Driver Comel Yang Tegar

Terima kepada admin kerana sudi menyiarkan confession saya kali ini. Saya seorang wanita berusia 26 tahun. Masyarakat kita agak skeptikal dengan driver wanita.

Ada yang mengaitkan hormon testosterone dengan wanita yang memandu. Saya amat yakin ramai di kalangan kita yang boleh memandu sama ada untuk jarak dekat atau jauh.

Dengan ini saya mulakan kisah saya. Saya adalah pemegang lesen kenderaan kategori B2 dan D. Saya tidak pernah memegang stereng kereta selama 7 tahun 9 bulan.

Sebaik sahaja habis belajar, saya membeli sebuah motosikal daripada hasil simpanan duit sendiri demi mencari sesuap nasi.

Saya mendapat kerja yang jaraknya 17 km dari rumah sendiri. Ibu risaukan saya sebab saya perempuan dan saya hanya kata “All is well” seperti skrip movie “3 Idiots”.

Lucunya, ibu ingin membonceng saya untuk merasai sendiri laluan kerja saya sambil saya memujuk dia.

Zaman dah berubah tidak seperti dulu. Wanita mengerahkan tenaga untuk bekerja dan lagi pula saya bukan orang senang dan parents saya tiada kereta.

Setelah ulang-alik selama 1 tahun 4 bulan, saya mendapat tawaran kerja di tempat lain dengan jarak 29 km dari rumah.

Ibu terkejut kerana jarak yang jauh dan saya mampu bertahan menyewa 2 bulan sahaja kerana malamnya amat bosan. Saya gigih berulang-alik kerana gajinya lebih tinggi daripada sebelum ini.

Pernah saya pergi berkursus yang jaraknya 20 km dari rumah, saya rasa segan bila mana rakan sejawatan saya yang hadir dengan kereta masing-masing.

Ada kakak yang lebih senior menegur saya, “awak ni kena la pandai bawak kereta, tak manis bawa motor”.

Saya husnuzon kakak itu tidak berada dalam kasut saya. Mungkin kedengaran saya agak kejantanan walau saya jenis menjaga diri, tapi apakan daya. Kerja saya banyak memerlukan berada di luar.

Setelah 4 bulan++ bekerja, saya mampu membeli kereta comel seperti saya. Walaupun dah beli kereta, motosikal jantan saya tidak disisihkan. Saya bergilir bawa kedua-dua kesayangan saya.

Ditakdirkan setelah 1 tahun 6 bulan bekerja, saya ditempatkan di area KL dengan jaraknya 430 km dari rumah saya.

Saya bawa kereta paling slow di bawah 100km/j. Saya ragu-ragu dengan keupayaan kereta itu sebab bukan kereta yang berCC tinggi. Terima kasih kepada jurutera tempatan yang bertukar ilmu dengan Jepun.

Merantau la saya dengan kereta dan kudrat yang ada. Takkan saya nak suruh orang post kereta pulak kan. Haha.

Semasa mula-mula nak ke tempat kerja, tempoh masa yang sepatutnya 15 min sampai jadi 1 jam sebab jakun walau guna waze.

Bayangkan, saya yang tidak pernah merasa situasi jalan yang sibuk perlu mengharungi sendiri dan menyesuaikan diri.

Lama-kelamaan, apabila balik kampung, saya reschedule jadual perjalanan saya daripada balik keesokan hari selepas tamat waktu kerja hari ini kepada balik terus lepas tamat waktu kerja. Ini bermaksud drive waktu malam.

Kadang-kadang, saya sampai tengah malam atau lebih awal. Lagi pula, perempuan kan barang paling banyak.

Kadang-kadang saya main tekan pedal minyak sambil berlawan dengan geng H, V, M. Namun, itu yang menyegarkan mata di kala malam.

Haha. Apabila saya berhenti di R&R dan petrol station dan dengan keadaan drive malam di atas highway seorang diri, saya tidak pernah nampak wanita yang sama keadaan dengan saya.

Pernah saya berhenti di petrol station dan parking berdekatan geng rider motosikal konvoi sebab situ je kosong, saya perasan mata-mata memandang. Saya tak tahu apa yang mereka fikir atau saya je yang perasan.

Bukan saya tidak terfikir untuk naik bas tapi melibatkan kos dan masa. Saya perlu naik grab/ taxi/ KTM/ LRT sebelum dan selepas sampai destinasi.

Saya juga pernah tidur di R&R sebab terlalu mengantuk dalam keadaan enjin dimatikan apabila saya bertolak malam dari rumah.

Seawal pagi, saya bertolak dari R&R ke tempat kerja. Alhamdulillah, perjalanan saya dilindungi Allah Taala Yang Maha Melihat.

Yang menjadi persoalan saya adalah adakah anda (wanita) di luar sana sama situasi dengan saya atau saya sahaja drive di luar jangkaan?

Apakah pandangan anda terhadap orang seperti saya yang kebiasaannya lelaki sahaja take over this part?

Terima kasih kerana sudi memberi komen. Mohon didoakan saya sentiasa dalam keadaan selamat di mana sahaja.

– MISS NFA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *