Dua Dunia Yang Berbeza

Salam kepada team admin IIUM Confession yang membantu menyiarkan perkongsian hidupku yang tak seberapa ini.

Secara ringkas aku perkenalkan diriku sebagai N, juga merupakan suami kepada Puan S. Kalau kalian pernah baca perkongsian bidadari aku dalam tajuk “Aku Bidadari Di Mata Hatimu”.

Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-bidadari-di-mata-hatimu/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/aku-bidadari-di-mata-hatimu-ii/).

Untuk part III, (https://iiumc.com/aku-bidadari-di-mata-hatimu-iii/).

Perkongsian kali ini atas dasar aku ingin membuka mata masyarakat mengenai dunia golongan orang buta. Kemungkinan akan berlanjutan kepada beberapa siri confession sekiranya ada pandangan atau idea yang ingin dilontarkan dari semasa ke semasa.

Semua yang aku ceritakan ni bidadari aku sekarang pun memang dah tahu dan dia sangat memahami dan menerima aku seadanya. Jadi tak ada apa nak dirahsiakan.

Ok, aku teruskan dengan kisah hidupku dari celik yang pernah melihat dunia ke fasa dunia orang buta. Aku bukanlah jenis orang cepat touching dengan benda macam ni. Maklumlah keras hati macam isteri aku juga kan.

Sebab tu Allah izinkan kami bertemu jodoh. Sama anak sulung ni jarang juga bertemu jodoh sebab masing-masing ada ego dan keras kepala. Hahaha!!!….

Ok, dari kecil hingga peringkat IPTA aku masih boleh melihat seperti biasa. Buat aktiviti harian macam orang biasa. Namun aku terlibat dengan satu kemalangan sehingga kehilangan deria penglihatan hingga kini.

Jujur kata sedih tu memang sedih. Sedih sebab aku tak bebas bergerak macam dulu. Bukan sebab aku tak dapat melihat.

Tapi aku ni jenis suka bergerak dan bila buta ni dah buat pergerakanku sangat terbatas.

Aku ingat lagi masa disahkan kehilangan penglihatan, aku yang banyak memberi semangat kepada mak ayah aku untuk tabah. Hehehe…. Maklumlah mak ayah mana yang tak rasa down bila anak jadi buta kan.

Aku ni pula anak sulung. Dah biasa uruskan semua sendiri-sendiri. Jadi tak terasa sangat kebergantungan. Macam biasa, masuk keluar hospital. Rawatan sana. Rawatan sini. Tapi hidup tetap perlu diteruskan. Sampai bila nak terus buat rawatan jer kan.

Aku sambung balik pengajian lepas tangguh. Memang aku rasa dunia yang baru la masa tu kan. Dengan kawan-kawan baru dan aku kena belajar banyak benda baru.

Pertama sekali aku kena biasakan diri dengan persekitaran asrama. Aku kena belajar macam mana nak berjalan dari bilik aku ke tandas. Itu yang paling penting. Dengan keadaan gelap-gelita aku kena belajar juga sendiri.

Pada awalnya, roomate aku akan bantu ajar jalan pergi balik tandas. Dan lama-kelamaan aku dah boleh pergi sendiri. Begitu juga untuk ke kuliah. Ada tempat aku boleh pergi sendiri bila dah ada orang ajar jalan pergi balik.

Tapi tak semua tempat la ya. Bukan aku tak nak minta bantuan orang, tapi akan ada masa takkan ada sesiapa yang akan tolong kita. Sebab masing-masing pun ada urusan sendiri juga kan.

Untuk sesi kuliah pula, macam biasa la. Mana ada manusia yang sempurna dalam dunia. Akan ada pensyarah atau rakan yang memandang rendah kita.

Apa aku kisah?… Aku buat jer la apa yang aku mampu. Terpulang orang nak hina ke, nak ignore ke… Itu memang lumrah dunia. Ada juga segelintir rakan-rakan yang merungut-rungut bila sama kumpulan dengan aku atau bila disuruh bantu aku. Hahaha!!!…

Nak buat macam mana la kan. Dah nama manusia. Memang akan terasa sakit sebab selama ni aku kan biasa buat sendiri apa-apa kerja. Menulis. Membaca. Cari bahan. Berjalan dari satu tempat ke satu tempat.

Jadi kadang-kadang memang rasa down sangat sebab menyusahkan orang untuk minta bantuan. Tu belum lagi bila kita betul-betul perlu bantuan tapi tak ada orang yang dapat tolong sebab masing-masing ada urusan. Memang rasa diri ni useless sangat la macam tu kiranya.

Aku cuba usahakan juga untuk dapatkan balik semangat hidup. Memang susah sebenarnya kalau nak minta tolong itu, tolong ini.

Ya la, sebab dulu celik kan biasa buat sendiri. Jadi rasa segan dan menyusahkan orang pula bila buat macam tu. Tapi aku terpaksa. Terpaksa belajar tebalkan muka minta tolong. Walaupun kadang-kadang tak dilayan pun. Hahaha!!!…

Dan dalam tempoh pengajian tu memang aku berlawan dengan konflik diri aku untuk biasakan diri dengan dunia baru tu. Ada ketika kawan-kawan tinggalkan aku macam tu jer bila ada acara yang havoc macam majlis makan atau masa pindah kelas.

Bukan mereka sengaja abaikan aku, tapi terlupa la kan. Maklumlah masing-masing kan student dan nak kena jaga prestasi masing-masing.

Hahaha!!!… Tu belum lagi kalau musim assignment & aktiviti grand. Duduk tercangok la yer kan… Kebanyakan siswa siswi pun sekadar lalu macam tu jer.

Takkan aku pula yang nak tegur setiap masa bila orang lalu kan? “Hai, apa khabar?” “Hai, nak ke mana tu?”

Takkan aku nak kena cakap macam tu setiap masa orang lalu. Dibuatnya kena pensyarah atau pengarah atau dekan, mampus aku… Hahahaha!!!!…

Masa belajar ni memang tak lari daripada fasa bercinta la kan. Ni pun jadi konflik aku juga sebenarnya. Maklumlah dah buta ni kita pun tak tahu perempuan tu jenis macam mana.

Kadang-kadang nak menilai hati seseorang tak semudah tu bila kita tak nampak sendiri perwatakan dia. Nak tanya rakan-rakan aku jadi segan pula. Ya la sebab dorang ni selalu main-mainkan aku. Kurang asam betul dorang ni… Hahahaha!!!…

Aku ingat lagi pengalaman pertama aku bercinta sebagai orang buta. Aku ni cepat berkenan kat perempuan jenis suara lemah-lembut, ayu-ayu, manja-manja gitu.

Sebab deria pendengaran jer yang ada sebagai ganti penglihatan. Tak dapat la nak tengok perempuan ni lawa ke tak, sopan ke tak. Hehehehe….

Perempuan ni masa tu pun boleh dikatakan tak berapa nak perform untuk pointer dia. Aku ni bukan la nak bangga sangat kata aku ni pandai ke apa. Tapi pointer aku boleh la lagi lepas 3 ke atas dan tak pernah turun ke 2.

Jadi kiranya masing-masing memberi dan menerima. Dia tolong jadi mata aku. Aku tolong jadi otak dia. Hahahaha!!!… Otak ke kepala hotak….

Tapi hubungan tu tak kekal lama. Sebab bila tamat pengajian, jodoh kami tak panjang. Aku lepas beberapa bulan tamat pengajian tu alhamdulillah dah dapat kerja.

Jadi, aku bincang dengan kekasih aku untuk kumpul duit sikit lepas tu aku serius nak kahwin dengan dia. Tak nak tangguh lama sangat sebab kami pun dah lama kenal diri masing-masing.

Mula- Bila aku rasa dah cukup bajet dan sedia nak pinang dia, mak ayah dia bagi alasan nak anak dorang sambung belajar dan kerja dulu.

Tapi beberapa bulan lepas tu aku dapat tahu dia dah ditunangkan dengan pilihan mak ayah dia dan akan berkahwin tak lama lagi. Memang aku frust gila la masa tu. Tapi nak buat macam mana.

Aku tanya kenapa tak cakap jujur dari awal. Dia menangis-nangis beritahu dia tak sampai hati nak kecewakan aku.

Bayangkan lepas tamat pengajian yang aku berusaha nak merisik dan pinang dia hingga ke tempoh aku dapat berita dia dah ditunangkan dengan pilihan keluarga tu dah dekat setahun lebih aku menunggu dengan setianya.

Lagi sakit dalam tempoh setahun lebih tu juga aku perasan dia layan aku acuh tak acuh.

Bila ditanya, dia kata sibuk itu, sibuk ini, telefon problem, bla…. bla…. bla…. Last-last Allah tunjukkan yang dia dah bertunang bila ada sekali tu aku call masa hujung minggu. Dia letak call.

Aku pelik la juga sebab banyak kali dia buat macam tu. Lepas tu ada sekali dia call tapi ada lelaki yang jawab dan cakap lebih kurang macam ni kat aku,

“Awak ni N kan? Yang lalu biarkan berlalu. Apa awak nak dari H ni sebenarnya? Yang awak selalu call dia ni hujung minggu ni mengganggu orang dating jer. (H tu nama kekasih aku masa tu).

Awak tahu tak saya ni siapa? Saya ni tunang dia yang diamanahkan ayahnya untuk jaga dia. Lepas ni jangan suka sangat nak call tunang orang. Sedar diri tu sikit. Buat apa terhegeh-hegeh dah bukan jodoh kau,”.

Aku punyalah terkejut tak terkata masa tu. Tak tahu la perasaan korang macam mana. Lepas tu kami putuskan hubungan dan aku pun tak nak ambil kisah apa berlaku pada dia.

Nanti aku sambung lagi perkongsian aku sebagai orang buta yang bergerak sendiri dalam dunia pekerjaan dalam confession akan datang.

Wasalam…

– Encik N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *