah. Dalam beberapa kali kami pergi tu dalam keadaan anak lapar, 2@3 kali juga la “BUBUR MISSING IN ACTION”..aku pun pelik.. dalam banyak2 makanan yang kami order kenapa bubur yang tiada.. dah sampai rumah baru buka bungkusan makanan tu dan kecewanya kami bila bubur tak ada..anak dah nangis2 nak makan.. terpaksa juga aku gagahkan diri masakkan makanan utk anak aku.. (mesti ada yang kecam tak baik bagi anak makan bubur fast food sbb x sihat.. bukan selalu sy bagi.. bila keadaan memaksa saja dan sy minta maaf juga atas kekurangan sy x jd seorang ibu yg terbaik)..ok berbalik kisah tadi. Dah la DT tu jauh dr rumah, xkanlah kami nak pegi tempat tu semula semata2 nak minta bubur..so kami redha ja la..

tu kes bubur tak ada.. ada pula order minuman yg x bergas..tp tetap di berii minuman bergas (pdhal dah bayar extra utk minuman xbergas).. adooii..mmg frust.. kes kawan aku order burger, sampai office tak ada burger dia..yala order banyak untuk officemate sekali, tengok dia punya tak ada..nak beli lg sekali waktu rehat dah nak habis..terpaksa isi perut makan fries jerrr..

mesti ada yang heran kenapa tak check dlu sebelum jalan.. ada masanya kami sempat cek kat situ..kadang x sempat sebab banyak kereta kat belakang..lgpun kami ke dt ni sebab nak cepat dan kejar masa.. kalau kami x rushing, tentu kami dah order terus kat kaunter terus kan..kita expect semua order dah dimasukkan dalam bungkusan sbb tu tak cek.. (pekerja patutnya yg pastikan makanan dah d masukkan sebelum diserahkan kepada pelanggan)

Kes lain pula..kami pergi ke dt dalam pukul8.30mlm (kat kampung di borneo)..sampai rumah fries tu da rasa pelik.. sejuk dan rasa pelik sgt2.. takkan la disebabkan ekon kereta menyebabkan fries tu dah kehilangan kepanasannya.. rumah dan dt tu bukan sampai 10minit pun.. bukan letak depan ekon..sebab burger elok jer..

Kejadian ni baru saja terjadi.. suami aku outstation seminggu.. aku pun ambil cuti juga sebab nak jaga anak2 aku.. tak mampu bawak dua anak sekaligus ke office sebab taska anak2 berdekatan dgn tempat kerja(rumah flat).. so kesian yg sulung ni dah bosan terperap kat rumah dan aku pun nk jalan2 tengok luar..so aku gagahkan diri dukung dua anak aku nak ke dt.. dah siap bungkus mkanan, aku pun drive balik rumah diiringi tangisan kelaparan si sulung..aku cancel rancangan nak round2 bandar sbb anak da nangis.. sampai rumah aku buka makanan.. PATAH SERIBU HATIKU tengok 2ketul ayam untuk anakku adalah AYAM REJECT kat kaunter bg pengamatan aku..sebab dua2 tu tak ada isi banyak dan tulang..patutnya ayam tu seketul untuk aku dan seketul lagi untuk anak..kenapa aku cakap ayam reject, yala kat kaunter kan kita boleh cakap tak nak kalau ayam tu nampak tak menyelerakan.. tapi aku mengalah bagi 2ketul kat anak sbb dia lapar..ibarat drive thru ni PENUH DENGAN KEJUTAN..kadang kita dapat apa yang kita nak..kadang tak dapat apa yg kita nak.. hahaha..

Aku minta maaf sangat2 kepada pekerja di dt fastfood, manager, supervisor dan pemilik fastfood tu sekali jika artikel aku ni menyinggung perasaan semua(termasuk netizen yg akan mengecam artikel ni).. aku harap perkongsian ini dapat memperbaiki kelemahan servis anda semua..aku TAK SERIK untuk kembali beli makanan kat dt sebab macam aku cakap berjuta kebaikan dan servis terbaik yang diberikan..mungkin kisah di atas ni hanya 1peratus kesilapan yang terjadi..apa2pun aku maafkan dan halalkan semua..

– DinaDani

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit