Pernah dengar Second Child Syndrome? Second Child Syndrome adalah keadaan di mana anak itu merasa dipinggirkan sehingga karakter dirinya boleh berubah menjadi rendah diri, suka menyendiri, merasa tak disayangi dan suka buat benda yang menyakitkan hati.
Saya adalah anak kedua dari 6 beradik dan Alhamdulillah tak pernah merasa begini tapi entahlah kakak saya pula yang rasa begitu. Saya ada 3M. Manja, mengada dan juga malas.
Manja saya ni waktu kecil dulu kalau boleh asyik nak baring atas paha mak. Saya lambat matang, kuat tidur sampailah usia sekarang masih kuat tidur. Saya rasa kasih sayang yang saya dapat melimpah ruah. Alhamdulillah.
Saya bukan berasal dari keluarga senang, membesar tinggal di rumah sewa yang ada sesetengahnya tunggu rebah ke bumi, tak pernah bawa kawan datang ke rumah, selalu naik kereta buruk.
Baju pun ada yang baru tapi mostly hasil sedekah/ hadiah orang lain. Tapi Alhamdulillah ibu dan ayah fokus perbelanjaan pada makanan berkhasiat dan pendidikan.
Sampai sekarang, mi segera diharamkan di rumah saya walaupun anak-anak mak ayah dah tua bangka. Dulu saya ingatkan mak ayah tak bawa kami ke KFC, McD sebab tak da duit rupa-rupanya tak, ayah benci fast food.
Please eat real and nutritious food. Jangan nak menggatal singgah ke tempat-tempat macam tu kalau mak ayah ada sekali.
Mak ayah tak sempurna. Tapi mereka bukanlah ibu bapa yang kejam, zalim. Kami dibesarkan dengan rotan, sesuai mengikut zaman.
Adik saya pernah sorok rotan, tak ada rotan hanger dan paip pun jalan. Saya yang perempuan ni pernah kena pukul dengan batang paip ( di kaki sahaja), memang teruk nangis waktu tu tapi tak sampai berdendam dengan mak ayah.
Cuma saya sangat terkilan bila ayah paksa saya dengan kata-kata yang sangat deep tinggalkan saya di matrikulasi sedangkan jiwa saya meronta nak ke luar negara (dengan biasiswa). “Kalau angah balik hari ni (hari saya mendaftar di matrikulasi) ayah dah takkan ambil tahu apa-apa.”
Benda ni saya rasa antara paling teruk berlaku dalam hidup saya, saya jenis rasional dan berdasarkan fakta, if they discuss with me rationally I might okay with it (but I also might stick with my decision).
Isu ni lepas dah 13 tahun saya mengungkit dan melepaskan apa yang terbuku di hati. Bergaduh teruk jugak waktu tapi Alhamdulillah da tak ada parut tu. After 13 tahun saya redha.
Matrikulasi adalah perkara terakhir orang lain buat keputusan untuk hidup saya. It changes my life in a way I become very independent and I won’t let anyone make decision for me.
Be it my parents, my husband or anyone. I made decision for my own self so that I won’t blame anyone in future. Haha keras kan saya?
Beli kereta, travel ke luar negara, beli aset, sambung study.. I may ask other’s opinion but I have the final word. Tapi saya masih tahu batas, keputusan dibuat atas keizinan mak ayah/suami.
Back to the story, saya Allah anugerahkan kepandaian akademik. Walaupun malas. Saya kuat tidur. Waktu kecil, kalau ikut mak berniaga pun saya akan tidur. Masuk sekolah, masa form 5 saya duduk di tempat paling strategic di tengah dan paling depan. Tapi apa saya buat?
Tidur. Di matrikulasi saya selalu masuk lambat lepas tu masuk je kelas dari belakang, tidur. Balik dorm tidur. Setakat 12 jam tidur sehari sangat normal untuk saya. Gambar candid saya sama ada tengah tidur atau baru bangun tidur, buruk sangat. Sem 1 matriks saya dapat 4 flat.
Cuma tak lah excellent giler, saya still dapat 1b for spm, Sem 2 matriks GPA drop, grad matriks dengan cgpa 3.85. Saya sedih but I know what I am lacking – the effort.
Tapi masa matriks, sem 2 tu jatuh sebab couple. Haha Bila couple saya kena ajar dia study waktu petang dan waktu prep malam. So saya tak dapat tidur. Prep kat matriks saya xwajib pun.
Dan honestly waktu tu dalam hati saya duk cakap “apasal lembap sangat dia ni, ajar banyak kali pun tak paham” haha boleh cerita macam ni sebab tak kahwin dengan dia.
Saya duk terpikir kalau saya tidur banyak lagi (normal untuk saya, tapi tak normal untuk orang lain) InsyaAllah saya akan cemerlang.
OK back to the topic, perjalanan hidup saya nampak sangat mudah kan? Jadi saya dilihat sebagai saingan atau lebih tepat musuh oleh kakak sendiri.
Saya dengan dia cuma beza setahun. Saya lompat kelas (PTS) jadi sejak darjah 5 kami belajar darjah/ tingkatan sama. And people start comparing.
Kan saya malas, jadi along lah yang rajin buat kerja. Kak Long pandai masak, kerja rumah beres, dia pun bijak sebenarnya. Tiga tahun dah pandai membaca. Bila dia mengaji quran, semua orang puji.
Ada qariah peringkat kebangsaan siap puji kak Long, sekali tu dia datang lagi nak dengar along mengaji tapi along tak da hari tu. Sedih dia. Eh mesti lah kita cemburu, “apa buruk sangat ke aku mengaji ni.” Haha tapi sampai situ je cemburunya.
Tapi Kak Long sampai hari ni dia tak suka saya. Dah 6 bulan dia tak bercakap dengan mak ayah dan saya. Bagi dia, mak ayah pilih kasih dari kecil, manjakan saya sebab saya pandai, bekerja elok dan kahwin dengan suami kerja kerajaan.
Hmm.. Macam kita tak kena bedal masa kecik tu. Siap batang paip lagi. Apa jadi 6 bulan lepas? Saya kahwin. Hari tunang dan nikah saya Kak Long tak datang.
Along rasa penerimaan keluarga terhadap suami saya sangat berbeza dengan suaminya. Memanglah lain. Jarak umur suami kak Long jauh dengan kak Long hampir 20 tahun.
Masa diorang berkawan, suaminya masih suami orang, isteri lari tinggalkan dia. Jadi berat untuk mak ayah terima. Mesti lah mak ayah nak yang terbaik untuk anak.
Nak siasat dulu lelaki tersebut. Kak Long memberontak dan lari dari rumah. Masa nak tandatangan borang kahwin, tok Imam yang telefon ayah lewat malam. Hari nikah (di surau) along datang dengan keluarga pengantin lelaki bukan dengan mak ayah.
Saya tak pergi akad nikah along sebab marah sangat dengan tindakan along. Tapi saya tolong mak sediakan kudap untuk jamu orang yang hadir waktu akad nikah.
Lepas kahwin, mak ayah layan along dan suami elok je. Tak ada kata keji, hina, maki. Dah kahwin dah pun. Along sakit, mak pergi ke rumah melawat.
Bila belah suaminya buat majlis contoh akikah anak saudara suami along, mak tarik saya pergi sekali and setengah hari duk sana menolong.
Tapi entahlah tak tahu apa silap mak ayah. Suami along dah berapa tahun tak jejak kaki rumah mak ayah. Dan along still rasa mak ayah lebihkan saya.
Along lupa masa kecil dia ditimang manja. Dia dapat semua baju baru sebab dia anak pertama.
Dia lupa masa dia belajar diploma, ayah memandu 80km sehala, pergi dan balik 160km ke kampus uni dia ditemani mak untuk hantar dia exam sebab keselamatan along terancam waktu tu. Bukan sehari dua exam kat universiti.
Along lupa. Waktu kecik lagilah dia tak ingat kan, mak tumpah darah (postpartum hemorrhage) sebab uri terlekat masa beranakkan dia.
Mak jugak pastikan bagi benda yang dia bagi pada saya tak lebih dari along. Contoh mak belikan dia phone pertama secondhand harga RM60, mak akan cari harga yang sama untuk saya.
Mak tak bagi flower bouquet atau hadiah masa convo dia sebab tak banyak duit, mak buat yang sama untuk saya dan adik2 lain walaupun ada duit. Mak ayah tak pernah bandingkan anak-anak. Yang banding tu orang luar.
Ya, kesian along bila orang tanya kenapa jauh sangat keputusan spm 2 beradik. Orang tu tak patut tanya macam tu.
I always tease u. Just like how u tease me. Just like how I love to tease all other siblings too. Haaa sekarang kita dua-dua dah obes. Memang salah angah malas buat kerja rumah.
If u don’t want to talk to me it’s fine tapi harapan kami adik beradik moga along lembut hati untuk berbaik dengan mak ayah. Kalau along rasa jauhkan diri dengan keluarga ni bagus untuk kesihatan mental dan emosi along, it’s okay.
Tapi pindahlah along. Pindah negeri lain lagi bagus. Ni tak, rumah cuma jarak 20 minit. Pergi majlis/ program yang sama. Tapi tak bercakap dengan mak ayah.
Mak hulur barang, along tak sambut. Mak balik menangis. It hurts everyone yang tahu. Kami doakan yang terbaik untuk along. Dan angah tak nak along jadi anak derhaka.
P/s: Kepada sape yang kenal kita, please buat-buat tak tahu. Korang salah orang ni.. Haha.
– Angah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit