Driving School

Dulu lepas PLKN, bapak aku suruh ambil lesen memandu kereta. Waktu daftar, aku mohon nak cikgu perempuan.

Hari pertama cikgu perempuan mengajar dan hari kedua separuh masa cikgu lelaki mengajar, sebab ada seorang cikgu lelaki ni offer diri untuk ajar aku.

Aku memang tak nak cikgu lelaki, tapi cikgu yang perempuan ni macam ada hal urgent waktu tu, jadi aku iyakan je walaupun berat hati.

Cikgu lelaki ni terus suruh aku drive, dia bawa aku keluar daripada litar driving school tu. Nasib baik aku well-versed tempat yang dia bawa aku tu.

Dia bawa tempat sunyi yang memang tak ada orang kalau waktu kerja. Tempat tu jauh daripada taman perumahan, dan jauh daripada pekan. Tempat tu macam tempat riadah/jogging.

Aku memang sangat berhati-hati, korang boleh panggil aku paranoid, aku memang diajar untuk over-protective kat diri sendiri.

Nak dijadikan cerita, dia suruh aku drive sampai ke dalam tempat tu. Aku tahu kalau jadi apa-apa, memang aku tak selamat. Jadi aku buat-buat terbabas ke tepi sikit dalam perjalanan aku bawa tu.

Cikgu tu bagi ‘kata semangat’, kononnya aku boleh drive, aku boleh cuba lagi, aku boleh teruskan lagi. Cikgu tu macam baik, tapi…

Aku pun drive semula ke atas jalan raya. Dia pun tiba-tiba buka cerita, dia tanya umur aku, tinggal mana, SPM dapat berapa semua, soalan-soalan biasa. Then dia tanya aku dapat sambung belajar mana.

Aku jawab U\*\*, dia pun start buka cerita.

Dia tanya aku, “Awak nak tahu tak rahsia pasal U\*\* ni?”

Dia pandang je muka aku sambil aku tengah drive tu, pandangan yang creepy. Aku iyakan je.

Dia pun bagi la tahu yang U\*\* ni ramai budak-budak gay dan lesbian. Dia kata, “Saya bukan nak tipu awak, cuba awak dengar cerita saya dulu.”

Sebelum tu dia bahasakan diri dia “cikgu”, tiba-tiba pula dia bahasakan diri dia “saya”. Lepas tu dia start cerita pasal benda-benda lucah, yang sepatutnya dia tak boleh cakap kat perempuan.

Aku baca ayat Kursi banyak-banyak, dan Allah kuatkan aku untuk potong cerita dia, dan aku ajak cikgu tu patah balik.

Alhamdulillah, dia okay kan je dan tak ada apa-apa jadi kat aku. Aku tak pernah cerita kat mak bapak aku pasal hal ni, aku tak nak diorang risau. Ini fikiran aku waktu umur aku 18 tahun dulu.

Korang tahu tak aku bukan orang pertama, dan aku ada dengar cerita yang orang report dia pernah raba pelajar kat situ, cuma pihak driving school tak buang dia sebab tak ada bukti.

Bila aku masuk U\*\*, dua orang kawan aku yang dah ambil lesen cerita yang diorang pernah kena raba dengan cikgu memandu diorang waktu ambil lesen, dan diorang tak pernah mengadu dekat sesiapa.

Bila diorang bagi tahu pihak driving school, still cikgu-cikgu memandu ni tak ditahan pun sebab katanya tak ada bukti.

Ya, benda ni bukan berlaku kat satu tempat driving school je. Banyak lagi tempat yang korang tak tahu, perempuan-perempuan jadi mangsa raba diorang ni.

Diorang sentuh peha waktu tengah brake, konon-konon suruh kita berhati-hati.

Pegang tangan kita waktu kita memandu, kononnya nak ajar. Selak kain untuk tengok kita pakai kasut apa. Diorang ambil kesempatan atas ke’noob’an kitorang sebagai pelajar dan beginner.

Aku harap ibu bapa kat luar sana prihatin waktu hantar anak-anak anda ke sekolah memandu.

Aku tahu ramai cikgu lelaki yang mengajar memandu, tapi usahakan kalau boleh dapatkan cikgu perempuan. Sekolah memandu dan pihak polis mungkin boleh usahakan sesuatu supaya nanti nasi tak menjadi bubur.

Aku nasihatkan kepada pelajar-pelajar perempuan, korang bawalah senjata apa-apa letak dekat tempat yang senang kau nak capai.

Aku cadangkan korang pakai handsocks dan letak pisau kecil dalam handsock kau sebelah atas tangan, jangan kat tempat nadi tu pulak.

Kalau jadi apa-apa, at least kau boleh ugut cikgu gatal tu dengan pisau tapi kau jangan la sampai terbunuh cikgu-cikgu yang gatal ni. Ni Malaysia, nanti kau pulak yang kena hukuman gantung.

– Student (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *